Mayat Teoh akan digali dari kubur pada 21 November

November 10, 2009

SHAH ALAM: Mahkamah Koroner di sini Isnin memerintahkan mayat mendiang Teoh Beng Hock, yang disemadikan lebih tiga bulan lepas, digali dari kubur pada 21 November bagi membolehkan bedah siasat kedua ke atas mayat mendiang dijalankan keesokkannya.

Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan bedah siasat kedua itu dilakukan oleh Ketua Pathologi Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor dan dibantu oleh Dr K. Saravanan untuk mengambil gambar-gambar bedah siasat itu, dengan kehadiran empat pakar forensik, di Hospital Sungai Buloh.

“Tugas menggali mayat akan dilakukan oleh Hospital Sungai Buloh,” katanya.

 

Kenapa nak tunggu sampai 21 November…nk tunggu hantu Rosmah larikan dulu mayat tu kutt….jangan terkejut  nanti pada 21 November berita melaporkan mayat Teoh telah tiada dalam tanah perkuburan.

MENGENAL KONTRADIKSI DAN MUSUH

October 5, 2009

Ramai aktivis politik dalam negara kita ini tidak memiliki pandangan politik yang tepat. Ini berlaku kerana tidak wujudnya budaya pemikiran kritikal yang ampuh. Keadaan ini bertambah hodoh apabila bercampur dengan budaya malas membaca.

Budaya malas membaca, malas mengkaji dan malas metelaah ini telah dilahirkan oleh budaya suka mendengar. Mendengar bukan satu kesalahan. Mendengar bukan satu jenayah. Kita semua mendengar. Ketika kita kecil kita dididik untuk mendegar. Kita itu tidak digalakan untuk berfikir.

Bayangkan berapa juta pembohongan dan kelentongan hantu dan polong yang telah dihamburkan kepada kita semasa kita membesar. Cerita makhluk halus hantu dan puaka semuanya didodoikan kepada anak kecil. Tidak cukup dengan ini kita ditakut takutkan. Bermula dengan hantu, kemudian dengan polis dan akhir dengan api neraka. Anak kecil tidak memiliki peluang untuk mencerna pemikiran.

Kalau anak kecil banyak bertanya akan dianggap kasar – kurang ajar dan tidak sopan. Sebenarnya mendengar tanpa bertanya adalah permulaan proses pembodohan yang ingin disebatikan ke dalam susuk jiwa kita.

Memang tepat – ketika itu kita masih kanak-kanak. Maka, apa yang kita dengar – kita terima – sebagai fakta. Apabila telah bersunat, besar bersekolah, boleh membaca dan sudah pandai bertenet dan berinternet maka seharusnya timbul nilai wajib berusaha untuk mencerahkan fikrah dari pandangan karut marut yang didengari ketika membesar. Membuang dan membakul sampahkan segala karut marut yang bersidai dalam otak kita.

Mendewasa ertinya meninggalkan budaya suka mendengar yang kita terima semasa kanak-kanak. Mendewasa ertinya memulakan budaya suka membaca dan meyelidik. Melopong mendengar – masuk lalat keluar langau – tanpa melakukan pembacaan, rujukan dan kajian akan menjadikan fikrah bonsai. Bonsai fikrah ini adalah satu penyakit yang tidak berkuman, tidak berjangkit tetapi boleh diubati

Dalam suasana politik kita – budaya melopong mendengar ini telah diperkuatkan pula dengan budaya ceramah yang telah menjadi darah daging budaya politik tanah air kita. Ceramah sebenarnya adalah monolok – jalan sehala – dimana si pendengar tidak ada peluang untuk bertanya kembali. Pelbagai sampah seranah masuk ke telinga kita. Sama seperti kita dizaman kanak-kanak – tidak ada langsung peluang untuk menapis atau bertanya.

Seyugia diingati ceramah ini hanya boleh berfungsi dengan baik sebagai satu senjata untuk memanaskan rapat dengan pidato yang hebat. Pidato bertujuan untuk menaikan semangat – untuk melanggar musuh. Ceramah dan pidato berperanan untuk membakar semangat. Ceramah tidak menjanjikan penemuan ilmu atau mengembangkan akal.

Justeru ceramah satu hala amat berbahaya kerana berkemungkinan ianya menjadi ajen pembodohan. Tidak kira siapa si penceramah – berjubah atau berdastar – monolok sehala adalah tidak mengasah fikrah. Beribu-ribu rakyat yang datang melopong mendengar labun si penceramah tidak mungkin akan melahirkan pemula atau perobek bingkai budaya yang mengongkong. Lihat bagaimana monolog tv sehala yang telah terbukti bekerja sebagai ejen pembodohan.

Hasil dari budaya mendengar ini ramai warga terlali dan terlalai dari membaca dan mencari sumber pengetahuan. Otak semakin jarang digunakan – akhirnya lembab dan mamai. Justeru jangan hairan kenapa ramai yang menjadi pelupa dan nyanyok.

Perangai lupa dan nyanyok lahir dari susuk yang tidak lagi menggerakan otak mereka. Perhatikan orang pencen dan berumur – kerana mereka tidak lagi menggunakan fikrah maka mamai akan menyerang. Ini tidak menghairankan. Tetapi apabila aktivis politik yang masih muda menjadi mamai maka ada sesuatu yang tidak kena dalam badan politik tanah air kita ini.

Dalam gerombolan United Malays National Organistion bonsai fikrah adalah syarat utama untuk diterima sebagai ahli – jadi kita tidak perlu hairan. Apa yang menakjubkan ialah bonsai fikrah ini juga wujud dalam kelompok aktivis yang ingin melawan gerombolan.

Ciri utama yang dapat membuktikan betapa bonsainya fikrah aktivis politik kita hari ini ialah kegagalan mereka untuk megenali siapa musuh utama dan siapa kawan. Siapa kawan utama dan siapa pula kawan sampingan. Siapa kawan sepanjang perjuangan dan siapa kawan sementara. Siapa musuh dan seteru abadi dan siapa pula musuh sementara.

Mengenal musuh dan mengenal kawan adalah wajib dalam ilmu politik. Asas ilmu politik juga mewajibkan kita mengenal kontradiksi sosial. Mengenal kontradiksi sosial manusia adalah ilmu awal wahid sebelum membuat apa apa kerja politik. Gagal mengenal kontradisi sosial maka segala kerja politik adalah kerja mencurahkan teh tarik ke batu nesan.

Kontradiksi adalah pertembungan atau pertentangan dua unsur untuk melahirkan unsur ketiga. Kontradiksi adalah ibu segala-galanya dalam dunia ini. Dunia ini berputar dan bergerak kerana kontradiksi. Manusia wujud kerana kontradiksi. Politik wujud kerana kontradiksi. Wujud tidak akan wujud kalau tidak wujud kontradiksi.

Kerja politik ialah kerja untuk mengenal, mengurus dan menyelesaikan kontradiksi.
Justeru dalam kerja politik wajib di ketahui apa dia kontradiksi utama dan apa dia kontradiksi sampingan. Mana yang primer dan mana yang sekonder.

Kecelaruan – tidak dapat mengenal musuh dan tidak dapat mengenal kontradiksi – muncul kerana fikrah tidak terdidik untuk berfikir secara tersusun rapi. Sampa larau dan porak peranda – raba sana pekik sini – memperlihatkan daya fikrah yang tidak terurus.

Kecelaruan ini juga lahir kerana otak mereka tidak dilatih untuk berfikir secara kritikal. Otak – sama seperti program komputer – hanya akan mengeluarkan kembali apa yang telah dirakam. Perakaman yang tepat bukan dengan mendengar surah dan labon tetapi dengan membaca dan mengkaji.

Ilmu pengetahuan yang telah dikaji dan di baca akan disimpan dalam template dan program otak. Jika program itu tidak wujud berapa ratus kali pun diklik yang muncul hanya angka 404. Ini dunia ilmiah – yang berasaskan ilmu pengetahuan yang dikumpul melalui kajian, cubaan di bilik makmal dan penulisan pengalaman terkumpul. Ilmu pengetahuan yang ilmiah ini bukan datang dari mimpi atau angan-angan.

Hari ini musuh utama rakyat satu Malaysia ialah gerombolan United Malays National Organisation. Musuh sampingan rakyat satu Malaysia ialah Barisan Nasional. Malah dalam gerombolan itu sendiri tidak semuanya perlu dianggap musuh utama. Bagitu juga Barisan Nasional – bukan semua mereka musuh utama kita – banyak juga sering tidak sebulu dengan gerombolan United Malays National Organistion – ini kerana ada kontradiksi antara sesama mereka.

Contohnya rakyat Sabah dan Serawak ingin bebas dari cengakaman United Malays National Organisation. Parti Gerakan ingin menjadi lebih demokratik. MCA ingin lebih banyak mendapat projek. Semua ini adalah kontradiksi dikalangan Barisan Nasional sendiri yang wajib kita ekploit untuk menguntungkan orang ramai.

Sekarang mari kita fahami siapa pula musuh utama rakyat dunia. Jawapnya tidak lain dan tidak bukan ialah kaum imperialis Anglo-Amerika. Kuasa ekonomi Anglo-Amerika inilah yang sedang mengancam rakyat dunia. Kuasa ekonomi Anglo- Amerika sedang mendominasi ekonomi negara-negara dalam dunia ini. Inilah kontradiksi induk. Inilah punca segala masalah yang sedang menghuru harakan dunia.

Satu ketika nanti jika gerombolan United Malays National Organistion bangun menentang kepentingan ekonomi kaum imperial Anglo-Amerika kerana kepentingan ekonomi mereka terdesak maka kita patut bersama menyokong. Musuh kita yang menjadi musuh kepada musuh utama kita adalah kawan sampingan. Semua ini adalah asas taktik dan strateji politik yang paling minima.

Inilah penting memahami kontradiksi. Inilah pentingnya membaca dan mengkaji bukan hanya mendengar surah dan labon. Justeru apabila Thunderbirds tim bala tentera tentera udara Amerika datang membuat pertunjukan mereka di Kuala Lumpur – tim ini wajib dicap sebagai musuh utama. Air Force America adalah pendukung utama kuasa Anglo-Amerika. Manakala Beyonce seorang penyanyi adalah manifestasi budaya dari sistem ekonomi kapitalis Anglo-Amerika bukan pendukong utama. Dalam politik yang wajib kita tentang dan lawan bukan manifestasinya tetapi punca yang melahirkan manifestasi itu.

Sistem eknomi kapitalis melahirkan banyak manifestasi budaya. Adalah bangang untuk melawan manifestasinya. Kita juga akan dilihat sepuluh kali bangang dan bodoh politik jika berjuang menuntut agar kedai toto di Jalan Yap Kwang Teng ditutup. Ini kerana perjudian adalah manifestasi utama dari sistem ekonomi kapitalis. Malah bursa saham itu sendiri adalah sarang perjudian utama. Justeru apa yang harus digudam bukan manifestasi kapitalis tapi sistem kapitalis itu sendiri.

Salah satu dari kejayaan manifestasi budaya kapitalis ini ialah melahirkan warga yang tumpul akal dan bonsai fikrah hinggakan tidak dapat mengenal yang mana kontradiksi utama dan yang mana kontradiksi sampingan. Tidak berupaya untuk mengenal apa manifestasi dan apa yang melahirkan manifestasi itu. Akhirnya muncul perjuangan menuntut pengharaman penjualan buger kerana terdengar cerita adanya gelatin tak halal dalam burger. Tetapi tidak berjunag untuk melupuskan Mac Dogal dan Burger King . Ini tanda awal bahawa fikrah yang bonsai tak kesampian untuk berfikir. (TT)

http://www.tukartiub.blogspot.com/

Serangan Hendap Umno Waktu Pilihanraya Kecil

September 6, 2009

Pakatan Rakyat pada hari ini dilihat begitu asyik dan leka dengan kemenangan demi kemenangan yang mereka perolehi dalam setiap pilihanaraya kecil. Namun jika Pakatan Rakyat terus leka dan asyik dengan kemenangan demi kemenagan ini tidak mustahil mereka boleh menerima musibah yang lebih besar dari apa yang berlaku kepada Umno/Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya kecil.

Adakah kita sedar bahawa serangan untuk merampas negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat lebih hebat dan ganas dilakukan oleh Umno/Barisan Nasional pada setiap kali pilihanraya kecil bermula.

Sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh sedang rancak berjalan, Umno/Barisan Nasional telah menggerakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) a.k.a Parti Komponen BN, untuk memerangkap dua Adun PKR dari Perak yang bermasalah. Tindakan ini adalah salah satu usaha mereka untuk merampas Perak dari Pakatan Rakyat. Usaha ini semestinya telah dirancang sebelum PRK Permatang Pauh lagi dan tindakan paling sesuai dilakukan adalah sewaktu kempen PKR Permatang Pauh sedang rancak berjalan.

Mengapa Umno/Barisan Nasional dilihat cuba melakukan serangan hendap sewaktu kempen pilihanraya kecil ini sedang berjalan? Salah satu faktor yang kita boleh nampak jelas ialah untuk memberi kredit kepada proses kempen Umno dalam pilihanaraya kecil tersebut. Keduanya yang ramai diantara kita tidak sedar, ialah kerana pada waktu ini ramai jentera serta pemimpin – pemimpin Pakatan Rakyat sedang lalai dan leka dengan pilihanraya kecil yang sedang berlangsung.

Misalnya sewaktu Pilihanaraya Kecil Permatang Pauh, boleh dikatakan seluruh jentera serta pemimpin Pakatan Rakyat dari seluruh Malaysia menumpukan perhatian mereka kepada pilihanraya kecil tersebut hingga mereka terlupa yang tindakan mereka itu boleh memakan diri. Maka situasi ini memberi ruang yang cukup selesa untuk Umno/Barisan Nasional melakukan serangan hendap. Maka diperangkap dua Adun PKR dari Perak yang bermasalah ini. Rentetan dari peristiwa itu membawa kepada kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak.

Selepas PRK Permatang Pauh, berlaku pula PRK Kuala Terengganu yang berlangsung pada 17 Jan 2009 iaitu kurang sebulan sebelum Pakatan Rakyat di Perak tumbang iaitu pada 4 Feb 2009. Namun Umno/Barisan Nasional pada waktu itu sedang menumpukan perhatian penuh dalam proses untuk mendapatkan Perak. Ramai pemimpin – pemimpin Pakatan Rakyat masih belum terhidukan gerakan yang sedang rancak dilakukan oleh Umno/Barisan Nasional pada waktu itu kerana perhatian mereka tertumpu ke Kuala Terangganu. Natijahnya tidak sampai sebulan selepas itu Pakatan Rakyat di Perak tumbang.

Selepas kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak berlaku 3 pilihanraya kecil serentak iaitu PRK Bukit Gantang, PRK Bukit Selambau dan PKR Batang Ai. Umno/Barisan Nasional pada waktu itu dilihat mahu meredakan kemarahan rakyat khususnya rakyat di Perak dan gerakan merampas negeri Pakatan Rakyat seterusnya terpaksa diperlahankan.

Namun tidak berapa lama selepas itu, mereka cuba mengatur serangan untuk merampas Pulau Pinang. Kali ini dengan memerangkap bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Fairuz, yang merupakan Adun Penanti. Namun ianya cepat dihidu oleh Anwar Ibrahim dan mengarahkan Fairuz meletak jawatan dan diadakan pilihanraya kecil DUN Penanti. Tersentak dengan perletakan jawatan Fairuz, niat Umno untuk menganggu Pulau Pinang terus terbantut dan boleh dikatakan selepas itu Pulau Pinang adalah antara negeri yang paling sukar untuk Umno melakukan rampasan kuasa.

Sasaran mereka seterusnya adalah Kedah. Usaha terancang untuk merampas Kedah boleh dikatakan berlaku serentak dengan Perak. Namun tumpuan Umno/Barisan Nasional lebih kepada Perak kerana majoriti Pakatan Rakyat di Perak pada waktu itu agak tipis. Usaha untuk merampas Kedah pada waktu itu terpaksa diperlahankan dan serangan ganas tidak boleh dilakukan secara terang – terangan kerana pada waktu mula timbul tentang isu kerajaan perpaduan.

Umno khususnya agak terpesona dengan idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Hadi Awang. Pas adalah Parti dari Pakatan Rakyat yang memerintah Kedah. Umno melihat ada tanda-tanda PAS akan bekerja sama dengan mereka melalui kerajaan perpaduan maka mereka tidak boleh menggunakan cara seperti mana mereka merampas Perak kerana bimbang PAS akan membatalkan niat kerajaan perpaduan tersebut. Namun usaha untuk menarik keluar adun-adun Pakatan Rakyat di Kedah khususnya dari PKR terus berjalan secara sulit.

Akhirnya kerajaan perpaduan tidak menjadi kenyataan, Umno menanggung malu dengan umpanan kerajaan perpaduan yang dicanang Pas.  Tidak berapa lama selepas itu berlaku pula pilihanraya raya kecil Manek Urai dan ramai tidak menyedari proses menjatuhkan Pakatan Rakyat di Kedah rancak berjalan sewaktu proses kempen PRK Manek Urai. Di mana Najib sewaktu kempen PRK Manek Urai?

Ramai yang mengatakan Najib takut untuk turun ke Manek Urai kerana bimbang disambut dengan laungan Altantuya. Tetapi Najib pada waktu itu telah turun ke Kedah bagi mengatur strategi untuk merampas Kedah. Usaha tersebut terus berjalan dan telah ada beberapa adun dari PKR telah dikatakan bersedia untuk melompat parti.

Sedang usaha ini rancak berjalan, berlaku pula Pilihanraya Kecil Permatang Pasir.  Najin juga tidak muncul di Permatang Pasir, hanya Muhsyiddin Yassin berseorangan tempang bersilat di Permatang Pasir. Umno merancang untuk menjatuhkan Kedah sewaktu kempen PRK Permatang Pasir sedang rancak berjalan.

Najib sudah berani menjamin yang beberapa adun pakatan rakyat Kedah sudah bersedia untuk melompat parti, namum hingga tinggal lagi 2 hari sebelum proses pengundian PRK Permatang Pasir berlangsung adun-adun tadi seakan dilihat tidak berminat untuk melompat parti dan adun lunas melakukan tindakan Kamikaze dengan membuat keputusan meninggal PKR secara perseorangan. Umno mengharapkan akan ada adun lain dari Kedah akan menyusul namum ianya tidak berlaku.

Tindakan pantas pemimpin pakatan rakyat menyebabkan Kedah terselamat seketika, sedangkan Kedah sebenarnya pada waktu itu sedang berada dalam keadaan cukup genting sekali.

Kini akan berlangsung pula PRK Bagan Pinang di Negeri Sembilan. Jika Pakatan Rakyat terus lalai dan leka dengan mengejar kemenangan dalam pilihanraya kecil itu nanti mungkin serangan hendap oleh Umno/Barisan Nasional akan dilakukan. Jangan nanti kita menang satu kawasan Dewan Undangan Negeri tetapi kita terlepas satu negeri.

p/s saya tidak menyebut tentang usaha Umno/Barisan Nasional untuk merampas Selangor kerana saya kira budak sekolah menengah pun boleh faham dan nampak apa yang dilakukan oleh Umno/Barisan Nasional untuk merampas Selangor.

Catatan Anak Muda 1 Ogos 2009 (Mansuhkan ISA)

August 5, 2009

Aku dan Adil tiba di stesyen keratapi Sungai Buloh Selangor sekitar pukul 6 pagi 1 Ogos 2009 setelah hampir 8 jam lebih perjalanan menaiki keretapi dari Bukit Mertajam. Pada mulanya aku merancang untuk turun di Stesyen KL Central, tetapi aku mengubah rancangan tersebut, sebaliknya aku memilih untuk turun di Stesyen Sungai Buloh. Ternyata percaturan aku itu tepat, ini kerana selepas itu, aku mendapat maklumat yang polis dan cawangan khas sudah bersedia di KL Centrel, ada penumpang – penumpang yang sebaik turun dari keretapi diperiksa beg-beg mereka dan jika terdapat barang atau baju yang berunsur anti ISA mereka akan ditahan.

Setelah berehat dan melakukan apa yang patut di Stesyen Sungai Buloh, aku dan Adil membeli tiket komuter dan kira – kira jam 6.45 pagi kami menaiki komuter ke stesyen komuter Bank Negara. Sekitar jam 7.05 pagi aku dan Adil tiba di Stesyen Komuter Bank Negara. Setiba di sana, aku memilih untuk ke tandas bagi membersihkan muka dan membasahkan rambut bagi menyegarkan diri.

Kami telah memilih untuk berhimpun di SOGO bagi menyertai perhimpunan Mansuhkan ISA tersebut. Dari Stesyen Bank Negara, aku dan Adil berjalan kaki menuju ke Jalan Raja Laut dan menyeberang ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Suasana di jalan – jalan tersebut masih lengang, ini kerana orang tidak berkerja pada hari tersebut.

Setiba di hadapan SOGO aku melihat hampir 20 orang polis beruniform sudah sedia berkawal di hadapan SOGO. Keadaan masih seperti biasa dan tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan bakal berlaku satu perhimpunan besar. Jam pada waktu itu hampir 8 pagi. Aku perhatikan pada sebuah perhentian bas, terdapat sekumpulan lelaki berkopiah dan menggalas beg di bahu mereka. Aku dapat menjangkan yang mereka tersebut bakal menyertai perhimpunan yang bakal berlangsung nanti.

Aku memilih untuk makan di sebuah restoran nasi kandar di Medan Tuanku berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman. Badan sudah mula merasa letih, maklumlah perjalanan menaiki keretapi selama 8 jam dari Bukit Mertajam ke Sungai Buloh dan dari Sungai Buloh ke Kuala Lumpur memang meletihkan.

Pada mulanya aku merancang untuk hanya berlegar – legar disekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan shopping complek yang berhampiran sementara menunggu perhimpunan bermula. Tetapi dengan keadaan badan yang letih dan mata yang mengantuk aku mencadangkan kepada Adil untuk menyewa hotel murah yang ada di kawasan tersebut. Kami memilih dengan untuk menyewa selama 3 jam iaitu dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari, di sebuah hotel di Medan Tuanku dengan bayaran RM 40.

Setelah memasuki bilik hotel aku terus baring dan terlelap. Aku terjaga sekitar jam 11 pagi. Aku terus ke bilik air untuk mandi bagi menyegarkan diri kerana aku tahu bahawa dalam perhimpunan nanti memerlukan tenaga yang banyak. Sedang aku mandi aku terdengar bunyi deruan helikopter yang terbang rendah di sekitar kawasan berkenaan. Aku menjadi semakin teruja untuk tahu apa yang sudah jadi di luar. Aku segara membangunkan Adil dan menyuruhnya bersiap cepat kerana aku sudah tidak sabar untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Setelah kami berdua siap kami terus menyerahkan kunci bilik hotel dan terus berjalan keluar. Waktu pada ketika itu dalam sekitar jam 11.45 pagi. Aku memerhatikan dari jauh kelihatan dihadapan SOGO polis semakin ramai. Dan boleh dikatakan polis lebih ramai dari mereka yang akan menyertai perhimpunan. Aku yang ber T-shirt hitam dan berlogo Parti Keadilan Rakyat cuba untuk tidak mempamerkan secara jelas pakaian berkenaan sebaliknya aku memakai jaket diluar. Ini kerana aku tahu waktu itu masih belum sesuai untuk mempamer logo atau apa-apa slogan.

Aku terus kehadapan SOGO, aku dan Adil berlegar-legar disekitar hadapan SOGO. Kelihatan beberapa orang polis memerhatikan gerak – geri kami. Kami berkelakuan seperti tidak tahu apa – apa dan berlagak seolah pengunjung yang datang untuk membeli – beleh di SOGO. Kelihatan ramai juga orang berlegar – legar di sekitar hadapan SOGO dan aku dapat mengagak yang mereka itu juga adalah sebahagian dari peserta perhimpunan anti ISA itu nanti.

Tiba – tiba datang seorang pegawai polis kearah kami dan mengarahkan kami supaya beredar. Pegawai polis berkenaan menjeriti “kalau mahu shopping pergi shopping, kalau tak mahu shopping pergi balik jangan kumpul-kumpul disini” aku dan Adil dengan selamber berjalan ke kawasan lain, kami masuk kedalam SOGO dan berlegar – legar sekitar tingkat bawah SOGO. Selepas itu kami keluar dan berdiri dihadapan pintu masuk SOGO. Aku menyedari yang polis cawangan khas SB berada dimerata cerok kawasan.

Kelihatan tiga orang pemuda berbaju merah dan berbeg galas berjalan menghampiri kawasan hadapan SOGO. Setiba dihadapan SOGO dua orang daripada mereka terus menghala ke pintu SOGO untuk memasuki komplek berkenaan. Seorang lagi terus berjalan kearah hadapan SOGO, dengan tidak semena-mena dua orang polis beruniform datang dari arah belakang pemuda berkenaan dan menangkap pemuda tersebut. Kejadian tersebut berlaku betul-betul dihadapan aku (rupa-rupanya selepas itu banyak lagi berlaku tangkapan dihadapan aku). Pemuda tersebut menjerit memanggil dua rakannya yang sedang menuju kedalam SOGO. Menyederi seorang kawan mereka ditahan, mereka terus berlari kearah polis berkenaan yang mana pada ketika itu sedang membawa rakan mereka itu ke dalam trak. Dua rakan mereka ini cuba berunding dengan polis agar membebaskan rakan mereka yang ditahan tersebut. Akhirnya aku melihat ketiga-tiga mereka diangkut terus kedalam trak. Mereka sempat menjerit “hidup-hidup rakyat” ketika dimasukkan kedalam trak. Teriakkan mereka tersebut disambut dengan takbir dan bunyi hon oleh pengguna jalan raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Aku melihat pergerakan polis semakin meluas dan seolah sedang mencari mangsa. Aku mula turun kebawah ke perhentian bas dihadapan SOGO. Terdapat sekumpulan lelaki diperhentian bas berkenaan. Mereka memberitahu yang mereka dari Perlis dan baru sampai ke KL pagi itu dengan menaiki bas. Selepas itu salah seorang daripada kumpulan lelaki dari Perlis tersebut mengajak kami semua untuk berada jauh sedikit dari kawasan SOGO kerana keadaan kelihatan agak kurang selamat kerana polis dilihat sudah mula bergerak kedalam orang ramai.

Kami beredar ke hadapan Pertama Komplek, dan memerhatikan orang semakin ramai berada disekitar kiri kanan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mereka semua dilihat berlegar – legar seperti mahu membeli belah. Tetapi kami dapat menjangkakan yang mereka semua itu adalah mereka yang mahu menyertai perhimpunan anti ISA.

Kumpulan lelaki dari Perlis tersebut mahu beredar untuk mencari tempat penginapan untuk mandi serta membersihkan diri terlebih dahulu. Jam pada waktu itu sekitar 12.30 dan masih sempat bagi mereka berehat. Perhimpunan sebenar dijadualkan bermula jam 2.00 petang. Aku dan Adil menyeberang Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk berada diseberang jalan berkenaan. Ini kerana diseberang jalan berkenaan terdapat sekitar 20 orang sedang berkumpul. Dalam sumber – sumber yang aku perolehi, adalah lebih selamat berada dalam kumpulan yang ramai dari berada berseorangan atau dua tiga orang. Ini kerana polis atau SB akan lebih mudah untuk menangkap secara rambang mereka yang berada dalam kumpulan kecil atau berseorangan.

Ketika berdiri dalam kumpulan tersebut aku melihat sekumpulan polis dihadapan SOGO sedang diberi taklimat oleh pegawai mereka. Dalam masa yang sama juga kelihatan seorang anggota polis membawa anjing berlegar sekitar hadapan SOGO. Setelah habis taklimat diberikan kepada kumpulan polis berkenaan, mereka mula bergerak kearah orang ramai yang berkumpul di kiri kanan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Jumlah mereka yang berkumpul di kiri kanan jalan tersebut sekitar 100 ke 200 orang. Jumlah ini terus bertambah sedikit demi – sedikit. Kumpulan polis beruniform berkenaan terus menghala ke arah orang ramai berkenaan sambil meniup wisel dan menjerit mengarahkan orang ramai beredar.

Kumpulan orang ramai tadi terus bergerak kebelakang hingga ke Maju Junction dan Medan Tuanku. Sebaik saja kumpulan polis berkenaan beredar, kumpulan orang ramai tadi terus datang balik ke arah persimpangan Jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan jumlah mereka dilihat semakin ramai dari sebelumnya.

Sebaik sahaja polis menyedari orang ramai mula berkumpul semula, kumpulan polis berkenaan datang sekali lagi dan mengarahkan orang ramai beredar, dan situasi berkenaan berulang hampir 3 ke 4 kali. Orang ramai dilihat seakan bermain “catch me if you can”. Aku turut menyertai kumpulan orang ramai berkenaan. Jam pada waktu itu sudah pun menunjuk hampir 1.30 petang. Dalam waktu itu aku melihat banyak tangkapan berlaku.

Jalan Tuanku Abdul Rahman pada waktu itu sudah lama ditutup, dan aku menyederi SOGO juga turut ditutup. Aku terdengar seorang lelaki disebelah aku berdiri bercakap dalam loghat pantai timur “Bersih dulu pun SOGO tak tutup” dan lelaki berkenaan mengatakan yang waktu perhimpunan Bersih dahulu tidak ramai begini. Aku melihat ke arah Jalan Sultan Ismail dan Maju Juntion, kelihatan orang semakin ramai datang dari arah berkenaan dengan berjalan kaki.

Aku terus berlegar – legar dikawasan berkenaan dan tidak mahu duduk setempat. Ini kerana risiko untuk ditangkap oleh polis cawangan khas SB adalah lebih tinggi jika berada dalam keadaan setempat. Ini kerana pihak SB ini yang menyamar sebagai peserta demostarsi akan bertindak menghampiri mereka yang leka berdiri dan terus menangkap secara mengejut.

Aku menyeberang semula ke Pertama Komplek, dan aku terjumpa dengan seorang kawan aku dari Kelantan. Perkenalan dengan sahabat aku dari Kelantan ini bermula dari hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Penanti. Dan sejak dari itu kami sering terjumpa di program-program politik.  Tapi yang uniknya, walaupun kami sering terjumpa, aku sampai hari ini tidak tahu namanya dan terlupa untuk meminta nombor telifonnya.

Aku berborak – borak dengan sahabat aku tersebut berkenaan demostrasi berkenaan. Adil juga terjumpa sahabat lamanya dan mereka turut berborak. Tiba – tiba aku mendapat panggilan dari Khalid, sahabat tempat kerja aku yang lama. Dia ingin menyertai aku dalam demostrasi berkenaan. Khalid mencari aku dan dia memberitahu yang dia berada disekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Aku meninjau sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman bagi mencari Khalid, dan aku ternampak Khalid berada diseberang jalan berkenaan. Aku terus melambai tangan ke arah Khalid dan mengarahkan dia datang kepada aku dan kawan – kawan aku disebelah sini.

Jam pada waktu itu menunjukkan 1.55 minit petang. Lagi 5 minit sepatutnya perarakan ke istana bermula. Aku bersalaman dengan Khalid dan agak gembira berjumpa dengan dia kerana kami sudah lama tidak berjumpa setelah aku tidak lagi bekerja di Kuala Lumpur. Aku bertanya kepada kawan aku dari Kelantan tadi,  mengapa tidak ada seorang Unit Amal yang kelihatan pada waktu itu sedangkan jam sudah menunjukkan hampir pukul 2 petang. Hati aku mula terdetik, adakah perarakan ini tidak akan berlaku.

Sedang kami berdiri di situ tiba – tiba terdengar jeritan “gerak -gerak” dengan kuat. Rupa -rupanya pergerakan baru sahaja bermula dari hadapan SOGO menghala ke Jalan Raja Laut. Jalan Tuanku Abdul Rahman sudah ditutup dan dikawal ketat dan sebab itu pergerakan diarah ke Jalan Raja Laut tidak seperti jadual asal yang sepatutnya ke Jalan Tuanku Abdul Rahman menghala ke Masjid Negara.

Aku dan rakan – rakan aku yang lain pada waktu itu berada di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Medan Mara. Terdapat seorang lelaki cuba menjerit menberi arahan kepada kami agar mengikut jalan belakang bagi menyertai jumlah pendemostrasi yang ramai sedang bergerak di Jalan Raja Laut. Tiba -tiba seorang lagi lelaki berkopiah menjerit, “jangan -jangan” lelaki tersebut menyatakan yang lelaki yang menjerit memberi arahan ke jalan belakang itu adalah polis cawangan khas SB yang bertindak  mahu mengelirukan mereka yang mahu menyertai perarakan yang sedang berlaku. Aku dan rakan – rakan aku yang lain tadi mula terkeliru. Keadaan pada waktu itu mula kelam – kabut. Aku tidak mahu terpisah dari kumpulan yang sedang berarak kerana polis sudah bergerak untuk menangkap  mereka yang tercicir dari perarakan tersebut.

Aku terus mengajak Adil dan kawan aku dari Kelantan tersebut mengikut jalan di sebelah Medan Mara untuk ke Jalan Raja Laut yang mana ketika itu peserta demostrasi sedang memenuhi Jalan Raja Laut. Aku dan kawan aku dari Kelantan terus  berlari di jalan medan mara ke Jalan Raja Laut bagi memasuki kumpulan perarakan tersebut. Adil terbelakang pada waktu itu, mungkin kerana dia jarang berlari. Aku pun agak semput ketika berlari pada waktu itu, namum mungkin kerana semangat yang berkobar apatah lagi melihat ribuan peserta telah memenuhi Jalan Raja Laut, membuatkan aku lupa akan kepenatan.

Akhirnya aku, Adil dan kawan aku dari Kelantan tersebut berjaya berada di tengah -tengah peserta demostrasi. Khalid hilang entah  kemana pada waktu itu. Aku kira Khalid mungkin tidak mahu menyertai perarakan tersebut. Jumlah peserta demostrasi yang berada di atas jalan Raja Laut berkenaan boleh dianggar sekitar 10 000 orang. Aku tidak tahu dari mana datangnya jumlah yang begitu ramai. Kerana aku melihat mereka yang berada disekitar SOGO pada sebelum itu tidaklah seramai itu.

Selepas demostarsi itu baru aku tahu bahawa sebahagian daripada mereka itu datang dari arah Masjid Jamek yang mana ianya salah satu tempat perkumpulan bagi demostarsi berkenaan. Kumpulan dari Maskid Jamek bergerak ke arah SOGO dan bergabung dengan kumpulan yang berada di sekitar SOGO termasuklah aku.

Aku mula bersemangat apabila berada ditengah-tengah lautan manusia itu. Kami melaungkan slogan “mansuh-mansuh, mansuh ISA” dan “Allahukakhbar”. Perarakan tersebut bergerak menuju ke Jalan Sultan Ismail dan menghala ke Jalan Kuching. Dari Jalan Sultan Ismail ke Jalan Kuching jumlah peserta demostrasi berkenaan cukup ramai. Boleh dikatakan hampir 15 ribu orang menyertai demostrasi tersebut. Laungan “Takbir” dan laungan “Mansuh2 mansuh ISA” terus bergema menengelamkan bunyi kenderaan yang lalu lalang.

Aku perhatikan polis yang beruniform sudah tidak kelihatan mungkin yang tidak beruniform masih ada dalam kalangan ribuan peserta demostrasi tersebut. Dipersimpangan Jalan Sultan Ismail tadi aku perhatikan polis trafik yang berada disitu hanya menjaga lalu – lintas.

Perarakan terus bergerak ke Jalan Kuching, kenderaan yang lalu – lalang memberikan hon dan mengangkat tangan tanda sokongan. Kepenatan langsung tidak terasa kerana semangat yang terus membara dalam diri aku. Aku sendiri melaungkan “Mansuh2 Mansuh ISA”, “Hidup2 Hidup Rakyat” dan “Takbir” beberapa kali sambil disambut oleh para peserta yang lain.

Pada jam hampir 2.40 minit petang kami tiba di atas Jalan Kuching dan hampir dengan jejantas untuk ke stesyen komuter bank negera. Dari jauh aku dapat melihat, sekumpulan lagi peserta demostrasi yang begitu ramai berada di hadapan. Aku percaya itu adalah kumpulan yang berkumpul di Masjid Negara. Tetapi mereka tidak dapat bergerak, kerana FRU telah membuat benteng di tengah – tengah jalan bagi menghalang dari kami bergabung.

Kumpulan kami terus bergerak dengan tidak menghiraukan gerombolan FRU dihadapan, untuk kami bergabung dengan kumpulan di Masjis Negara dan terus bergerak ke Istana. Tetapi dengan tidak dijangka sebaik sahaja kami melepasi jejantas stesyen komuter bank negara, kami dihujani berpuluh – puluh gas pemedih mata. Rupanya FRU menembak gas pemedih mata dari meriam. Kawasan sekitar langsung dipenuhi oleh asap yang memang memeritkan mata, mulut,hidung,dada dan kulit.

Aku segera membasahkan tuala yang aku bawa dan menekapkannya kemuka. Namun akibat terlalu banyak  gas pemedih mata yang dilepaskan aku mula rasa seperti hilang kawal. Aku terbatuk – batuk menahan kepedihan, air mineral yang aku bawa aku basuhkan pada muka dengan segera. Datang seorang pemuda Cina kepada aku dan meminta sedikit air, aku terus menghulurkan air kepada pemuda Cina tersebut dan kami bergerak ke belakang bagi mencari kawasan yang kurang asap. Pada waktu itu aku sudah terpisah jauh dari Adil dan kawan aku dari Kelantan tersebut. Aku mencari semula Adil dan aku berjaya bertemu semula dengan dia. Tetapi aku terpisah terus dengan kawan aku dari Kelantan tersebut hingga tamat demostrasi. Diharapkan aku dapat bertemu kembali dengan kawan aku tersebut sewaktu pilihanraya kecil Dun Permatang Pasir nanti.

Setiba aku di tepi jalan, beberapa orang pemuda lain menghulurkan garam kepada aku. Garam memang petua yang digunakan untuk mengurangkan perit  terkena gas pemedih mata. Aku segera memasukan garam tersebut didalam mulut  dan dengan beberapa minit sahaja perit terkena dan terhidu gas pemedih mata itu hilang dan badan menjadi bertenaga kembali.

Memang power petua garam ni dan selepas kejadian itu baru aku tahu yang garam memang penting sewaktu berdemo. Kami sudah tidak boleh bergerak ke hadapan bagi bergabung dengan kumpulan dari Masjid Negara. Ini kerana FRU bagai sedang berpesta menembak gas pemedih mata.  Tiba-tiba aku terdengar arahan dari Che`gu Bard yang mengarahkan semua peserta berpatah balik ke SOGO kerana kumpulan di Masjid Negara tadi juga sedang bergerak ke SOGO, kami bercadang untuk bergabung dengan mereka di SOGO.

Semua perserta tanpa kenal erti takut dan gentar terus berpatah balik ke arah SOGO, walaupun masing-masing sedang menahan kepedihan terkena gas pemedih mata, namum sedikit pun tidak menggentar atau melemahkan semangat para peserta. Aku berada pada barisan paling hadapan bersama unit amal semasa di jalan Sultan Ismail hingga ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk ke SOGO.

Setibanya kami dihadapan Maju Junction, kami perhatikan dihadapan SOGO keadaan baru sahaja teruk dibedil oleh FRU. Kami berhenti dipersimpangan Medan Tuanku. Laungan -laungan semangat terus berkumandang tanpa henti pada waktu itu bagi membakar semangat setiap perserta yang tiba. Kelihatan beberapa kumpulan dari Sogo sedang bergerak untuk bergabung dengan kumpulan kami.

Selepas itu Che`gu Bard memberi arahan untuk semua peserta berpatah balik dan menuju ke Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut untuk berkumpul di sana. Kami semua terus bergerak menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman menghala ke Chow Kit dan membelok ke kiri bagi menuju ke Pejabat PAS Jalan Raja Laut. Kaki aku sudah akan mahu tegang pada waktu itu dan aku memperlahankan sedikit  langkah bagi mengelakkan kekejangan otot.

Ketika di Jalan Chow Kit aku begitu dahaga, aku meminta air mineral dari seorang pemuda India. Dia dengan sepantas kilat menghulurkan air kepada aku. Sampai di hadapam Pejabat Pas Jalan Raja Laut, kami diarahkan memenuhi jalan hadapan pejabat tersebut secepat mungkin dan biarkan kenderaan awam mengelilingi kami. Ini sebagai langkah untuk mengelak trak FRU dari sampai dan memancutkan air ketika kami sedang berhimpun disitu.

Ternyata taktik itu berjaya, polis dan FRU langsung tidak dapat masuk pada waktu itu dan perhimpunan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang ganguan. Setelah beberapa pemimpin berucap termasuk Masfuz, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Keng Siang, Saifudin Nasuition dan Mat Sabu, semua peserta diarahkan bersurai. Dan semua peserta mula bergerak untuk bersurai setelah tamat membaca doa selamat.

Aku yang berada pada kelompok hadapan pada waktu itu bergerak agak kehadapan. Jam pada waktu itu sekitar 5.00 petang. Aku mahu menuju ke restoran karatong di Maju Junction untuk bertemu dengan Jhon yang telah berada di sana dan mahu menjamu selera. Perut aku memang begitu lapar pada waktu itu, maklumlah program tadi memakan tenaga yang banyak. Selepas makan aku merancang untuk terus berjalan kaki ke puduraya dan mengambil bas untuk pulang ke Penang.

Ketika aku berada di Chow Kit tiba-tiba datang seorang pemuda dengan berlari laju dari arah belakang aku. Dia memberitahu yang FRU sedang menambak  gas pemedih mata dan meriam air kepada perserta yang bersurai melalui Jalan Raja Laut. Nasib baik aku memilih untuk lalu ikut Chow Kit. Jika tidak mesti teruk aku nak berlari, kaki aku pun waktu itu dah mula rasa betul-betul  hendak cram.

Sampai di hadapan Maju Junction aku perhatikan beberapa orang pengawal keselamatan maju juntion berkawal di depan pintu masuk. Aku perhatikan pergerakan keluar masuk ke Maju Junction dikawal begitu ketat. Aku menghubungi Jhon dan memberitahunya yang aku tidak dapat masuk ke dalam Maju Junction. Jhon mengarahkan aku masuk juga ke dalam dengan selamba.

Selepas itu aku dengan berbaju hitam berlogo PKR dengan selamba bersama Adil berjalan menuju ke pintu masuk Maju Junction. Pengawal Keselamatan yang bersenjata itu memerhati tepat ke arah aku. Aku dengan relax memberitahunya yang aku mahu masuk untuk makan sambil membuat isyarat untuk makan. Pengawal keselamatan tersebut langsung tidak menghalang aku dan aku terus masuk kedalam MajuJunction dan menghala ke restoran Karatong untuk berjumpa Jhon.

Aku duduk di dalam restoran tersebut dan terus memesan makanan. Dalam fikiran aku pada waktu itu, segala-galanya tentang demostrasi tersebut telah selesai. Sedang aku menunggu makanan yang dipesan, tiba-tiba seorang pekerja perempuan restoran karatong tersebut menjerit dengan memberitahu segerombolan polis dan FRU sedang mengempur Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Medan Tuanku.

Pada waktu itu Jalan Tuanku Abdul Rahman masih lagi ditutup dari lalu lintas. Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Tun Perak dan ke Dataran masih lagi penuh dengan polis bersenjata dan berperisai. Keadaan mereka dalam siap siaga dan akan bertindak bila -bila masa. Sesiapa juga yang menghampiri ke arah mereka akan ditangkap.

Ini menyebabkan mereka yang mahu bergerak ke Puduraya atau ke KTM untuk pulang terpaksa menangguhkan dahulu niat mereka. Maka mereka mengambil keputusan untuk berjalan – jalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang mengandungi banyak kedai – kedai yang menarik dan menjamu selera di kedai mamak yang berhampiran serta ada juga yang mengambil kesempatan melepaskan lelah dengan duduk berehat sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Keadaan ini diambil kesempatan oleh polis dan FRU untuk menggempur mereka yang sedang berehat ini, barangkali polis mahu membalas dendam kerana perarakakan petang itu tetap juga berjaya walaupun mereka melakukan halangan yang begitu ketat. Atau mungkin juga mereka ada menerima arahan baru dari Najib yang bengang kerana sepanjang perarakan tadi kami melaungkan “Najib Altantuya” dan “Najib Pembunuh”.

Dari dalam Restoran Karatong Maju Junction aku dapat perhatikan polis dan FRU seakan dirasuk hantu dengan membantai orang ramai yang berada disekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Medan Tuanku. Aku bernasib baik kerana sudah terperangkap di dalam restoran tersebut, dan pihak pengurusan restoran tersebut tidak membenarkan siapa pun keluar atau masuk pada waktu itu. Jika aku berada di luar sudah pasti aku akan ditangkap kerana aku sudah tidak mampu untuk berlari kerana kaki aku yang sudah mahu cram.

Dari dinding kaca restoran Karatong aku dapat perhatikan bagaimana FRU menyembur air kimia ke dalam kedai Nasi Kandar dan kepada pelanggan yang sedang makan disitu. Motosikal terbalik terkena semburan air yang kuat. Aku juga dapat perhatikan seorang pemuda yang ditangkap oleh polis peronda kerana mengambil gambar, dengan jelas aku perhatikan polis membuka beg pemuda tersebut dan kameranya dirampas lantas dia terus dibawa masuk kedalam kereta polis dan ditahan.

Seorang pemuda yang cuba mengangkat sebuah motosikal yang terbalik diserbu oleh FRU dan ditangkap. Pemuda itu juga dibelasah dengan belantan oleh FRU. Orang ramai yang berada disitu berselerakan lari menyelamatkan diri. Seorang lelaki Cina terbaring diatas jalan dan tidak terdaya untuk bangun mungkin kerana terhidu terlalu banyak gas pemedih mata, selang beberapa saat selepas itu tubuh pemuda cina itu langsung ditenggelami oleh asap gas pemedih mata, kerana FRU menembak gas tersebut betul – betul hampir dengan dia.

Selepas itu bunyi siren ambulans datang dan aku percaya pasti sudah ada yang akan dimasukkan ke hospital. Apabila keadaan reda, orang mula datang kembali untuk melepaskan lelah setelah penat berlari, mereka duduk diatas tembok sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sememangnnya menjadi “port” lepak untuk warga kota pada hujung minggu. Tidak lama selepas itu, FRU datang kembali, kali ini dengan lebih ganas dan ala tentera Zionis membalas rakyat Palesten di Gaza.

Fru datang dengan senjata gas pemedih mata dan menembak gas pemedih mata tersebut ke arah badan manusia, bukan ke lantai. Ternampak saja orang awam FRU terus menghalakan bucu senjata mereka dan melepaskan gas pemedih mata kearah badan orang tersebut. Sekumpulan lain FRU mengejar orang ramai seperti tentera Zionis mengejar rakyat Palesten.

Hampir satu jam lebih keganasan dan kekejam oleh polis dan FRU itu berlaku. Jam pada waktu itu menunjukkan hampir 6.30 petang. Setelah keadaan dilihat reda, aku, Adil, Jhon dan awek dia keluar dari restoran Karatong di Maju junction tersebut. Kami meninjau kawasan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Medan Tuanku. Mata kami terasa pedih apabila berada diluar kesan daripada semburan gas pemedih mata yang melampau oleh FRU sebentar tadi. Jalan raya menjadi putih kesan dari simbahan air kimia.

Kami berjalan ke Maybank Medan Tuanku, aku ingin mengeluarkan wang. Selepas itu kami menyusuri tepi Jalan Sultan Ismail, kelihatan polis masih ramai di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ismail menghala ke Chow Kit. Kami terus pusing semula ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan menyusuri sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mencari kedai minum. Banyak kedai yang ditutup, akhirnya kami terjumpa sebuah kedai nasi kandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan terus kami masuk ke dalam untuk minum.

Dalam perjalanan tersebut aku menerima sms dari Cheng, dia bertanya lokasi akui dimana, aku memberi tahu lokasi aku pada dia dan bertanya tentang keadaan dia. Cheng memberi tahu dia sudah berada di Kl Central dan memberi dia terkena banyak gas pemedih mata.

Jam pada waktu itu sudah menunjukkan hampir 7.30 malam. Sebaik selesai minum, aku mengajak Adil dan Jhon untuk beredar,kerana aku mahu mengambil bas awal di puduraya. Kami pun beredar dari kedai tersebut, dan menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman hingga ke persimpangan ke dataran merdeka. Jalan Tuanku Abdul Rahman masih lagi ditutup pada lalu lintas pada waktu itu.

Sepanjang berjalan kaki, kami sempat mengambil gambar sebagai kenangan. Memasuki Jalan Tun Perak untuk ke Puduraya, tidak lama lepas itu Jhon dan awek dia mengambil selekoh untuk ke Central Market bagi menaiki LRT Putra untuk pulang ke Cyeberjaya. Kami bersalam sebelum masing – masing meneruskan perjalanan.

Aku dan Adil terus berjalan kaki ke Puduraya. Setiba di Puduraya, aku terus mencari tiket bas dan aku bernasib kerana mendapat tiket bas yang akan bertolak pada jam 8 malam. Waktu pada ketika itu pun sekitar 7.50 minit malam dan aku tidak payah menunggu lama di puduraya untuk menaiki bas.

Sebaik bas tiba, aku dan Adil menaiki bas tersebut dan duduk dengan selesa diatas bas. Aku merasa puas kerana dapat terlibat dalam demostrasi tersebut dan bangga dengan diri aku sendiri. Di dalam bas tersebut juga, terdapat ramai  peserta-peserta demostrasi yang ingin pulang ke Pulau Pinang.

Bas mula bergerak meninggalkan KL, Bas yang aku naiki tersebut melalui Jalan Kuching di tempat aku terkena semburan gas pemedih mata siang tadi, aku tersenyum melihat tempat tersebut (tempat jatuh lagi dikenang) dan memberi kepada Adil yang di jalan itu tadi kami ditembak dengan gas pemedih mata.

Dalam perjalanan ke Tol Jalan Duta, aku menghantar sms kepada Khaled dan bertanya kemana dia menghilang sewaktu perarakan siang tadi. Selepas itu Khaled terus menghubungi aku, dia memberitahu sebaik aku berlari untuk masuk kedalam crowd dia berpatah balik mengambil motosikal dan dia menaiki motosikal dalam perarakan tersebut. Dia turut berada di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut sewaktu acara penutup demostrasi tersebut. Dia sendiri melahirkan rasa puas dan bangga kerana dapat terlibat dalam demostrasi tersebut.

Hampir jam 2 pagi aku dan Adil sampai di hentian Juru dan tidak lama selepas itu Said datang menjemput kami. Dalam kotak fikiran aku pada waktu itu, aku masih terbayangkan detik -detik bersejarah yang aku lalui siang tadi.

Apa yang pasti, aku akan menjadi anak muda yang pertama untuk hadir jika ada lagi demostrasi untuk “suara rakyat”  sebegini diadakan. LAWAN TETAP LAWAN!!!

 

 

Ceramah PAS di ganggu FRU

July 26, 2009

Ceramah anjuran PAS di padang Taman Guar Perahu malam tadi (25 Julai 2009) telah diganggu oleh FRU. Program ceramah yang bermula sekitar jam 9 malam itu telah diserbu oleh FRU pada jam 10 malam. Semua yang hadir pada ceramah tersebut telah diarah bersurai dan acara ceramah tersebut telah diarahkan untuk berhenti.

Namun panganjur dan hadirin yang tiba tidak berputus asa dan mereka memindahkan lokasi ceramah di sebuah berhampiran yang juga terletak di dalam taman tersebut dan ianya tidak lagi digangu polis.

Program ceramah yang bertemakan “Mansuhkan ISA” itu dihadiri oleh Mat Sabu dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Egois Si Mahathir

July 9, 2009

Rakyat telah menolak PPSMI, rakyat yang berani juga telah turun ke jalan raya bagi mendesak kerajaan memansuhkan PPSMI. Tokoh – tokoh bahasa dan pemimpin Pakatan Rakyat juga telah mendesak untuk dimansuhkan PPSMI. Akhirnya Umno Barisan Nasional mengaku kalah dan tunduk kepada kehendak rakyat dan memansuhkan PPSMI.

Namum Mahathir terus ego dengan sikap bodoh sombong untuk terus mempertahankan PPSMI. Tanpa rasa malu Mahathir terus membela dan menegakkan benang yang basah dengan mengatakan PPSMI penting kepada masa depan negara. Hakikatnya kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan jelas dan terang menunjukkan yang program PPSMI itu GAGAL.

Kenapa Mahathir ini begitu bebal untuk menerima kenyataan ini. Apa tidak faham – faham lagi Si Mahathir ini. Memang Mahathir ini jenis bodoh yang tidak boleh diajar.

N.K. using Malaysian bank to deal weapons with Myanmar

July 4, 2009

North Korea sought payment through a bank in Malaysia for its suspected shipment of weapons to Myanmar that is being carried on a freighter tracked by the U.S. Navy, a source said Saturday, according to Yonhap News.

The visit by a U.S. envoy to Malaysia this weekend will focus on ways to cut off the payment transaction for the cargo from the bank in Malaysia to North Korean leader Kim Jong-il, the source said.

“Kim will have a hard time collecting his money,” the high-level source said, speaking strictly on condition of anonymity. The source declined to identify the bank due to diplomatic concerns.

Philip Goldberg, the U.S. coordinator for the implementation of a U.N. Security Council resolution that punishes North Korea for its May 25 nuclear test, is scheduled to arrive in Malaysia on Sunday.

The visit comes after the White House said late last month that U.S. President Barack Obama discussed North Korea and financial regulations with Malaysia’s Prime Minister Najib Razakon by phone.

It also comes as North Korea’s Kang Nam freighter is apparently returning home after being tracked by a U.S. Navy destroyer that suspects it is carrying cargo banned under the resolution.

Resolution 1874, which reinforced sanctions that were imposed after North Korea conducted its first nuclear test in 2006, bans Pyongyang from exporting any type of weapons — light or heavy.

According to another source in Seoul, the Kang Nam is believed to be carrying small Soviet-era arms such as AK-47 rifles and RPG-7 anti-tank launchers.

AK-47s and RPG-7s are two of the most widely traded Soviet-era weapon types that North Korea is capable of producing on its own.

“Kim appears to have received earnest money for the shipment, but it is a small sum compared to the payment held up in Malaysia,” the source said.

2009.07.04

http://www.koreaherald.co.kr/NEWKHSITE/data/html_dir/2009/07/04/200907040052.asp

SISTEM EKONOMI KAPITALIS

June 24, 2009

Inilah sifat asli kapitalis. Inilah sifat kaum pemodal kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalisma tujuan utama ialah untung.

Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tujuan asasnya mencari untung. Ini hakikat. Tidak perlu berdolak dalik.

Kaum kapitalis akan melakukan apa sahaja asalkan dapat untung.

Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di jual akan di jual. Asalkan ada untung.

Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di beli akan dibeli. Asalkan ada untung.

Dalam sistem kapitalis – agama, ibu, ayah, anak – semua boleh di jual – jika mendapat untung.

Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tidak mengira agama, bangsa atau wilayah.

Sistem kapitalis bersifat uninversal – melintasi benua, daerah dan wilayah.


SISTEM EKONOMI SOSIALIS

Sistem ekonomi sosialis ini berbeza dari sistem kapitalis.

Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan bukan untung tetapi perkhidmatan.

Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan ialah kebaikan ramai bukan keuntungan pribadi.

Dalam sisstem ekonomi sosialis pembangunan dilakukan bukan kerana ianya boleh mendapat untung – pembangunan dilakukan kerana ianya membawa manafaat untuk orang ramai.

Dalam sistem sosialis hospital percuma – kerana ianya baik untuk menjaga kesihatan semua warga. Hospital bukan untuk membuat untung tetapi memberi khidmat. Khidmat terbaik diberi bukan kerana si sakit kaya tetapi pesakit memerlukan khidmat itu.

Dalam sistem sosialis pembelajaran –sekolah/universiti – diberi percuma kerana ianya akan melahirkan warga yang berilmu. Ini perlaburan yang dananya dikeluarkan dari kantong negara. Pembelajaran bukan perniagaan. Pembelajaran ialah untuk mendidik warga berilmu. Warga yang berilmu akan berbudi dan berbahasa. Warga yang berilmu tidak membawa porak peranda.

Dalam sistem sosialis perumahan didirikan untuk semua. Membuat rumah kediaman bukan untuk mencari laba tetapi untuk memberi keselesaan kepada penduduk. Kenapa yang kaya perlu 4 bilik dan yang miskin duduk berhimpit-himpit?

Kalau dalam sistem ekonomi sosialis syarikat kapal terbang adalah milik negara. Harga tiket ke umrah atau ke mana sahaja akan dijual semurah mungkin. Bukan bermakna penjualanan tiket kapalterbang akan merugikan tetapi niatnya BUKAN untuk keuntungan maksima.

Untung yang didapati bukan akan masuk ke dalam poket individu pemegang saham. Dalam ekonomi sosialis pemegang saham ialah semua warga. Bottom Line sosialis bukan ringgit dan sen. Bottom Line sosialis ialah khidmat untuk orang ramai.

Nota:

Mereka yang menentang sistem sosialis kerana mereka tahu dalam sistem ini mereka tidak dapat melabor modal untuk memeras dan menindas kaum buruh.

Negara sosialis selalu di serang kerana kaum kapitalis tidak dapat membuat untung dan merompak harta kekayaan.

Negara sosialis diserang kerana punca-punca ekonomi negara – minyak, bijeh, sawit,emas, besi dan segala hasil bumi – tidak boleh dimiliki oleh Exxon, General Motors, IBM, Chevron, ITT, Douglas McDonald, City Bank atau HSBC.

Memang betul dan saheh di Cuba tidak ada MacDogal. Betul di Cuba tidak ada KFC. Betul di Cuba tidak ada Coca Cola.

Tetapi di Cuba – ada sistem perubatan awam yang terbaik dalam dunia. Ianya diberi percuma untuk semua warga.

Di Cuba ada sistem pembelajaran yang terbaik di dunia. Sekolah perubatan Cuba memberi kuliah percuma untuk pelajar dari negara-negara dunia ketiga termasuk dari Amerika.

Di Cuba ada sekolah sukan yang tebaik. Negara kecil yang penduduknya berjumlah 11,451,652 ini saban kali di sukan Olimpik akan mengondol berpuluh pingat emas – lebih dari India yang rakyat 1 bilion atau Saudi Arabia yang dikatakan kaya raya.

Fakta :

Paling menyedihkan ada gulungan yang menentang sistem sosialis ini bukan dari kaum kapitalis yang kaya raya tetapi dari mereka yang miskin papa kedana. Mereka ini di beri ajaran dan ditakut takutkan bahawa kaum sosialis ini tidak bertuhan.

Ini adalah hasil dari sistem pembelajaran kapitalis yang telah membuatkan orang-orang ini bebal – tidak dapat berfikir. Dalam sistem kapitalis amat-amat diperlukaan orang-orang bebal lagi bodoh agar mereka boleh terus menjadi buruh dan hamba tanpa memiliki ketinggian fikrah dan keupayaan intelek.

Sistem kapitalis ingin melahirkan kaum buruh yang setia, tidak berfikir dan tidak dibenarkan berpersatuan. Dalam sistem sosialis kesatuan buruh adalah rukun pertama.

Dalam sistem sosialis pembelajaran percuma tidak memungkinkan lahirnya orang –orang bebal. Kebebalan adalah musuh utama sosialisma.Kebebalan dan kebodohan akan dilawan hingga ke akar umbi.

Dalam sistem sosialis tidak akan timbul isu PPSMI – kerana dari segi keilmuan telah diketahui bahawa untuk mengajar satu- satu bahasa BUKAN melalui maths dan sains tetapi melalui sastera.

Hanya dalam sistem kapitalis wujudnya manusia bebal yang mencadangkan cara mempelajari satu-satu bahasa adalah melalui maths dan sains.

Hidup jangan jadi bebal. Fikirkan siapa yang tidak percaya kepada Yang Maha Esa – kaum sosialis atau Kapitalis Yang Menjual Gambar Kaabah?.

http://www.tukartiub.blogspot.com/

Kenapa PRK Manek Urai pada bulan Julai

June 1, 2009

SPR telah menetapkan bahawa pilihanraya kecil DUN Manek Urai akan dijalankan pada 14 Julai 2009 dan penamaan calonnya pada 6 Julai 2009.

Sekali pandang mungkin kita menyedari akan taktik ini iaitu mahu mengurangkan jumlah penyokong pada hari penamaan calon dan menyukarkan pengundi keluar mengundi. Ini kerana kedua – dua hari tersebut merupakan hari bekerja.

Satu lagi perkara, sama ada kita sedar atau tidak. Kes perbicaraan liwat yang dikenakan terhadap Dato Seri Anwar juga akan berlangsung pada bulan Julai ini. Kes tersebut akan mula dibicarakan di mahkamah bermula dari 1 Julai 2009 hingga 24 Julai 2009.

Ini bermakna sepanjang tempoh bermula dari penamaan calon, tempoh berkempen hingga hari mengundi, Dato Seri Anwar mungkin tidak mempunyai masa untuk turun ke Manek Urai untuk berkempen bagi Pakatan Rakyat. Sekaligus dapat mengelakkan gelombang Anwar Ibrahim yang sememangnya digeruni oleh Umno/Barisan Nasional.

Keduanya, isu dan setiap kenyataan sewaktu perbicaraan kes liwat Dato Seri Anwar tersebut pasti akan menjadi modal percuma kepada Umno dalam menghadapi Pilihanraya Kecil Manek Urai. Sudah pastinya sewaktu perbicaraan itu berjalan, terdapat kenyataan-kenyataan yang “mengaibkan” Dato Seri Anwar dan imej Pakatan Rakyat itu sendiri. Ini semua akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Umno bagi mempengaruhi pengundi di Manek Urai.

Media – media Umno seperti TV3 dan Utusan Malaysia pasti akan mencanang bersungguh – sungguh kenyataan yang mengaibkan Dato Seri Anwar sewaktu perbicaraan itu berjalan yang mana ianya serentak dengan tempoh kempen di Manek Urai.

Maka tidak hairanlah beberapa pemimpin Umno berani mengatakan yang mereka mampu untuk menang di Manek Urai.

Oleh itu, ayuh pemimpin, jentera, ahli serta penyokong Pakatan Rakyat. Kita harus segera menyedari akan perkara ini dan perkasakan seluruh jentera dan tingkatkan semangat dan kekuatan bagi menghadapi asakan Umno/ Barisan Nasional ini.

Jangan kita terlalu asyik dan leka dengan kemenangan berturut – turut dalam pilihanraya – pilihanraya kecil yang lalu. “Pelanduk Selalu Lupakan Jerat, Tetapi Jerat Tak Pernah Lupakan Pelanduk.

CheGuBard Di IPD Bukit Mertajam 3 PM

May 29, 2009

CheGuBard akan lapor diri di IPD Bukit Mertajam jam 3 Petang ini berikutan waran yang diterimanya semalam. Waran itu dikeluarkan oleh pihak polis kononnya ada laporan (akta hasutan) sewaktu ceramah CheGubard di Penanti semalam.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.