Saya takut bila Pak Lah kata “TIDAK dan TIADA”

Abdullah juga berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) “terhadap Anwar atau sesiapapun”.

“Saya tiada apa-apa rancangan untuk mengenakan ISA kepada sesiapa pun. Saya tidak kata apa-apa pun. Kalau ada orang terasa dia nak kena ISA itu, mungkin dia rasa bersalah, saya tidak tahulah,” katanya. (sumber:malaysiakini.com)

Saya sememangnya takut dan gelisah apabila Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan perkataan “tidak dan tiada”. Ini kerana Pak Lah sering berbahasa sonsang dalam bahasanya. Seperti dalam petikan berita dari malaysiakini.com diatas, Pak Lah perdana menteri saya sekali lagi mengeluarkan perkataan “tidak dan tiada” apabila ditanya wartawan tentang pengunaan ISA terhadap Dato Seri Anwar. Ini kerana saya takut perkataan “tidak dan tiada” itu jika diterjemahkan dalam bahasa sebenar Pak Lah, bermaksud “Ya dan ada“. Ini yang saya bimbang dan risau jika Perdana Menteri saya sekarang ini akan mengenakan ISA terhadap bakal Perdana Menteri saya.

Kerisauan dan kebimbangan saya ini rasanya berasas kerana:

  1. Pak Lah sewaktu mula menjawat jawatan perdana menteri, beliau berkata tidak akan ada rasuah dalam pertadbirannya nanti. Tetapi rasuah dilihat menjadi-jadi zaman pentadbirannya.
  2. Pak Lah berkata tiada konkongan terhadap media dan mahu mengamalkan sikap terbuka. Namun Utusan Malaysia, TV3 dan seangkatan dengannya makin kuat dicucuk hidung mereka.
  3. Pak Lah pernah berkata yang parlimen tidak akan dibubarkan pada 13 Februari 2008 bagi membolehkan PRU-12 dijalankan. Namun parlimen dibubarkan juga pada 13 Februari 2008.
  4. Pak Lah berkata, tidak akan menaikkan harga minyak pada tahun ini sewaktu kempen pilihanraya. Namun harga minyak dinaikkan juga.
  5. Pak Lah pernah berkata, Umno dan Barisan Nasional tidak akan menggunakan isu tuduhan fitnah liwat terhadap Dato Seri Anwar sebagai modal kempen mereka di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 26 Ogos yang lalu. Namun isu itu yang menjadi modal dan isu utama kempen Umno dan Barisan Nasional di Permatang Pauh.
  6. Hari ini Pak Lah berkata, tidak akan mengenakan ISA kepada Dato Seri Anwar, aaaarrrggggghhhhh tidakkkk apakah maksud “tidak” Pak Lah kali ini???????

Namun jika pembaca bersetuju dengan teori saya ini, mungkin kita juga boleh merasa sedikit gembira dengan perkataan “tidak dan tiada” Pak Lah ini.

Ini kerana sejak akhir-akhir ini Pak Lah juga sering menyebut:

  1. Tiada ahli parlimen Barisan Nasional yang akan menyertai Pakatan Rakyat.
  2. Pakatan Rakyat tidak akan berjaya bentuk kerajaan persekutuan.
  3. Dalam perbentangan bajet baru-baru ini, Pak Lah dengan sinis mengatakan “saya tidak akan membenarkan ganguan ini” yang merujuk kepada percubaan Pakatan Rakyat mahu menubuhkan kerajaan.

Saya harap dan doakan, agar perkataan “tidak dan tiada” Pak Lah kali ini juga membawa makna sonsang seperti yang diucapkannya sebelum ini.

2 Responses to “Saya takut bila Pak Lah kata “TIDAK dan TIADA””

  1. Zubli Zainordin Says:

    Pemimpin yang baik ialah yang berhati mulia dan yang berlidah lurus.

    Apa di hati itulah di lidah berkata.

    Tiada maknanya tiada. Tidak maknanya tidak.

    Bukan tiada maknanya ada. Tidak maknanya ya.

    Pak Lah?

    Pos anda cukup jelas.

  2. Raktamrittika Says:

    SALAM.

    Sama ler ngan NAJIB!! Dalam post lepas… (TIMBALAN PENIPU MASYARAKAT), aku dah sebut pasal TABI’E menipu MP Pekan tu.

    Jadi tak heran la aku.. sebab dalam artikel tu pun aku akhiri ngan.. itu baru timbalannya, belum boss nya lagi!!

    Wassalam
    http://raktamrittika.wordpress.com/

Leave a reply to Raktamrittika Cancel reply