Archive for the ‘peribadi’ Category

Dah macam cerita Mafia……..

February 2, 2009

Kalau semalam aku tulis perkembangan politik di Perak macam cerita Tamil atau Hindustan. Tapi hari ini aku rasa perkembangan politik Malaysia kini dah macam cerita Mafia. Penuh dengan gerakan sulit serta pelbagai ancaman.

Pembunuhan wanita monggolia yang menjadi seribu pertanyaan dan perbicaraan yang mencurigakan. Kehilangan Bala Subramaniam yang gagal dikesan hingga kini setelah membuat akuan bersumpah tentang penglibatan Najib dalam pembunuhan Altantunya memperlihatkan babak – babak cerita Mafia dalam kancah politik Malaysia.

Kehilangan dan kemunculan Adun Behrang dan Changkat Jering yang dikhabarkan disorok oleh Najib baru – baru ini menambahkan lagi kehangatan plot cerita dalam politik Malaysia. Dan yang terbaru pengakuan Exco Kerajaan Kedah Arumugam a/l Vengatarakoo tentang ugutan dan ancaman yang diterima oleh beliau dari pihak Barisan Nasional agar keluar dari PKR dan menyertai BN amat mengejutkan.

Kehangatan ini ditambah lagi dengan akuan bersumpah Ketua Bahagian Ipoh Barat Fauzi Muda tentang tawaran RM50 juta dari Najib agar beliau melobi dua Adun PKR Perak keluar dari parti PKR menambahkan lagi aksi hebat dalam perjalanan cerita ini.

Apakah aksi – aksi hebat yang akan muncul lagi dalam perjalanan politik Malaysia ini. Bagaimana kemuncak dalam cerita ini dan bagaimana pula kesudahannya.

Kalau dalam cerita Hindustan hero mesti kalah dulu dan orang yang disangka baik sebenarnya adalah pembelot. Tapi dalam cerita – cerita Mafia polis mesti banyak kena tembak, meletup sana – sini, orang jahat kadang – kadang terlepas.

Harap – harap selepas ini ada pihak dapat menerbitkan filem berkenaan situasi politik Malaysia sekarang ini. Mesti boleh meletup punya cerita ni. Asyik filem cinta makan kat restoran besar pastu pakwe kena simbah dengan air oleh awek dia…semua tu dah boring beb………….

Advertisements

Demo di Sogo 31 Jan 2009

January 31, 2009

Kebetulan Demo tentang PPMSI yang diadakan tadi, dibuat pada hari Sabtu, hari aku kerja separuh hari. Lepas habis kerja pukul satu, keluar ja pejabat hujan turun lebat. Dalam hati aku kata mesti Demo kat Sogo ni mesti ramai orang tak datang. Aku lepak dulu dengan member aku kat depan pejabat, lepas tu kami p makan dulu.

Lepas makan, aku dengan member aku jalan kaki pi kat depan Sogo. Tempat keja aku dengan Sogo dekat ja, dalam 200 meter ja. Aku sampai dalam pukul 3 lebih, tgk org ramai dah mula berkumpul kat depan dataran Sogo tu. Aku dengan member aku terus p join.

Tapi tak berapa syok sangat, Demo kali ni lebih santai…ramai orang yang datang sekadar berdiri dan jalan – jalan depan dataran Sogo tu ja. Bapak – bapak polis penuh sana – sini. SB-SB juga merayap di merata-rata. Tak ada suasana yang panas, semuanya cool dan santai saja. Tokoh yang aku nampak macam A Samad Said, yang lain aku tak berapa kenal.

Lebih kurang setengah jam lebih kat situ, member aku ajak aku belah. Aku pun belah p kat parking moto kat depan pejabat. Bila dah gerak naik moto, aku jadi macam tak puas hati. Aku belok moto aku masuk jalan Tunku Abdul Rahman balik p kat depan Sogo sekali lagi. Kali ni duk seberang jalan atas moto duk tgk suasana kat Sogo. Tapi keadaan still macam tadi, orang ramai yang datang semuanya cool dan santai ja. Dari seberang jalan aku nampak Ketua  Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar duk bercakap dengan polis. Aku terus p parking moto aku, dan aku sekali lagi p join orang ramai yang duk berkumpul kat depan Sogo.

Wartawan penuh serbu A. Samad Said, tengok gelagat wartawan ni teringat aku masa jadi wartawan sambilan dulu. Sesekali pikir best jugak jadi wartawan ni. Aku borak-borak dengan pakcik kat sebelah aku, dia cakap dari pukul dua setengah tadi orang dah mula berkumpul kat depan Sogo, Tian Chua semua ada time tu. Aku time tu duk dalam kedai makan lg..pukul 3 lebih baru aku p depan Sogo. Pakcik tu pun tunjuk la kat aku gambar-gambar yang dia sempat ambik. Aku pun layan la tgk…aku nak ambil gambar pun, aku tak berkemera, handfon aku pn cuma boleh sms ngan kol ja belum ada kemera.

Lebih kurang setengah lebih kat situ aku pun belah balik rumah. Lagi pun time tu orang dah ramai gerak balik. Bila aku sampai ja kat rumah, member aku yang duduk kat Shah Alam baru masej aku tanya ada kat mana, dia kata dia tgh ada kat depan Sogo. Alamak geng…aku baru ja belah……hahaha

Kesimpulan perhimpunan tadi kira berjaya la…sebelum ni pun anggaran orang yang akan datang ke demo tu dalam 500 orang tapi tadi aku tgk lebih dari 500 orang..dekat 1000 jugak yang datang tadi. Keadaan pun tenang, polis – polis pantau dari jauh dan tak ada lori FRU ngan meriam air. Bagi aku, itu demo yang santai…mungkin 7 Mac 2009 nanti akan lebih panas kerana usaha penganjur untuk menghimpunkan 100 ribu pengunjung. Sama – sama kita nantikan dan yang pastinya aku akan berusaha untuk join perhimpunan 7 Mac 2009 nanti….

Tiada masa untuk menulis artikel baru

October 22, 2008

Salam,

Suarasaktii buat masa ni tidak berkesempatan untuk mencoret karya-karya penulisan baru bagi merancana minda. Ini kerana Suarasaktii agak sibuk dan kesempitan waktu buat masa ini bagi menulis artikel-artikel baru. Walaupun sekarang ini banyak isu-isu politik dan ekonomi yang agak menarik untuk diulas oleh Suarasaktii namun masa dan keadaan tidak begitu mengizinkan. Insyaallah Suarasaktii akan kembali dalam sedikit masa lagi sekira ada masa kelapangan. Salam Blogger Untuk Semua.

Rumah Terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan PKR

October 5, 2008

Salaam kepada semua rakan-rakan sekalian. Saya ingin menjemput saudara/saudari/datuk/datin menghadiri Majlis Rumah Terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pimpinan KeADILan di :

-Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru
-12 Oktober 2008
-2-5 ptg.

Moga dengan kehadiran tuan/puan dapat menyerikan lagi majlis tersebut.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

September 30, 2008

Suarasaktii mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin, semoga kalian semua mendapat kerahmatan dan kebahagian pada hari raya ini. Kepada mereka yang pulang beraya di kampung, suarasaktii mengucapkan selamat pulang beraya dan berhati-hati semasa di jalan raya agar kita selamat pergi dan selamat pulang.

Kenapa Saya Kata ISA itu Zalim???

September 13, 2008

ISA adalah akronim bagi Internal Security Art atau dalam bahasa Melayu nya bermaksud Akta Keselamatan Dalam Negeri. Akta ini dirangka oleh lelaki berbangsa Inggeris yang bernama R.H Hickling pada tahun 1960. Idea dari penjajah ini diperkenalkan bagi tujuan membasmi  penganas komunis pada ketika itu. Sejak dari tarikh itu Akta ini telah dipinda lebih 20 kali dan Malaysia yang merdeka 51 tahun ini terus mengekalkan idea penjajah ini.

Ciri – ciri kezaliman ISA

  1. Kuasa mutlak bagi menahan seseorang itu dibawah ISA adalah terletak pada  Menteri Dalam Negeri dan beliau boleh mengarahkan sesuatu tangkapan itu dibuat terhadap sesiapa yang disyaki, tanpa merujuk kepada mahkamah.
  2. Mereka yang ditahan dibawah ISA tidak akan berpeluang untuk mendapatkan perbicaraan di mahkamah atau mendapat pembelaan melalui peguam.
  3. Lazimnya tempoh minimum penahanan bagi seseorang yang didakwa bawah ISA adalah 60 hari.
  4. Dalam tempoh ini mereka yang ditahan dibawah ISA, tidak akan dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Peguam dan ahli keluarga juga tidak dibenarkan berjumpa dalam tempoh ini. Dan ada sesetengah kes mereka yang ditahan dibawah ISA dalam tempoh ini tidak mengetahui dimana mereka ditahan (tempoh ini selalunya belum dibawa ke Kemunting) dan ada juga yang tidak mengetahui apa salah mereka.
  5. Jika perintah penahanan 2 tahun dipersetujui dan ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, individu yang ditahan itu akan dibawa ke Pusat Tahanan Kemunting di Taiping Perak. Dalam tempoh ini baru ahli keluarga dibenarkan melawat.
  6. Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.

Jika mana – mana individu itu disyaki bersalah, mengapa individu itu tidak ditahan dan dibicarakan di mahkamah dengan mengemukan bukti – bukti yang jelas semasa proses pengadilan. Jika benar telah didapati individu itu bersalah oleh mahkamah yang “adil” hukum dia dengan hukuman yang telah ditetapkan.  Ini tidak dilihat zalim kerana proses perbicaraan dan pengadilan telah dijalankan dan menentukan seseorang itu salah atau tidak dengan mengikut cara yang “sah” dan bertamadun.

Tetapi melalui ISA semua itu tidak dilakukan. Seseorang yang disyaki bersalah ditangkap dan dikurung tanpa membolehkan mereka mendapatkan perbicaraan yang adil dan membela diri. Sehingga hari ini terdapat tahanan yang sudah 6 tahun ditahan dibawah ISA tanpa memberi peluang kepada mereka untuk membela diri dan mendapat perbicaraan yang sah mengikut “Rule Of Low” yang harus ada pada masyarakat yang bertamadun.

Hujan tak nak berhenti

September 6, 2008

Tempat aku ni hujan dari pukul 9 tadi sampai sekarang pukul 5.40pm tak berhenti-henti lagi. Dah dekat 9 jam dah ni, ujan agak lebat..nak p beli juadah buka puasa pun tak boleh. Tah-tah jalan depan dah banjir. Mungkin tuhan turunkan hujan ni sebagai rahmat untuk cucikan Malaysia ni…dah 51 tahun dah…banyak sangat yang kotor tu….

Sinar Dari Permatang Pauh

July 31, 2008

Petang semalam dalam lingkungan pukul 3.34 petang aku dikejutkan dengan berita dari SMS yang aku langgan dari suarakeadilan yang berbunyi “Presiden Wan Azizah baru umumkan letak jawatan sebagai MP Permatang Pauh sebentar tadi bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding dalam Piliharaya Kecil Permatang Pauh” aku agak ragu-ragu dengan maklumat walaupun tidak pernah aku mendapat maklumat yang tidak tepat dari SMS tersebut, maka aku terus menyemaknya laman web di intenet dan memang maklumat tersebut sah.

Sinar harapan perjuangan rakyat Malaysia akan mula terpancar di Permatang Pauh dan apabila Dato Seri Anwar memenangi kerusi parlimen itu kelak sinar itu akan terus terpancar dengan lebih gah dan cerah.Dan apabila Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya dan Dato Seri Anwar menjadi Perdana Menteri nya pasti sinar itu akan terus menyinari dan menghiasai bumi bertuah kita ini dalam membawa harapan baru kepada semua kita anak Malaysia.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh telah dikosongkan, kali ini memang jelas dan nyata Dato Seri Anwar akan bertanding di kerusi Perlimen tersebut. Kini rakyat hanya menantikan pengumuman bila akan tarikhnya piliharaya kecil itu akan diadakan dan  bila tempoh kempen akan bermula. Jawapan itu semua ada cuma ada pada pengurusi Suruhunjaya Piliharaya Malaysia. Dan apa bila pengumuman akan tarikh tersebut dibuat maka yang tinggal adalah keputusan rakyat di Permatang Pauh untuk memancarkan sinar itu atau tidak, dan ketentuan yang muktamad sekali adalah di tangan Allah sama ada mahu memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat atau tidak.

Mohonlah kita kepada Allah jika segala tohmahan dan tuduhan fitnah yang dikenakan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim itu adalah satu cabaran dan dugaan kepada beliau dan rakyat yang dahagakan keadilan,jadikanlah dugaan dan cabaran itu sebagai dugaan dan cabaran yang terakhir untuk kita memcapai kejayaan. Allah tidak akan menguji hambanya jika hambanya itu tidak ada kekuatan untuk diuji.

Mukadimah Dalam Wacana

July 28, 2008

Hari ini berjaya juga aku hasilkan blog aku sendiri. Dah lama aku cadang nak buat blog aku sendiri tapi niat aku tu asyik aku tangguhkan saja. Blog ini akan aku coretkan dengan sorotan cerita politik dan isu semasa yang sememangnya menjadi kegemaran dan minat aku. Rasanya elok aku mula blog ini dengan artikel di bawah yang bertajuk “PERJANJIAN SANG SI PERBA DENGAN DEMANG LEBAR DAUN” yang aku petik dari salah satu sumber yang aku jumpa. Akrtikel ini membawa seribu makna dalam penghuraian ceritanya.