“Jika penulis blog sehebat Raja Petra kami boleh kenakan ISA, apa tah lagi kamu diluar sana”

Umno dan Barisan Nasional hari ini dilihat semakin menggila demi mempertahankan kuasa, kedudukan dan kekayaan mereka. Semalam media malaysiakini melaporkan kerajaan menarik balik semua sekatan ke atas blog termasuk blog malaysia-today milik Raja Petra.

Pasti para blogger dan pembaca blog merasa lega dengan tindakan ini. Namun rupa-rupanya tindakan kerajaan menarik balik semua sekatan ke atas blog ini mempunyai udang disebalik batu. Kerajaan rupanya mahu mengkhayalkan kita terlebih dahulu dengan tindakan tersebut kerana selepas itu mereka akan melakukan tindakan yang lebih keras terhadap blogger Raja Petra dan mungkin beberapa orang lagi selepas ini.

Sekitar jam 1.40pm tadi saya mendapat maklumat yang Raja Petra telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA. Apabila saya menyemak dengan berita malaysiakini dan saya dapati sah maklumat tersebut benar dan Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar sendiri mengakui akan tindakan tersebut.

Kelihatan hari ini Umno dan Barisan Nasional mula mengunakan senjata-senjata pemusnah terakhir yang mereka miliki demi dalam menghadapi saat-saat kejatuhan mereka. Akta-Akta kejam dan zalim mula digunakan bagi menakutkan dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

Dengan penahan Raja Petra dibawah ISA ini saya percaya ianya bertujuan mengingatkan dan mengugut rakyat terutama blogger dan pelayar blog agar jangan cuba melawan Umno dan Barisan Nasional. Saya percaya masej yang cuba dihantar oleh Umno dan Barisan Nasional berdasarkan penahanan Raja Petra ini ialah “Jika penulis blog sehebat Raja Petra kami boleh kenakan ISA, apa tah lagi kamu diluar sana

Jika mahu dikenakan ISA terhadap Raja Petra hari ini, kenapa semalam sekatan ke atas blognya malaysia-today ditarik balik. Ada muslihat sebenar mereka????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: