Kuku Besi Mula Terasa Di Malaysia

Sejak akhir – akhir ini semakin dapat dirasai Umno dan Barisan Nasional sudah mula mengeluarkan taring dan kuku besi mereka. Cara kotor dan ganas kini mula menjadi pilihan Umno dan Barisan Nasional bagi menyambung hayat mereka. Setelah kalah teruk dalam pilihanraya umum ke-12, mereka mula memainkan isu perkauman bagi membangkitkan perasaan marah orang Melayu yang mana akan menguntung mereka apabila pergaduhan antara kaum tercetus. Namun rakyat bijak, orang Melayu sudah matang dan sedikit pun tidak termakan modal perkauman yang cuba ditiupkan oleh Umno/Barisan Nasional.

Apabila keadah itu dilihat tidak menjadi mereka mula menyerang pemimpin utama pembangkang iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim dengan mengilangkan semula konspirasi jahat terhadap Dato Seri Anwar dengan tuduhan liwat. Namun tuduhan fitnah ini dilihat seperti senjata memakan tuan. Dengan fitnah dan tuduhan yang jahat yang bertujuan menjatuhkan imej Dato Seri Anwar sekaligus Pakatan Rakyat, sedikit pun tidak menghalang Dato Seri Anwar menang dengan bergaya dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Pemimpin Umno sudah buntu dan tidak tahu bagaimana lagi untuk mengekang kebangkitan rakyat yang sudah tidak terbendung ini. Tamparan lebih hebat apabila mereka kalah Pilihanraya Kecil Kuala Terangganu yang memperlihat satu lagi kerusi parlimen Barisan Nasional jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Najib yang merasakan dia bakal menjadi Perdana Menteri sudah tidak keruan dengan kebangkitan rakyat ini. Jelas anak bangsawan ini tidak mengenal apa itu “kuasa rakyat”. Maka Najib mula mengatur strategi bagi memudah dan menyelamtkan perjalanan politik beliau akan dapat menjadi perdana menteri.

Diculiknya dua Adun PKR yang bermasalah dan melarikan Adun Bota yang telah meninggalkan Umno serta merasuah Adun Jelapang, ini adalah langkah pertama Najib yang penuh busuk. Najib telah merampas kuasa di Perak dengan perbuatan beliau itu walaupun tiga daripada Adun tersebut mengatakan mereka adalah parti bebas. Dalam perkiraan Najib, rakyat akan melihatnya sebagai hero kerana berjaya menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Namun hakikatnya, kebangkitan rakyat terus membara, hingga ada yang sanggup berbaring di atas jalan yang mana situasi ini belum pernah dilihat oleh Najib sendiri. Imej Umno semakin menjunam dengan rampasan kuasa di Perak, hanya media tungangan Umno sahaja yang cuba memperlihatkan rakyat seakan – akan gembira dengan tindakan Umno di Perak.

Namun tidur malam Najib terus terganggu, jelmaan wanita Mongolia yang Najib sendiri tahu akan namanya terus menganggu malam – malam Najib. Perkara ini ditambah lagi dengan laporan Akhbar Perancis yang menyatakan Najib begitu dekat dengan kes pembunuhan Altantuya.

Najib terus mengatur strategi, maka diarahkannya agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyatakan yang Ghani Patial dan Musa Hassan tidak bersalah dalam kes mata lebam Dato Seri Anwar. Ini bagi membolehkan kes fitnah liwat terhadap Dato Seri dibawa ke mahkamah tunggangan mereka iaitu mahkamah tinggi setelah beberapa kali dihalang atas peruntukan undang – undang oleh Hakim Mahkamah Syeksyen. Ini pastinya tujuan mereka bagi mensabitkan juga Dato Seri Anwar dengan tuduhan jahat itu dan mahu mematikan karier politik Dato Seri Anwar. Perasaan “Anwar Fhobia” sudah tidak terbendung lagi dalam diri Najib. Najib mahukan, tidak ada lagi nama Anwar Ibrahim setelah dia menjadi perdana menteri kelak.

Mahkamah terus ditunggang, SPRM terus disebat buntotnya akan terus mengikut telunjuk Umno/Barisan Nasional. Dengan 3 pilihanraya kecil pilihanraya kecil dan pemilihan agung umno yang akan berlangsung, badan kehakiman, SPRM, Polis serta kementerian dalam negeri terus begitu laju dipacu dan ditunggang oleh Umno/Barisan Nasional.

Rakyat yang berhimpun dengan aman mendengar ceramah, dikejutkan dengan rempuhan ganas, tembakan gas pemedih serta meriam air. Akhbar pembangkang ditarik permitnya selama 3 bulan. Apa lagi ruang demokrasi yang akan tinggal. Sedikit masa lagi, intenet juga akan dikawal penggunaannya. Laman Youtube juga rasanya bakal dihalang di Malaysia. Demokrasi dicipta untuk rakyat, bukannya untuk menjamin kedudukan Sang Penguasa. Dengan tindakan ganas dan liar ini, tidak akan membuatkan rakyat takut untuk bersuara tetapi tindakan gila Umno/Barisan Nasional ini akan terus membuatkan rakyat semakin benci dan jijik dengan nama United Malay National Organization dan Barisan Nasional.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: