Archive for the ‘sejarah’ Category

20 Sept tetap dalam ingatan

September 21, 2008

Sekali lagi saya hampir terlupa, ketika saya menulis artikel ini kita telah pun sedikit melewati tanggal 20 Sept 2008. Kenapa dengan tarikh 20 Sept ini? ada apa dengan 20 sept ini?

20 Sept 2008 genaplah 10 tahun peristiwa Dato Seri Anwar ditangkap oleh polis atas arahan Umno dan Barisan Nasional yang ketika itu dikepalai oleh Dr Mahathir. Pada malam 20 Sept 1998 rumah Dato Seri Anwar telah diserbu oleh pasukan khas polis bertopeng bagi menangkap Dato Seri Anwar dan ditahan dibawah ISA.

Pada petang 20 Sept 1998 Dato Seri Anwar telah mengadakan perhimpunan rasaksa di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Bandar Kuala Lumpur penuh dengan lautan manusia yang menentang kezaliman yang dilakukan oleh Dr Mahathir.

Pada malam tersebut Dato Seri Anwar telah mengadakan sidang media di rumahnya. Ketika sidang media tersebut, rumah Dato Seri Anwar telah diserbu oleh pasukan Unit Tindak Khas Polis Diraja Malaysia yang diarahkan oleh Dr Mahathir dan Umno. Boleh dikatakan ratusan polis berpoteng dan lengkap bersenjata menyerbu rumah Dato Seri Anwar bagi menangkap beliau.

Dengan keadaan yang begitu tegang pada waktu itu, Dato Seri Anwar dengan tenang mengikut arahan pihak polis yang mahu menahan beliau. Akhirnya beliau dibawa menaiki van ke Bukit Aman. Maka bermula episod derita dan penyiksaan terhadap Dato Seri Anwar selama 6 tahun sebelum dibebaskan pada tahun 2003.

Pada malam 20 Sept 1998 itu juga, setelah sampai di Bukit Aman, Dato Seri Anwar telah dibelasah teruk oleh Ketua Polis Negara pada waktu Tan Sri Rahim Nor hingga menyebabkan mata Dato Seri Anwar lebam dan mengalami kecederaan tulang belakang yang serius yang terpaksa ditanggung oleh beliau hingga hari ini.

Berdasarkan beberapa sumber mengatakan, pukulan dan siksaan yang dilakukan terhadap Dato Seri Anwar pada malam itu adalah bertujuan membunuh beliau atau sekurang-kurang meninggalkan kesan yang teruk pada fizikal beliau agar perjuangan politik Dato Seri Anwar terus berkubur. Namun Allah mengurniakan kekuatan kepada Dato Seri Anwar dalam menerima siksaan tersebut.

Pada hari Dato Seri Anwar dibawa ke Mahkamah seluruh Malaysia bahkan dunia terkejut melihat fizikal Dato Seri Anwar yang begitu teruk. Matanya lebam dan sampai satu tahap beliau terpaksa berkerusi roda. Mahkamah juga telah melarang Dato Seri Anwar dari diikat jamin atas alasan rusuhan akan terus berleluasa jika Dato Seri Anwar bebas dengan ikat jamin.

Maka bermula dari tarikh 20 Sept 1998 itu Dato Seri Anwar terus terkurung di penjara dan diseksa hingga tahun 2003. Kini Dato Seri Anwar kembali tanpa rasa serik dan putus asa untuk terus berjuang demi keadilan dan menegakkan kebenaran.

Advertisements

PERJANJIAN SANG SI PERBA DENGAN DEMANG LEBAR DAUN

July 28, 2008

Menurut Sejarah Melayu, ia berlaku apabila Raja Suran berketurunan Iskandar Zulkarnain masuk ke dalam laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri, puteri raja Aftabul ‘Ard kerajaan Basram di bawah laut. Hasil daripada perkahwinan ini, lahir tiga orang anak, Nila Pahlawan, Kerishna Pendita dan Nila Utama. Mereka dikatakan muncul di Bukit Siguntang, di tengah Sungai Melayu yang hulunya di Gunung Maha Miru, dekat padang Penjaringan dalam negeri Palembang (pada waktu itu, negeri ini dikenali sebagai kerajaan Buddha Sriwijaya sebelum kemunculan kerajaan Hindu Majapahit).

Setelah mereka muncul di Bukit Siguntang, Palembang, tiga beradik ini bertemu dua orang wanita, Wan Empok dan Wan Walini yang sedang berladang di sana. Dipendekkan cerita, Wan Empok berkahwin dengan Nila Pahlawan, Wan Malini dengan Kerishna Pendita. Nila Utama pula mendapat gelaran baru sebagai Sang Si Perba.

Menurut Sejarah Melayu, pada masa itu Palembang sedang diperintah oleh seorang raja yang dipanggil Demang Lebar Daun. Apabila mendengar khabar ada anak raja besar keturunan Iskandar Zulkarnain turun di Bukit Siguntang, baginda pun terus ke sana untuk bertemu-muka dan mengambil berkat kebesaran anak raja itu.

Berita ini tersebar jauh ke merata tempat sehingga raja-raja lain pun turut sama bertumpu ke situ. Sesetengah raja datang membawa kaum keluarga mereka. Maka Sang Si Perba pun mengambil mana-mana puteri raja yang elok untuk dibuat isteri dan mereka menerima sahaja kerana rasa bertuah bermenantukan anak cucu Iskandar Zulkarnain. Malangnya, semua puteri ini kedal setelah “dijamah” baginda (Tak pasti ‘kedal’ penyakit apa. Mengikut ceritanya, ini berlaku disebabkan ketinggian daulat baginda).

Tersebutlah nama Wan Sendari anak Demang Lebar Daun yang cantik paras rupa. Sang Si Perba ingin memperisterikannya tetapi si bapa pula takut puterinya pun akan kedal juga. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Jikalau anak patek tuanku peristeri, nescaya kedal ia. Tetapi jikalau tuanku mahu berwa’adat (berjanji sumpah setia) dengan patek, maka patek persembahkan anak patek ke bawah duli Yang di-Pertuan.”

Mengikut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun adalah orang yang pertama menggunakan bahasa “Yang di Pertuan” dan “Patek” apabila bercakap dengan raja, kerana Sang Si Perba itu keturunan raja-raja besar… Maka titah Sang Si Perba: “Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?”

Sembah Demang Lebar Daun: “Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinusta dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara’.”

Sang Si Perba pun bertitah: “Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba…”“Janji yang mana itu, tuanku?”“Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”. “Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.”Titah Sang Si Perba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”
Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas.

Aku sengaja memaparkan kisah sejarah ini terlebih dahulu sebagai pembuka wacana dalam blog aku ini.Ini kerana kisah sejarah purba ini jelas membawa makna yang tersirat yang wajar diteliti oleh generasi hari ini.Ringkasnya jika pemimpin menyiksa rakyat pada hari ini rakyat sememangnya ada hak untuk menentang.