Archive for May 24th, 2009

Anwar: Calon Bebas Proksi Umno

May 24, 2009

Dato Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya semalam di Padang Berapit, tegas mengatakan bahawa calon bebas yang bertanding pada pilihanraya kecil Dun Penanti ini adalah proksi kepada Umno dan Barisan Nasional.

Dakwaan Dato Seri Anwar ini berasaskan tindakan media massa seperti TV3, RTM, Utusan Malaysia dan Berita Harian yang memberikan liputan serta menonjolkan calon bebas yang bertanding dalam PRK Dun Penanti ini secara istemewa.

Dato Seri Anwar menegaskan lagi, Umno tidak berani meletakkan calon dalam PRK Dun Penanti ini kerana bimbang akan dimalukan oleh pengundi di kawasan itu tetapi bertindak dengan meletakkan calon bebas. Oleh yang demikian  Dato Seri Anwar menyeru kepada seluruh pengundi di kawasan Dun Penanti agar mengundi calon dari Parti Keadilan Rakyat Dr Mansor Osman dari parti PKR menang dengan majoriti yang besar sekaligus membuatkan calon bebas yang bertanding hilang wang pertaruhan.

Ceramah perdana  yang merupakan sebahagian dari kempen PRK Dun Penanti semalam turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak (Pakatan Rakyat) Dato Seri Nizar Jamauludin, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ketua AMK Malaysia Shamsul Iskandar dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Hampir 8 000 penyokong Pakatan Rakyat hadir dalam ceramah tersebut.

Advertisements