Ibarat Tikus Membaiki Labu

Proses – proses membaiki sistem kehakiman, badan pencegah rasuah, polis dan beberapa lagi agensi negara tidak ubah seperti “tikus membaiki Labu”

Badan Kehakiman yang kononnya telah direformasikan bagi mewujudkan lebih integriti dan keyakinan rakyat terhadap badan itu namun dimana pembaharuan itu pada hari ini. Malahan tahap keintegritian badan kehakiman Malaysia pada hari ini terus dipersoalkan dan rakyat makin hilang kepercayaan. Bagaimana seorang hakim yang hanya sekali bersidang terus membuat keputusan untuk membawa kes fitnah liwat Dato Seri Anwar ke Mahkamah Tinggi sedangkan hakim mahkamah syeksyen berkali – kali menyata akan ketidakperluan perkara tersebut. Bagaimana Abdul Ghani Patail yang sedang dalam siasatan polis dan badan pencegah rasuah diteriama untuk terlibat dalam perbicaraan kes Dato Seri Anwar.

Bagaimana Razak Baginda dengan mudah dilepaskan tanpa perlu disoal balas. Sedangkan banyak petunjuk yang menyatakan Razak Baginda begitu dekat dengan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Sharibu. Nama Najib terus diharamkan disebut di dalam dan luar mahkamah berkenaan kes pembunuhan Altantuya ini. Bagaimana Mahkamah Tinggi Ipoh dapat menjalankan perbicaraan serta merta dalam masa kurang 48 jam berkenaan laporan Umno Perak terhadap Pakatan Rakyat di Perak.

Badan Pencengah Rasuah BPR yang dinaik tarafkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM dan diberi lebih outonomi untuk bertindak dilihat menjadi semakin teruk dalam tindakannya. Mereka hanya garang pada peringkat permulaannya tetapi apabila dihendik sedikit oleh Umno terus tersimpan telurnya dalam peti sejuk. Beratus – ratus aduan rasuah yang dibuat terhadap Umno terus tersimpan tanpa ada sebarang tindakan. Mereka hanya mampu bermengah dengan beberapa tangkapan dan tindakan terhadap anggota polis yang menerima RM 50 dari seorang Mat Rempit. Sebaliknya ancaman dan ugutan terus dibuat kepada pihak pengadu bagi tujuan menakut – nakutkan pihak yang ingin membuat laporan.

Polis Diraja Malaysia yang diberi lencana baru, motto serta slogan baru tetapi jalannya terus kebelakang. Ratusan polis dikerah mengawal ceramah – ceramah Pakatan Rakyat, menembak gas pemedih mata hingga ke dalam masjid dengan keadaan jenayah terus berleluasa. Kalau dalam 5 atau 10 tahun dahulu, kes pembunuhan misalnya pasti akan menjadi berita hangat. Rakyat akan menjadi terkejut dengan berita pembunuhan. Tetapi hari ini kes pembunuhan sudah tidak asing bagi Malaysia. Rakyat juga seakan sudah tidak pelik dan kekok apabila mendengar berita pembunuhan di dalam Malaysia. Tetapi dalam masa yang sama, polis kita cukup terlatih membelasah rakyat yang berhimpun walaupun ianya dibenarkan oleh perlembagaan.

Jelas sistem kenegaraan kita semakin barai dirogol oleh Si Sang Penguasa. Keadaan lebih jelas dan menjadi – jadi apabila Najib dilihat semakin hampir untuk memegang jawatan sebagai perdana menteri. Sudah pasti sistem kenegaraan kita akan terus dilacur hingga hilang harganya sekiranya Najib memegang kuasa kelak. Pada masa itu Malaysia dan Zimbabwe sudah tidak ada bezanya.

One Response to “Ibarat Tikus Membaiki Labu”

  1. Minda Tenang Says:

    Tikus UMNO membaiki Labu Kerajaan BN…
    Tikus Mampus…..
    Labu pun Busuk…..

    Biarkan Tikus UMNO hanyut dengan labu labu busuknya…
    Biarkan Lembu SPRM dicucuk hidung dengan Pengembala Kambing Hitam BN….
    Biarkan FRU mencemarkan udara Malaysia yang sudah sekian lama tidak berjerubu….
    Biarkan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Haprak-haprak UMNO yang lain mabuk dengan kuasanya…

    Tapi kita Rakyat Malaysia harus terus Berjuang …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: