Apa akan berlaku di Ipoh 7 Mei 2009 ini?

Persoalan apa yang akan berlaku di Ipoh pada 7 Mei 2009 ini pasti sedang bermain disetiap pemikiran ahli politik dan peminat – peminat politik seluruh tanah air, terutamanya mereka yang mencintai “demokrasi”

Khamis 7 Mei 2009 nanti mungkin merupakan hari yang bersejarah dalam politik Malaysia dan akan dikenang dan disampaikan kepada anak dan cucu – cicik kita. Negara kita pernah menyaksikkan pemecetan ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas yang terus dikenang hinggan hari ini dan pada Khamis 7 Mei 2009 ini mungkin sesuatu yang tidak kurang nilainya juga seperti peristiwa pemecetan ketua hakim negara hampir 20 tahun dahulu berlaku dimana seorang speker dewan undangan negeri akan cuba dipecat oleh kerajaan kudeta.

Yang pastinya rakyat yang dahagakan keadilan dan kebenaran pasti akan turun beramai – ramai bagi menyertai peristiwa bersejarah ini. Biar sebesar mana larangan dan amaran ianya tidak mampu menggentarkan rakyat. Biar sebanyak mana gas pemedih mata dan air kimia yang disembur rakyat sudah lali akan itu.

Bagi pihak kerajaan kudeta Umno di Perak pastinya mereka sudah membuat persiapan. Tidak cukup dengan memperkudakan jentera kerajaan, bomoh serta pawang juga sudah digunakan bagi menghalang kebenaran dan keadilan berdiri di tempatnya.

Gengster – gengster, abang, ayah Umno pastinya akan dikerah untuk mempertahan perbuatan haram mereka 7 Mei 2009.

Adun – adun Pakatan Rakyat mesti berjaga – jaga dan berhati – hati dalam tempoh beberapa jam sebelum persidangan DUN Perak itu bermula. Tidak mustahil dalam tempoh beberapa jam ini akan kedengaran ada Adun Pakatan Rakyat yang hilang atau lebih teruk dari itu.

Dalam drama politik yang bakal berlaku pada 7 Mei 2009 ini mungkin diambil kesempatan oleh Umno/Barisan Nasional untuk mewujudkan huru – hara seperti mana yang terjadi juga pada bulan MEI 40 tahun yang lalu.

Dengan berlakunya huru – hara ini, ianya akan memberi peluang kepada Umno/Barisan Nasional untuk menggantung parlimen dan pemerintahan outoritirian dilaksanakan seperti mana yang dilakukan oleh Tun Razak 40 tahun dahulu juga pada bulan MEI. Kini anak Tun Razak pula yang menjadi ketua Umno/Barisan Nasional iaitu Najib. Tidak mustahil pendekatan yang sama akan digunakan oleh Najib seperti mana ayahnya dahulu.

Jika keadaan itu berlaku dan parlimen digantung, pasti Umno/Barisan Nasional akan menguasai seluruh negara ini. Pembangkang sudah tidak ada apa – apa peranan pada waktu itu dengan ramai pemimpinnya akan ditangkap dan membolehkan Umno/Barisan Nasional mendapatkan semula kuasa 2/3 di parlimen setelah pilihanraya diadakan selepas itu.

Sememangnya situasi begitu yang diinginkan oleh Umno/Barisan Nasional setelah mereka kalah teruk dalam PRU ke-12 yang lalu. Najib tidak akan membubarkan parlimen tetapi akan membuatkan parlimen itu terbubar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: