Archive for May, 2009

KEGANASAN POLIS SEJAK NAJIB JADI PM

May 10, 2009

Semenjak Najib menjadi PM di Malaysia, samaada kita sedar atau tidak dia menggunakan Polis untuk memberi tekanan yang hebat kepada pihak Pakatan Rakyat. Samaada kita sedar atau tidak, pada hari ini pihak Pakatan Rakyat menerima tekanan yang agak hebat dari pihak Polis dan ini adalah antara peristiwanya:

  • 5 Mei 2009, 14 aktivis ditahan dihadapan balai polis Brickflied kerana mengadapan upacara menyalakan lilin.
  • 6 Mei 2009, Naib Presiden PAS Mat Sabu ditangkap oleh 10 orang SB tanpa ada waran, dipercayai atas rancangan PAS untuk mengadakan Solat Hajat pada 7 Mei 2009.
  • 7 Mei 2009, Polis menangkap berpuluh – puluh penyokong Pakatan Rakyat, ADUN, MP serta pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.
  • 7 Mei 2009, Polis telah menceroboh masuk Dewan Undangan Negeri Perak dan mengheret speker keluar dari dewan dengan cara tidak siuman serta memukul ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat Perak.
  • 7 Mei 2009, hampir 10 orang ditangkap di hadapan Dewan Sri Pinang Pulau Pinang kerana menyalakan lilin serta berpakaian hitam.
  • 9 Mei 2009, polis terus menekan majlis sambutan 10 tahun KeAdilan Bandar Tasik Puteri bersama DSAI dengan merobohkan khemah-khemah yang didirikan sehingga terpaksa ditukar venue.
  • 9 Mei 2009, Speaker yang diheret, S. Sivakumar bersama dengan Datuk Ngeh Koo Han sebentar tadi telah ditahan oleh polis kerana menyiarkan tayangan video sidang DUN sewaktu majlis makan malam DAP di Stiawan Perak. Kesemua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung.

Selepas ini mungkin banyak lagi keganasan polis yang akan berlaku terhadap Pakatan Rakyat, dan semua ini pastinya atas arahan Umno/Barisan Nasional yang dikepalai oleh Najib!

Advertisements

V. SIVAKUMAR IS A HERO

May 8, 2009

SivaSemalam sejarah politik Malaysia menyaksikan kejadian begitu keji sekali dalam perjalanan demokrasi di Malaysia. Seorang speker yang sah cuba disingkirkan dengan begitu kejam dan keji sekali. Sekarang kita dapat menyaksikan Umno/Barisan Nasional sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan kuasa tidak kira sama ada cara betul atau salah, keji atau hina. Maka tidak hairanlah pada 1998 yang lalu Umno sanggup membuat konfrirasi serta fitnah jahat untuk menjatuhkan Dato Seri Anwar Ibrahim yang mana perbuatan tersebut tidak pernah terlintas untuk dilakukan oleh makhluk yang bergelar manusia.

Tapi semalam kita sekali lagi dan kali ini secara terang – terangan Umno melakukan perkara yang cukup hina dan keji untuk menyingkirkan Speker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar. Bermula dengan memanggilpalestina anak ditangkap bomoh, membuat usul yang tidak sah, dan seterusnya membawa polis serta samseng untuk mengheret Sivakumar keluar dari Dewan. Perbuatan tersebut tidak ubah seperti perbuatan Regim Yahudi mengheret peduduk Palestin keluar dari rumah mereka yang sah. Tidak ubah seperti puak Serb memukul dan mengheret etnik Bosnia keluar dari rumah mereka.

Inilah sifat sebenar Umno/Barisan Nasional. Namun saya sebagai anak muda berasa bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh V. Sivakumar dan ahli – ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat yang lain. Mereka tidak pernah mengalah dalam tekanan yang diberikan oleh Umno/Barisan Nasional. Mereka terus melawan dan berjuang hingga ke saat akhir demi mempertahankan kuasa rakyat. Speker V. Sivakumar sedikit pun tidak berganjak dari kedudukannya dan terus membatukan dirinya hingga diangkat dan diheret keluar oleh khadam – khadam Umno/Barisan Nasional.

Namun dalam drama keji ciptaan Umno/Barisan Nasional ini, V.Sivakumar adalah heronya. Beliau berjuang dan tetap dengan prinsipnya hingga ke detik – detik terakhir dan sedikit pun tidak pernah mengalah.

Namun perjuangan ini mesti diteruskan dan apa yang berlaku pada 7 Mei 2009 semalam tidak akan berakhir disitu.

Undang-Undang Rimba berjaya ditegakkan di Perak

May 7, 2009

eslhgolcob_thumb_sivatheheroTamat sudah drama DUN Perak setelah Raja Nazrin tamat bertitah merasmikan dewan dan berucap tentang “Pakej Ransangan Ekonomi”.

“Undang-undang rimba” telah berjaya ditegakkan di Perak selepas ini DUN mana pula yang akan ditegakkan “Undang-Undang Rimba” ini.

Melalui “Undang-undang Rimba”, hanya yang kuat,yang memiliki kuasa polis, yang memiliki kuasa samseng dan sewaktu dengannya sahaja yang boleh berkuasa. Tengoklah bagaimana kejinya perbuatan Umno/Barisan Nasional terhadap speker yang sah Sivakumar.

Terpahatlah sudah sejarah 7 Mei 2009 yang terus akan kekal dalam sejarah politik Malaysia.

Pertama Kali Dalam Sejarah Politik Malaysia dan Negara Komenwel Speker Dilaktik Oleh Polis

May 7, 2009

Pertama kali dalam sejarah politik Malaysia dan negara Komenwel seorang Speker dilantik tidak melalui saluran yang sah, tetapi dilaktik oleh Polis. Ini bermakna Speker Umno di DUN Perak adalah Speker haram yang dilaktik oleh POLIS dan bukannya dari persetujuan dewan undangan.

p/s apa aku nak jawab dengan anak cucu aku nanti bila mereka tanya akan peristiswa 7 Mei 2009 ni….

Umno guna Polis dalam dewan

May 7, 2009

Setelah bomoh yang mereka bawah untuk menjampi pada sebelum persidangan Dun bermula dilihat tidak berkesan, kini Umno menggunakan polis didalam Dewan Undangan Negeri untuk menyelamatkan kuasa mereka. Belum pernah dalam sejarah politik nagara ini apabila polis menggangu urusan serta perjalanan Dewan Undangan Negeri. Sudah jelas bahawa konsep pengasingan kuasa antara badan perundangan, eksukutif dan kehakiman telah dicabuli dan demokrasi semakin mati!

DUN Perak Terus Tegang

May 7, 2009

Zambry dan exconya serta 3 Adun bebas diarah keluar dewan oleh Speker tapi masih tak mahu keluar…Memalukan Umno yang dihalau-halau tapi masih tak nak keluar tetapi terus menjerit-jerit speker dah ditukar. Tapi malangnya langsung tidak mendapat layanan. Lawan terus lawan dan tetap lawan ADUN Pakatan Rakyat biar tersungkur Umno di Perak.

YB Salahuddin Ayub ditangkap

May 7, 2009

Ketua Pemuda PAS, YB Salahudin Ayub pula ditangkap di pekarangan Medan Istana. Walaubagaimanapun..YB Mujahid Yusuf Rawa tidak ditangkap walaupun berada bersama Salahudin.

Nampaknya…pihak polis telah bersedia dengan senarai untuk ditangkap.

http://perakexpress.com/www/?p=2817

Seluruh mata dan teliga tertumpu ke Ipoh

May 7, 2009

Seluruh mata dan telinga pecinta demokrasi dan peminat politik kini sedang tertumpu di Ipoh dan menantikan apa yang akan terjadi. Sertakat masa kini, sudah beberapa orang Ahli parlimen dan Adun Pakatan Rakyat telah ditahan polis dan dibawa menaikki trak. Ketua wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang YB Zuraida juga telah ditahan dan dibawa dengan trak oleh polis.

Chegu Bard juga turut ditangkap

May 6, 2009

Maklumat yang baru diterima, selepas penangkapan Mat Sabu sekitar jam 3 petang tadi, satu lagi tangkapan telah dilakukan, kali ini Pemimpin Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Chegu Bard telah ditangkap polis di Putrajaya sebentar sahaja tadi. Rejim Umno/Barisan Nasional pimpinan Najib mula melancarkan kempen menangkap pemimpin pembangkang secara borong bagi meneruskan kelangsungan politik beliau.

Mat Sabu ditangkap polis sebentar tadi

May 6, 2009

Naib Presiden PAS Mat Sabu telah ditangkap oleh pihak polis berpakaian biasa di Jalan Pahang Barat Kuala Lumpur sebentar tadi sekitar jam 3 petang. Penangkapan ini dipercayai ada kaitan dengan program solat hajat yang akan diadakan oleh PAS esok di Ipoh bersempena persidangan DUN Perak esok.