20 Sept tetap dalam ingatan

Sekali lagi saya hampir terlupa, ketika saya menulis artikel ini kita telah pun sedikit melewati tanggal 20 Sept 2008. Kenapa dengan tarikh 20 Sept ini? ada apa dengan 20 sept ini?

20 Sept 2008 genaplah 10 tahun peristiwa Dato Seri Anwar ditangkap oleh polis atas arahan Umno dan Barisan Nasional yang ketika itu dikepalai oleh Dr Mahathir. Pada malam 20 Sept 1998 rumah Dato Seri Anwar telah diserbu oleh pasukan khas polis bertopeng bagi menangkap Dato Seri Anwar dan ditahan dibawah ISA.

Pada petang 20 Sept 1998 Dato Seri Anwar telah mengadakan perhimpunan rasaksa di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Bandar Kuala Lumpur penuh dengan lautan manusia yang menentang kezaliman yang dilakukan oleh Dr Mahathir.

Pada malam tersebut Dato Seri Anwar telah mengadakan sidang media di rumahnya. Ketika sidang media tersebut, rumah Dato Seri Anwar telah diserbu oleh pasukan Unit Tindak Khas Polis Diraja Malaysia yang diarahkan oleh Dr Mahathir dan Umno. Boleh dikatakan ratusan polis berpoteng dan lengkap bersenjata menyerbu rumah Dato Seri Anwar bagi menangkap beliau.

Dengan keadaan yang begitu tegang pada waktu itu, Dato Seri Anwar dengan tenang mengikut arahan pihak polis yang mahu menahan beliau. Akhirnya beliau dibawa menaiki van ke Bukit Aman. Maka bermula episod derita dan penyiksaan terhadap Dato Seri Anwar selama 6 tahun sebelum dibebaskan pada tahun 2003.

Pada malam 20 Sept 1998 itu juga, setelah sampai di Bukit Aman, Dato Seri Anwar telah dibelasah teruk oleh Ketua Polis Negara pada waktu Tan Sri Rahim Nor hingga menyebabkan mata Dato Seri Anwar lebam dan mengalami kecederaan tulang belakang yang serius yang terpaksa ditanggung oleh beliau hingga hari ini.

Berdasarkan beberapa sumber mengatakan, pukulan dan siksaan yang dilakukan terhadap Dato Seri Anwar pada malam itu adalah bertujuan membunuh beliau atau sekurang-kurang meninggalkan kesan yang teruk pada fizikal beliau agar perjuangan politik Dato Seri Anwar terus berkubur. Namun Allah mengurniakan kekuatan kepada Dato Seri Anwar dalam menerima siksaan tersebut.

Pada hari Dato Seri Anwar dibawa ke Mahkamah seluruh Malaysia bahkan dunia terkejut melihat fizikal Dato Seri Anwar yang begitu teruk. Matanya lebam dan sampai satu tahap beliau terpaksa berkerusi roda. Mahkamah juga telah melarang Dato Seri Anwar dari diikat jamin atas alasan rusuhan akan terus berleluasa jika Dato Seri Anwar bebas dengan ikat jamin.

Maka bermula dari tarikh 20 Sept 1998 itu Dato Seri Anwar terus terkurung di penjara dan diseksa hingga tahun 2003. Kini Dato Seri Anwar kembali tanpa rasa serik dan putus asa untuk terus berjuang demi keadilan dan menegakkan kebenaran.

2 Responses to “20 Sept tetap dalam ingatan”

  1. khairul Says:

    OK TU.

  2. azlan Says:

    saya tak percaya dengan anwar ibrahim. menteri-menteri parlimen BN tak akan senang-senang lompat parti tanpa sebarang habuan dan jawatan daripada anwar. so, anwar juga beri rasuah. saya susah nak percaya anwar. kenapa selepas keluar daripada BN, baru beliau sibuk mendedahkan soal rasuah. dalam BN dahulu, beliau hanya diam membisu. itulah sikap anwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: