Gila dan Terus Menggila!!!!

Seperti yang saya ramalkan dalam tulisan saya dibawah, masej yang cuba dihantar oleh Umno dan Barisan Nasional melalui penangkapan Raja Petra dibawah ISA petang tadi sememangnya benar. Kini pihak Umno dan Barisan Nasional telah menangkap dua orang lagi individu dibawah akta zalim dan kejam itu.

Wartawan akhbar Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng telah ditangkap oleh pihak polis di rumahnya di Bukit Mertajam jam 8.30pm tadi. Sekitar pukul 11.45 malam tadi saya mendapat maklumat, ahli Parlimen Seputeh dan juga merupakan exco kerajaan negeri Selangor Teresa Kok telah ditangkap, juga dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA. Ini menunjukkan kurang dari 24jam kerajaan Umno dan Barisan Nasional telah menyumbat tiga individu ke dalam ISA. Jumlah ini mungkin dan pasti akan bertambah lagi dalam sedikit masa atau dalam tempoh 3 atau 4 hari ini. Jangan terkejut jika ada pemimpin-pemimpin besar Pakatan Rakyat juga akan ditangkap dalam 3,4 hari ini dibawah ISA. Semuanya tidak mustahil dan boleh berlaku di Malaysia ini yang sifatnya “Malaysia Boleh”

Situasi ini memperlihatkan seolah-olah “operasi lalang 2” kini mula dilancarkan oleh Umno dan Barisan Nasional yang semakin terdesak dan karam ini. Mereka juga mungkin mahu mengalihkan perhatian rakyat daripada krisis dalaman Umno dan Barisan Nasional yang semakin meruncing pada tika dan saat ini. Tidak perlu rasanya saya ulas apa yang sedang berlaku dalam Umno dan Barisan Nasional, saya kira semua rakyat Malaysia yang matang dan tahu menilai sedar apa yang sedang berlaku dalam Umno dan Barisan Nasional.

Situasinya pada hari ini juga sama seperti operasi lalang yang dilancarkan pada 1987 yang lalu. Pada waktu itu Umno juga sedang bergolak dengan krisis dalaman dimana wujud perebutan kerusi presiden Umno antara Mahathir dan Tengku Razali Hamzah yang mana Mahathir hanya menang dengan 3 undi dalam persaingan itu. Maka operasi lalang itu dicetuskan bagi mengalih pandangan rakyat dari masalah sebenar Umno.

Pada hari ini Umno juga mengalami situasi yang sama dimana bukan sahaja berlaku krisis kepimpinan dalam Umno tetapi juga wujud krisis antara parti-parti komponen dan ditambah lagi dengan pukulan hebat dari Pakatan Rakyat yang tanpa henti sejak 8 Mac 2008 yang lalu.

Setelah semua taktik gagal bagi meredakan pergolakkan dan kebangkitan rakyat ini maka, senjata pemusnah keramat milik Umno dan Barisan Nasional iaitu ISA telah digunakan. Pertama bagi mengalihkan perhatian rakyat dari masalah sebenar Umno dan Barisan Nasional, kedua bagi menakut dan memberi amaran kepada rakyat yang lain agar jangan sesekali cuba menentang Umno dan Barisan Nasional dan yang ketiga bagi memastikan kuasa mereka akan terus berkekalan hingga hari kiamat!!

2 Responses to “Gila dan Terus Menggila!!!!”

  1. abdrahim kassim Says:

    Sdr. Pengarang,

    UMNO kata Ahmad Ismail bersalah kerana menimbulkan isu perkauman. Syed Hamid tahu hal itu kerana dia pun hadir dalam mesyuarat MT UMNO.

    Tapi dia tidak tangkap Ahmad Ismail tapi tangkap RPK, Tan Hoon Cheng dan Teresa Kok. Ahmad Ismail bebas.

    Lain yang bengkak, lain pula yang bernanah.

    lihat http://rahimkassim.blogspot.com/

  2. luth Says:

    Salam saudara,

    Pihak ameno memang dah sangat terdesak. Dalam isu penahanan wartawan tAN Hoon Cheng dan Teresa KOK, adalah lebih baik jika orang yang ditahan adalah si mamat rasis yang bernama Ahmad Ismail ni. Kenapa harus tangkap Teresa?
    Apa salah Teresa? Khir toyo lak ape cerita?

    Ni dah marah ni..

    Pihak ameno memang teruk. Keterukan mereka itu dah tak tertulis dengan kata2.. bahkan terlalu jijik untuk ditulis..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: