Archive for April, 2009

Satu Malaysia Dah Tahu,Umno tak berani turun Penanti

April 18, 2009

Najib kata UMNO mungkin tak letak calon dalam PRK Penanti…hahahahaha. Pertama kali dalam sejarah Umno dan Satu Malaysia dah tahu…Apa punya tuurrr  PM baru ni……..

Advertisements

Kepada Penduduk Permatang Pauh khususnya Penanti, sila ambil perhatian

April 17, 2009

Malam ini 17 April 2009 Jam 9 Malam, Dato Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan amanat penting kepada penduduk Permatang Pauh dan Penanti, bertempat di Yayasan Aman Penanti. Sila datang beramai – ramai dan sebarkan maklumat ini kepada rakan – rakan yang lain.

Pilihanraya Kecil DUN Penanti N12 dalam tempoh 60 hari dari sekarang

April 16, 2009

Sebentar Ahli Dewan Undangan Negeri N12 Penanti Mohamad Fairuz Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang telah mengumumkan meletak jawatan sebagai ADUN Penanti berkuatkuasa hari ini.

Ini bermakna, dalam tempoh 60 hari dari sekarang bakal berlangsung satu lagu pilihanraya kecil pasca PRU 12. DUN Penanti yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh pasti akan menjadi tumpuan selepas Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Siapa yang bakal memenangi pilihanraya kecil ini kelak. Umno pasti memainkan kontrovesi yang melanda bekas Adun Penanti itu hingga memaksa beliau meletak jawatan sebaik mungkin. Manakala PKR dilihat belum ada isu atau modal besar untuk menangkis kontroversi tersebut.

Namun apa yang lebih menarik, siapa calon PKR yang akan diletak untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu kelak. Dalam culaan saya, belum nampak calon yang sesuai untuk diletakkan bertanding dalam pilihanraya kecil itu nanti. Sama – sama kita nantikan!

Anwar Dicalon Antara 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dunia 2009

April 16, 2009

time-1001-300x275

Majalah antarabangsa Time sekali lagi mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai antara 100 orang tokoh paling berpengaruh dunia untuk tahun 2009. Pada tahun lalu, Anwar diiktiraf sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam kategori Pemimpin & Revolusioner sebaris dengan Barack Obama, Hillary Clinton, Dalai Lama dan Vladimir Putin.

Sekiranya anda ingin memilih calon tokoh berpengaruh dunia untuk tahun 2009, anda boleh layari pautan di bawah:

The 2009 TIME 100 Finalists

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

sumber: http://anwaribrahimblog.com

Alahai…Khairy Jamaluddin…

April 10, 2009

Alahai Khairy Jamaluddin a.k.a KJ. Sudah la bapa mentuanya dipaksa untuk berundur dari jawatan perdana menteri. Dia pula di “boo” oleh perwakilian Umno setiap kali namanya disebut dalam mesyuarat agong Umno yang lalu setelah menang jawatan ketua pemuda.

Lebih malang lagi, dia langsung tidak tersenarai dalam kabinet baru Dato Najib. Agak pelik dan janggal apabila seorang ketua pemuda Umno, yang merupakan sayap paling kanan dalam Umno tidak terpilih menjawat apa-apa jawatan dalam senarai kabinet yang diumumkan oleh Dato Najib semalam.

Lebih terkesan Murkhiz Mahathir yang tewas kepada Khairy dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda pula dilantaik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa yang boleh dikatakan kementerian yang agak kanan dalam kerajaan Malaysia. Timbalan Ketua Pemuda Dato Razali pula dipilih menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan. Tetapi Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin langsung tidak tersangkut apa – apa jawatan pun.

Ini boleh dilihat sebagai satu penghinaan kepada Khairy dan secara tidak langsung terhadap Abdullah Ahmad Badawi. Situasi ini memperlihatkan seolah – olah kemenangan serta jawatan ketua pemuda yang dimiliki oleh Khairy itu tidak diiktiraf oleh badan induk Umno.

Bayangkan bagaimana Khairy mampu bergerak dalam Umno selepas ini. Dia seolah – oleh telah dipulaukan oleh badan induk Umno. Kawan – kawannya dalam Umno juga selepas ini akan takut untuk rapat dengan Khairy kerana bimbang dituduh tali barut atau “geng” khairy. Natijahnya kekalah Khairy menjadi “kera@beruk sumbang” dalam Umno. Itulah budaya dalam Umno yang wujud sejak sekian lama.

Umum mengetahui nasib malang yang menimpa Khairy ini bukanlah penangan Keadilan, PAS dan DAP atau Anwar, Hadi Awang atau Lim Keng Siang. Tetapi ini semua adalah penangan serta rancangan Umno sendiri serta Lim Kuen Yue Malaysia iaitu Mahathir Muhhamad yang begitu benci kepada Pak Lah, Khairy serta keturunannya.

Pembentukan Kabinet Baru Ditangguh

April 8, 2009

Najib dilaporkan terpaksa menangguhkan pengumuman ahli kabinet barunya yang sepatutnya diumumkan tengah hari ini. Ini kerana terdapat banyak pihak terutama dari parti-parti komponen tidak berpuas hati dengan pembentukan kabinet baru ini.

MCA dilaporkan tidak berpuaskan dengan kabinet baru yang dibentuk Najib. Parti – parti komponen dari Sabah dan Sarawak juga memberi desakan yang hebat kepada Najib agar mereka diberikan kedudukan yang istimewa dalam kabinet baru ini. Ini berikutan peranan besar parti – parti komponen dari Sabah dan Sarawak yang telah menyelamatkan Barisan Nasional dari tumbang pada 8 Mac 2008 yang lalu.

Pemuda Umno yang pro Khairy Jamaluddin juga mendesak agar ketua pemuda mereka iaitu Khairy Jamaluddin diberi jawatan menteri penuh  dalam kabinet. Ini berikutan terdapat desas – desus yang kuat mengatakan Khairy tidak akan mendapat sebarang jawatan dalam kabinet baru Najib ini.

Pergolakan dalam Umno makin parah, politik tikam – menikam di dalam Umno sedang rancak bermula. Najib semakin tidak keruan dan tidak tahu membuat keputusan kerana anak bangsawan ini memang tidak berupaya untuk berbuat demikian. Maka segera Najib akan menghubungi mahagurunya Mahathir Muhammad a.k.a Lim Kuan Yue Malaysia untuk mendapat nasihat. Najib hanya akan bergerak atas arahan Mahathir, ini lah nasib kita rakyat Malaysia.

Umno/Barisan Nasional ditolak, ditolak dan ditolak lagi…

April 8, 2009

umno_coffinSelepas menyaksikan kekalahan Umno/Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau semalam, ini menunjukkan Umno/Barisan Nasional itu ditolak, ditolak dan terus ditolak oleh rakyat. Ini kerana semanjak pilihanraya kecil yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu, rakyat terus menolak Umno Barisan Nasional.

Bermula dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh Umno/Barisan Nasional tersungkur dengan hina sekali apabila Parti Keadilan Rakyat PKR yang diwakili Dato Seri Anwar menang dengan majoriti yang bertambah dari sebelumnya. Selepas itu di pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang mana sewaktu PRU ke-12 dimiliki oleh Umno, juga memperlihatkan Umno tumbang kerana ditolak oleh rakyat sekaligus meningkatkan satu lagi penguasaan kerusi parlimen untuk Pakatan Rakyat. Semalam baru berlangsung tiga pilihanraya kecil iaitu Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau serta Dun Batang Ai. Umno cuma mampu memenangi di Batang Ai, namun pengundi yang cerdik dan bijak yang berada di Bukit Gantang dan Bukit Selambau terus menolak Umno/Barisan Nasional. Yang menariknya jumlah majoriti bagi kedua-dua kawasan Bukit Gantang dan Bukit Selambau juga memperlihat berlakunya pertambahan dari sebelumnya.

Dengan tidak henti diserang dan dilanyak oleh media milik Umno/Barisan Nasional, dengan pelbagai larangan dan halangan serta dengan menghalang Altantuya dihidupkan kembali. Namun rakyat yang bijak terus menolak Umno. Dengan Utusan Malaysia dan TV3 menayangkan Mahathir menjulang tangan Pak Lah, dengan menyaksikan Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 namun rakyat yang bijak dan matang terus dan tetap serta bertambah menolak Umno/Barisan Nasional. Dengan pembebasan 13 tahanan ISA yang sepatutnya dari dahulu lagi dibebaskan serta dengan menarik balik pergantungan terhadap Harakah dan Suara Keadilan yang sepatutnya tidak digantung, namun rakyat yang bijak dan matang mahu dan terus menolak Umno/Barisan Nasional. Dengan kemasukan semula Mahathir ke dalam Umno serta kempen Mahathir seharian di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, namun rakyat yang bijak dan matang sudah tidak berselera dengan mulut busuk Mahathir dan membuatkan rakyat terus menolak umno/barisan nasional.

Kalau pilihanraya umum yang lalu benar-benar bebas dan adil maka sejak dari 8 Mac 2008 lagi Umno dan Barisan Nasinol akan terus dibungkus untuk dihumban oleh rakyat Malaysia.

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT!!!

Najib Angkat Sumpah Sebagai PM Jumaat ini (3 April 2009)

April 1, 2009

najib-sinister-smile1Maklumat telah tersebar, berita telah terdengar, info telah disahkan. Maka Najib akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada hari Jumaat ini (3 April 2009). Desakan serta ura – ura yang mengatakan pihak istana mungkin menolak dari Najib menjadi perdana menteri telah meleset. Jika tidak ada apa isu atau Altantuya tidak hidup kembali dalam tempoh 2,3 hari ini maka Malaysia akan memiliki perdana menteri yang bernama Dato Seri Najib Tun Razak.

Maka lengkaplah sudah teori R.A.H.M.A.N yang dicipta oleh nujum – nujum dan pakcik serta pak long di kedai kopi. Namun setelah lengkap teori R.A.H.M.A.N tersebut, teori apa pula yang akan muncul? Atau sudah tidak ada lagi teori yang akan muncul dan bermakna tamatlah sudah era pemerintahan Umno/Barisan Nasional.

Yang pastinya, tidak ada dalam sejarah mana – mana pemerintahan di dunia ini yang dapat kekal sampai bila – bila. Betapa hebatnya pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, akhirnya apabila sampai satu tahap dimana pemerintahannya mula menindas, berlaku banyak penyelewengan, rasuah serta salah guna kuasa maka runtuh serta musnah empayar Melaka itu hingga hari ini.

Hari ini, Umno/Barisan Nasional mungkin sedang bergerak ke arah kehancuran dengan pertabalan Najib sebagai perdana menteri Malaysia, Jumaat ini (3 April 2009).