Sidang Media dan Ingatan Dato Seri Anwar kepada BN

Dato Seri Anwar telah mengadakan sidang media hari ini di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat sebentar tadi. Antara pendirian Pakatan Rakyat ialah Pakatan Rakyat tetap komitet untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dalam tempoh terdekat ini. Namun Dato Seri Anwar menegaskan dalam melakukan perubahan kerajaan ini, Pakatan Rakyat menekankan kestabilan dan mahukan perubahan itu berlaku dengan tenang, lancar dan tanpa sebarang ketegangan.

Dato Seri Anwar juga mahu memastikan peristiwa kehilangan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti yang berlaku di Selangor dan Perak pada 8 Mac yang lalu tidak berulang dalam peralihan kuasa yang bakal berlaku dalam tempoh terdekat ini.

Dato` Seri Anwar menegaskan yang Pakatan Rakyat telah mempunyai jumlah ahli parlimen yang melebihi jumlah mininum yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. Jumlah ahli parlimen itu juga meliputi semua kompisisi kaum  dan agama. Dalam menjawab soalan salah seorang wartawan, Dato Seri Anwar turut menyatakan yang pagi tadi beliau baru menerima beberapa lagi nota yang ditandatangani sendiri oleh ahli parlimen yang menyatakan kesediaan untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Saya tidak pelik jika Dato Seri Anwar enggan mendedahkan nama-nama ahli parlimen yang dikatakan akan menyertai Pakatan Rakyat. Ini kerana tindakan mendedahkan nama-nama ahli parlimen tersebut merupakan satu tindakan yang kurang bijak yang boleh mengagalkan perancangan Pakatan Rakyat. Pihak Umno yang dilihat mencabar Dato Seri Anwar agar mendedahkan nama-nama ahli parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat adalah merupakan tindakan memancing Dato Seri Anwar mendedahkan maklumat perancangan Pakatan Rakyat dan mengagalkan usaha Pakatan Rakyat.

Biarkan sahaja mereka terus mencabar dan menjerit apabila sampai masanya nanti kita semua akan tahu juga siapa ahli parlimen yang bakal menyertai Pakatan Rakyat. Tempohnya tidak lama, mungkin dalam dua atau tiga hari ini semua persoalan dan debaran kita ini akan terjawab.

Namun saya tertarik dengan beberapa ingat Dato Seri Anwar kepada Umno dan Barisan Nasional menjelang peralihan kuasa nanti:

  1. Diingatkan agar BN sekarang tidak menghalang ahli-ahli parlimen yang mahu membawa perubahan
  2. Diingatkan agar BN tidak menggunakan ISA untuk menahan mana-mana ahli parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat
  3. Diingatkan agar BN tidak mengunakan “darurat” atau polis bagi mengagalkan usaha Pakatan Rakyat membentuk kerajaan
  4. Diingatkan agar BN tidak menghalang, seperti mengadakan sekatan jalan raya bagi menghalang ahli parlimen ke parlimen pada tempoh ditetapkan nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: