Mukhriz cadang Dr M dilantik penasihat Umno

Permohonan kemasukan semula mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Umno hendaklah diputuskan ketua cawangan dan bahagian yang bakal disertainya dan bukan melalui Majlis Tertinggi (MT), kata anggota Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir hari ini.

Mukhriz juga berharap yang bapanya itu, jika diterima balik, hendaklah dilantik sebagai penasihat Umno.(Sumber: malaysiakini)

Mahathir dan anaknya Mukhriz dilihat mahu memulakan era dinasti Mahathir yang berkuku besi dalam politik dan kerajaan Malaysia. Sistem politik Singapura yang 70% diamalkan di Malaysia selama ini mahu ditingkatkan kepada 100% dengan melantik Mahathir sebagai penasihat Umno. Ianya sama seperti Lee Kwan Yu yang menjadi menteri mentor di Singapura.

Di Singapura, pembangkangnya langsung tidak boleh bergerak dan demokrasinya langsung tidak subur. Situasi itulah yang cuba dihidupkan oleh Mahathir sewaktu era pemerintahan dengan membawa slogan “Asian Value” tetapi faedahnya hanya dibolot oleh kroni-kroni Umno apabila proses “check and balance” itu tidak wujud disebabkan pergerakan parti pembangkang yang disekat.

Cuma yang bezanya, Singapura demokrasinya tidak sihat namum pertumbuhan ekonomi cukup hebat dan rakyatnya dapat hidup selesa, hingga tiada rumah Рrumah kos rendah dan flat dua bilik disana. Kebajikan rakyatnya cukup diberi perhatian oleh pemerintah  Singapura.

Tetapi di Malaysia, demokrasinya sering disekat dan sering dicabul, ekonominya pula kini semakin lembab pertumbuhannya dan makin ketinggalan di rantau Asia Tenggara ini disamping kebajikan rakyatnya juga masih ramai yang tidak terjaga hanya kroni umno dan barisan nasional yang merasa selesa.

Kini Mahathir yang dipapah oleh anaknya mahu mengusahakan kembali idea tersebut agar pemerintahan di Malaysia ini akan bergelar “Dinasti Mahathir” dan bersifat ditaktor akan terlaksana. Ini tidak mustahil akan terjadi kerana Pak Lah mahu tidak mahu akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Najib yang merupakan sekutu rapat Mahathir dan Najib yang sememangnya kita tahu “kosong” dalam pentadbiran itu akan menjadi boneka Mahathir.

Jawapan dan penyelesaian kepada kerisauan ini adalah, kita harus memastikan Pakatan Rakyat pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim akan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan dalam tempoh terdekat ini dan mengagalkan segala sudut perancangan jahat Umno dan Barisan Nasional sekaligus rakyat Malaysia akan menikmati keadilan, keharmonian dan demokrasi yang sihat dan subur di bumi bertuah ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: