Tahniah Kepada PAS dan Pakatan Rakyat

pasmenangTahniah saya ucapkan kepada PAS dan Pakatan Rakyat kerana berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam persaingan piliharaya kecil yang baru sahaja selesai beberapa jam yang lalu. Kemenangan ini telah meningkatkan lagi moral PAS dan Pakatan Rakyat itu sendiri. Walaupun PAS dan Pakatan Rakyat terus diasak dan diserang dengan melalui pelbagai sudut oleh pihak Umno/Barisan Nasional dan media massa yang ada, namun PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat tetap mampu untuk meraih kemenangan. Apa yang lebih menarik dan manis lagi, PAS memenangai pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini dengan jumlah majoriti yang lebih besar iaitu sebanyak 2631 berbanding jumlah yang dimenangi calon Umno pada pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang lalu iaitu 628 majoriti sahaja.

Bagi pihak Umno pula, ini satu tamparan demi tamparan yang mereka terima sejak 8 Mac 2008. Sejak dari piliharaya umum 8 Mac 2008 Umno dan Barisan Nasional terus menerima tekanan, pukulan, kekalahan dan demi kekalahan. Arus tsunami politik yang melanda Malaysia bermula dari 8 Mac 2008 yang masih dilihat belum berhenti dan diramalkan akan terus bergerak kencang selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini.

Walaupun Umno dan Barisan Nasional telah menggunakan seluruh jentera kerajaan, media massa, akta-akta zalim, panglima-panglima, pendekar, sumpah – sumpahan, surat 11 tahun yang lalu hinggalah ke buntot Si Saiful namun mereka masih belum mampu menyekat pengaliran deras tsunami politik di Malaysia yang mahukan perubahan.

Khairy runsing lagi kerana modal hududnya tidak menjadi, Ezam seakan mahu membunuh diri kerana kerana gagal dalam “assignment”  nya lagi, Pak Lah seolah tidak mahu peduli kerana hanya menghitung hari, Najib seakan mahu lari kerana takut selepas ini lebih buruk yang terjadi tapi masih nak jadi perdana menteri, parti komponen lain semakin menjauhkan diri dan selepas ini hak rakyat akan berdiri.

(dalam petikan sebelum ini berkenaan pilihanraya kecil Kuala Terengganu, saya meramalkan PAS akan menang hanya dengan majoriti kurang dari 1000 undi, tetapi ramalan saya agak kurang tepat kerana jumlah majoriti yang sebenar adalah lebih besar dari yang diramal :)  )

2 Responses to “Tahniah Kepada PAS dan Pakatan Rakyat”

  1. CT MAIMON Says:

    Semua Ahli Parlimen dan ADUN BN patut masuk parti-pati Pakatan Rakyat, kita bersatu dalam sebuah negara Malaysia Baru.

  2. XiNzeRy Says:

    Yeah…. allahuakbar…~!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: