Pembentukan Kabinet Baru Ditangguh

Najib dilaporkan terpaksa menangguhkan pengumuman ahli kabinet barunya yang sepatutnya diumumkan tengah hari ini. Ini kerana terdapat banyak pihak terutama dari parti-parti komponen tidak berpuas hati dengan pembentukan kabinet baru ini.

MCA dilaporkan tidak berpuaskan dengan kabinet baru yang dibentuk Najib. Parti – parti komponen dari Sabah dan Sarawak juga memberi desakan yang hebat kepada Najib agar mereka diberikan kedudukan yang istimewa dalam kabinet baru ini. Ini berikutan peranan besar parti – parti komponen dari Sabah dan Sarawak yang telah menyelamatkan Barisan Nasional dari tumbang pada 8 Mac 2008 yang lalu.

Pemuda Umno yang pro Khairy Jamaluddin juga mendesak agar ketua pemuda mereka iaitu Khairy Jamaluddin diberi jawatan menteri penuh  dalam kabinet. Ini berikutan terdapat desas – desus yang kuat mengatakan Khairy tidak akan mendapat sebarang jawatan dalam kabinet baru Najib ini.

Pergolakan dalam Umno makin parah, politik tikam – menikam di dalam Umno sedang rancak bermula. Najib semakin tidak keruan dan tidak tahu membuat keputusan kerana anak bangsawan ini memang tidak berupaya untuk berbuat demikian. Maka segera Najib akan menghubungi mahagurunya Mahathir Muhammad a.k.a Lim Kuan Yue Malaysia untuk mendapat nasihat. Najib hanya akan bergerak atas arahan Mahathir, ini lah nasib kita rakyat Malaysia.

2 Responses to “Pembentukan Kabinet Baru Ditangguh”

  1. grogong Says:

    Eh eh…nak tau gak ni..mane bukti mengatakan mahathir a.k.a lim kuan yue…nak tau satu lagi, mane bukti najib ikut telunjuk mahathir..jgn cakap main gerak hati dan logik akal..jgn cakap berdasarkan ape yang dikatakan oleh nik aziz, anwar ibrahim, dan lain2 tu..depa cakap berdasarkan mata kepala sendiri melihat ke atau berdasarkan logik kepala depa..wei jangan taksub pada kata2 pemimpin yang korang sanjungi..aku ni penyokong kuat BN..tapi terus terang memang banyak kepincangan dalam BN..aku sendri akui..aku ni penyokong kuat mahathir..tapi aku tau kesilapan dan keslaahan yang dibuat mahathir..ni sedap betl cakap najib hanya akan bergerak berdasarkan arahan mahathir..ni ke PAS..ni ke Parti Islam Setanah Melayu..yg mengatakan segala yg dilakukan berdasarkan ajaran islam?? yang aku nampak paling nyata dibibir yang kononya dikatakan ulama bertaraf wali dalam PAS adalah FITNAH..kebanyakan yang diperkatakan mengikut gerak ati dan logik..bukanya bukti sahih berdasarkan mata kepala telinga mendengar..macam mane aku nak sanjung ulama PAS..

    • suarasaktii Says:

      Klu nak tau bukti, baca la sistem politik singapura dan bandingkan kedudukan lim kuan yue di singapura dan mahathir di malaysia sekarang tgk ada tak persamaan…jangan terus melatas klu terkena batang hidung…rajin2 baca buku dan kaji penulisan2 ilmiah.Jangan asyik baca utusan malaysia dan tgk Tv3 ja…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: