Kenapa Saya Kata ISA itu Zalim???

ISA adalah akronim bagi Internal Security Art atau dalam bahasa Melayu nya bermaksud Akta Keselamatan Dalam Negeri. Akta ini dirangka oleh lelaki berbangsa Inggeris yang bernama R.H Hickling pada tahun 1960. Idea dari penjajah ini diperkenalkan bagi tujuan membasmi  penganas komunis pada ketika itu. Sejak dari tarikh itu Akta ini telah dipinda lebih 20 kali dan Malaysia yang merdeka 51 tahun ini terus mengekalkan idea penjajah ini.

Ciri – ciri kezaliman ISA

  1. Kuasa mutlak bagi menahan seseorang itu dibawah ISA adalah terletak pada  Menteri Dalam Negeri dan beliau boleh mengarahkan sesuatu tangkapan itu dibuat terhadap sesiapa yang disyaki, tanpa merujuk kepada mahkamah.
  2. Mereka yang ditahan dibawah ISA tidak akan berpeluang untuk mendapatkan perbicaraan di mahkamah atau mendapat pembelaan melalui peguam.
  3. Lazimnya tempoh minimum penahanan bagi seseorang yang didakwa bawah ISA adalah 60 hari.
  4. Dalam tempoh ini mereka yang ditahan dibawah ISA, tidak akan dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Peguam dan ahli keluarga juga tidak dibenarkan berjumpa dalam tempoh ini. Dan ada sesetengah kes mereka yang ditahan dibawah ISA dalam tempoh ini tidak mengetahui dimana mereka ditahan (tempoh ini selalunya belum dibawa ke Kemunting) dan ada juga yang tidak mengetahui apa salah mereka.
  5. Jika perintah penahanan 2 tahun dipersetujui dan ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, individu yang ditahan itu akan dibawa ke Pusat Tahanan Kemunting di Taiping Perak. Dalam tempoh ini baru ahli keluarga dibenarkan melawat.
  6. Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.

Jika mana – mana individu itu disyaki bersalah, mengapa individu itu tidak ditahan dan dibicarakan di mahkamah dengan mengemukan bukti – bukti yang jelas semasa proses pengadilan. Jika benar telah didapati individu itu bersalah oleh mahkamah yang “adil” hukum dia dengan hukuman yang telah ditetapkan.  Ini tidak dilihat zalim kerana proses perbicaraan dan pengadilan telah dijalankan dan menentukan seseorang itu salah atau tidak dengan mengikut cara yang “sah” dan bertamadun.

Tetapi melalui ISA semua itu tidak dilakukan. Seseorang yang disyaki bersalah ditangkap dan dikurung tanpa membolehkan mereka mendapatkan perbicaraan yang adil dan membela diri. Sehingga hari ini terdapat tahanan yang sudah 6 tahun ditahan dibawah ISA tanpa memberi peluang kepada mereka untuk membela diri dan mendapat perbicaraan yang sah mengikut “Rule Of Low” yang harus ada pada masyarakat yang bertamadun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: