Semua negeri Pakatan Rakyat patut haramkan “Karnival Jom Heboh Tv3”

Sekarang ini Stesen Televisyen Malaysia Berhad TV3 sedang galak dengan penganjuran program Karnival Jom Heboh mereka ke serata negara. Terbaru, ketika artikel ini sedang ditulis, Karnival Jom Heboh ini sedang diadakan di Sarawak. Program yang bersifat mencari keuntungan dan maksiat ini dilihat mendapat sambutan penuh kerajaan pusat United Malay National Organization atau nama ringkasnya UMNO. Ini kerana TV3 dalam media swasta yang dilihat sebagai anak emas kepada pihak UMNO ini. Bahkan boleh dikatakan TV3 ini adalah kuda tunggangan kepada UMNO demi mempertahankan kuasa politik mereka.

Jelas terang dan lagi bersuluh, TV3 ini memang bersikap berat sebelah dalam menyiarkan berita kepada rakyat. Tidak ada yang elok tentang pembangkang yang diceritakan oleh mereka. Pada kaca mata mereka menyokong pembangkang itu adalah satu dosa besar yang amat dasyat sekali. Oleh itu saban hari, baik dari sebelum pilihanraya hingga selepas pilihanraya, pihak TV3 ini tidak habis membelasah Kerajaan – kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Mereka cuba menggambarkan kepada penonton yang kerajaan negeri pakatan rakyat ini amat jelek dan teruk sekali.

Dalam masa yang sama, usaha mengampu terus dilakukan kepada pihak umno dan barisan nasional. Tidak ada yang buruk tentang umno dan barisan nasional ini. Semua yang cuba digambarkan adalah baik dan indah belaka. Pujian dan sanjungan tidak jemu-jemu dilemparkan kepada umno dan barisan nasional kononnya merekalah kerajaan yang paling di dunia ini dan tidak ada yang seumpanya.

Jadi adalah amat wajar jika kelima-lima negeri Pakatan Rakyat ini mengharamkan penganjuran program “Jom Heboh” ini dari diadakan. Ini bagi tujuan mengajar pihak TV3 ini agar mereka sedar jangan menjadi kuda tunggangan kepada UMNO dan Barisan Nasional. Agar mereka juga tahu, kerajaan negeri pakatan rakyat yang sering mereka belasah dalam laporan-laporan berita mereka juga mempunyai kuasa untuk bertindak balas. Pangharaman ini juga dilihat wajar kerana, program “Jom Heboh” itu tidak membawa apa manfaat kepada rakyat dan lebih menjurus kepada kemaksiatan.

Maklumat terbaru saya terima, Kerajaan Negeri Selangor telah pun bertindak mengharamkan program “Jom Heboh” ini dari diadakan di Selangor. Dan tindakan ini wajar dicontohi oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain seperti Palau Pinang, Perak, Kedah dan semestinya Kelantan. Jika Lim Guan Eng di Pulau Pinang mengharamkan “Jom Heboh” ini dari diadakan di Pulau Pinang, saya sebagai rakyat negeri Pulau Pinang pasti akan rasa lebih berbangga. Biar “Jom Heboh” ini hanya releven di negeri Johor Darul Umno sahaja.

One Response to “Semua negeri Pakatan Rakyat patut haramkan “Karnival Jom Heboh Tv3””

  1. jebatsari Says:

    kita menulis isu yang sama rupanya.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: