Archive for May, 2009

CheGuBard Di IPD Bukit Mertajam 3 PM

May 29, 2009

CheGuBard akan lapor diri di IPD Bukit Mertajam jam 3 Petang ini berikutan waran yang diterimanya semalam. Waran itu dikeluarkan oleh pihak polis kononnya ada laporan (akta hasutan) sewaktu ceramah CheGubard di Penanti semalam.

Advertisements

Tolong Umno Umpama Tolak Kereta Rosak

May 28, 2009

“Tolong Umno ni umpama kita tolong menolak kereta rosak, bila kereta tu dah boleh jalan prroommm kereta tu pergi tinggalkan kita. Sekarang ni kereta (Umno) tu semput nak rosak lagi, dia pun panggil kita tolong tolak lagi.”

Itulah antara bibit ucapan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sewaktu menyampaikan ceramahnya di Guar Perahu malam semalam. Memang benar dan tetap sekali apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz ini.

Umno pernah sekitar tahun 70an dahulu selepas mengalami kekalahan teruk pada pilihanraya 1969, dan pada masa itu mereka meminta bantuan PAS dengan mengajak PAS menyertai Barisan Nasional. Tapi natijahnya apa bila Umno itu sudah kuat semula, PAS dipandang sepi oleh Umno dan ditendang keluar hingga menyebabkan berlaku perpecahan di dalam PAS pada waktu itu.

Kini pada 8 Mac yang lalu, kereta (Umno) ini rosak lagi, dan kerosakan ini lebih teruk kerana dihukum oleh rakyat disebabkan kezaliman dan kerakusan Umno itu sendiri. Maka mereka cuba meminta bantuan PAS untuk menolak kereta mereka bagi boleh bergerak lancar semula melalui muqaballah dan musyawarah. Namun PAS tidak mudah untuk tertipu buat kali kedua.

Anwar: Calon Bebas Proksi Umno

May 24, 2009

Dato Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya semalam di Padang Berapit, tegas mengatakan bahawa calon bebas yang bertanding pada pilihanraya kecil Dun Penanti ini adalah proksi kepada Umno dan Barisan Nasional.

Dakwaan Dato Seri Anwar ini berasaskan tindakan media massa seperti TV3, RTM, Utusan Malaysia dan Berita Harian yang memberikan liputan serta menonjolkan calon bebas yang bertanding dalam PRK Dun Penanti ini secara istemewa.

Dato Seri Anwar menegaskan lagi, Umno tidak berani meletakkan calon dalam PRK Dun Penanti ini kerana bimbang akan dimalukan oleh pengundi di kawasan itu tetapi bertindak dengan meletakkan calon bebas. Oleh yang demikian  Dato Seri Anwar menyeru kepada seluruh pengundi di kawasan Dun Penanti agar mengundi calon dari Parti Keadilan Rakyat Dr Mansor Osman dari parti PKR menang dengan majoriti yang besar sekaligus membuatkan calon bebas yang bertanding hilang wang pertaruhan.

Ceramah perdana  yang merupakan sebahagian dari kempen PRK Dun Penanti semalam turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak (Pakatan Rakyat) Dato Seri Nizar Jamauludin, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ketua AMK Malaysia Shamsul Iskandar dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Hampir 8 000 penyokong Pakatan Rakyat hadir dalam ceramah tersebut.

Penamaan Calon PRK DUN Penanti.

May 23, 2009

Penamaan calon Pilihanraya Kecil  (PRK) Dun Penanti petang tadi berjalan lancar dan baik tanpa ada sebarang ketegangan mahupun kekecohan. Jumlah penyokong Pakatan Rakyat yang hadir dalam jumlah hampir 3000 orang menyaksikan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat tetap sama dan tidak pernah luntur.

Namun terdapat juga cakap – cakap yang mengatakan kehangatan hari penamaan calon PRK Dun Penanti kali ini tidak sehebat PRK Parlimen Parmatang Pauh tempoh hari. Bagi aku, memang tidak akan ada PRK yang mampu menyaingi PRK Permatang Pauh 26 Ogos 2008 yang lalu kerana PRK tersebut adalah “IBU SEGALA PILIHANRAYA KECIL”.

Antara faktor yang paling ketara yang menyebabkan penamaan calon PRK Dun Penanti tadi kurang “panas”, adalah disebabkan ketiadaan calon Umno dalam persaingan kali ini. Tidak ada jeritan “Altantuya” atau “Monggolia” pada hari penamaan calon petang tadi.

Apa pun, dengan tamatnya penamaan calon petang tadi dengan 5 mengemukan borang pertandingan dan hanya 4 yang layak bertanding dan satu ditolak SPR, menandakan bermulanya tempoh kempen bagi PRK Dun Penanti hinggalah jam 12 tengah malam 30 Mei 2009.

Malam ini, akan berlangsung ceramah umum yang melibatkan YB Dato Seri Anwar Ibrahim, YAB Dato Seri Hj Haji Nizar Jamaluddin dan YAB Lim Guan Eng. Saya akan terus membuat liputan sepanjang tempoh kempen ini untuk maklumat sekelian pembaca.

Umno Takut Dengan Lilin

May 20, 2009

Sejak akhir-akhir ini dan lebih nyata semenjak Najib menjadi Perdana Menteri, mereka seolah – olah begitu takut dengan acara menyalakan lilin.

Kita dapat perhatikan setiap kali acara menyalakan lilin diadakan oleh pihak NGO atau pihak pembangkang pasti polis dengan arahan Umno/barisan nasional cepat tangkas dan ganas menangkap mereka yang menyalakan lilin tersebut.

Tidak kira aktivis, ahli parlimen mahupun wartawan akan ditangkap jika terlibat dengan dengan acara menyalakan lili. Yang terbaru malam semalam dua ahli parlimen DAP ditangkap di Seputeh kerana mengadakan acara menyalakan lilin.

Mungkin ada suatu rahsia yang menyebabkan Najib begitu takut dengan nyalaan lilin hehe

Mahkamah Rayuan Tangguhkan Keputusan Mahkamah Tinggi

May 12, 2009

Seperti yang aku jangkakan dalam possting aku sebentar tadi. Kemenangan masih lagi bukan berpihak kepada Pakatan Rakyat di Perak. Mahkamah Rayuan sebentar tadi telah meluluskan untuk mengangtung keputusan Mahkamah Tinggi semalam. Ini membuatkan DS Nizar tidak boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak selagi rayun tersebut tidak didengar.

Perbicaraan kes rayuan ini pasti akan mengambil masa yang lama dan dalam tempoh itu siapa sebenarnya kerajaan di Perak masih belum jelas. Krisis politk di Perak ini dilihat masih belum mampu berakhir. Entah sampai bila ianya akan berlanjutan.

Atau semua ini merupakan suatu drama yang dirancang dan jika “ya” siapa pengarah serta penerbit drama ini?

Pakatan Rakyat Jangan Terlalu Gembira

May 12, 2009

Kepada semua penyokong Pakatan Rakyat jangan terlalu gembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Ini kerana keputusan yang berpihak kepada DS Nizar serta Pakatan Rakyat semalam bukan bermaksud kemenangan sebenar dalam pergolakan politik di Perak kepada Pakatan Rakyat. Pelbagai perkara lagi kemungkinan boleh timbul serta terjadi.

Ini kerana, mungkin mahkamah akan menerima rayuan yang dibuat oleh Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam. Kemungkinan juga Speker haram BN boleh memanggil persidangan tergempar dalam masa terdekat ini bagi membuat usul undi tidak percaya kepada DS Nizar bagi menggugurkannya sebagai Menteri Besar Perak. Ini tidak mustahil kerana mereka mempunyai majoriti dan disokong oleh 3 Adun bebas. Tetapi jika Pakatan Rakyat di Perak mengambil langkah yang sama seperti mana BN lakukan kepada mereka sewaktu awal Mac dahulu dengan mengunci pintu Dewan Undangan Negeri dan membiarkan mereka melakukan persidangan di bawah pokok.

Namun, apa pun kini nasib Pakatan Rakyat terletak kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah. Jika Raja Nazrin berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak barulah boleh dikatakan 80% kemenangan itu kini berpihak kepada Pakatan Rakyat di Perak. Lagi 20% akan ditentukan dalam pilihanraya negeri Perak. Saya berani mengatakan 20% sahaja lagi yang akan ditentukan oleh pilihanraya negeri Perak kerana, saya percaya malah yakin, Pakatan Rakyat akan mendapat kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri Perak jika pilihanraya negeri Perak dijalankan, ini berdasarkan situasi penolakan terhadap Umno/Barisan Nasional  yang kita semua sedia maklum.

Dalam keadaan sekarang, keadaan hanya 50 – 50 dan macam – macam perkara lagi sebenarnya boleh berlaku.

TV3 Lapor 5 minit ja Keputusan Mahkamah

May 11, 2009

Apa kes….TV3 ni…..isu Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memihak kepada DS Nizar skit punya gempak,begitu mengejutkan dan tersentot telur Najib, TV3 lapor 5 minit ja….

Cuba kalau keputusan Mahkamah Tinggi tadi memihak kepada Umno/Barisan Nasional,mesti sampai subuh esok cerita tak habis-habis lagi. Lepas tu kuar gambar Najib dan Zambry Mamak Kuthy tersengih – sengih kat TV3…

Esok kita tgk apa Utusan Malaysia nak pusing plak hahahahahha

DS Haji Nizar MENANG!!

May 11, 2009

Posting sebelum ini saya menyatakan perasaan kurang yakin yang Dato Seri Nizar akan mendapat kemenangan dalam perbicaraan di mahkamah tinggi tadi kerana campur tangan yg kuat kerajaan dalam sistem kehakiman. Namun Allah lebih berkuasa, kemenangan berpihak jua kepada Dato Seri Nizar. Selepas ini Dato Seri Nizar akan mengadap Sultan Perak bagi memohon perkenan untuk membubarkan DUN Perak.

Sekiranya Sultan berkenan untuk membubarkan DUN Perak dan kembalikan kepada rakyat, pastinya pergolakan di Perak ini akan selesai. Namun jika Sultan tidak berkenan untuk membubarkan DUN Perak, pastinya drama dan pergolakan politik Perak akan terus berlaku.

Zambry Kuthy pasti tersengih hiba dengan keputusan mahkamah tadi, dan usaha dia selepas ini pastinya cuba untuk mempengaruhi pihak istana agar tidak membubarkan DUN bagi membolehkan mereka membuat usul undi tidak percaya kepada Nizar. Namum semua ini pasti akan mengundang pergolakan yang lebih dasyat dalam politik Perak.

Jika DUN tidak dibubarkan entah apa drama politik di Perak yang akan berlaku lagi sama – sama kita nanti dan saksikan.

NIZAR VS ZAMBRY

May 11, 2009

Dalam beberapa jam sahaja lagi mahkamah akan mengumumkan siapa menteri besar Perak yang sah, iaitu samaada Dato Seri Nizar atau Zambry.

Tetapi dengan satu persatu badan dan intitusi kerajaan diperkosa oleh Najib, mampukah kita mengharapkan keputusan sebentar nanti berpihak kepada Dato Seri Nizar.