49 orang ahli parlimen BN dibawa ke Taiwan

hahaha semalam hari Isnin seramai 41 orang ahli parlimen BN telah dibawa lari ke Taiwan dan bakinya lagi lapan orang akan dibawa lari hari ini. Makin terdesak nampaknya Umno dan Barisan Nasional ni.

Tapi jumlah sebenar ahli parlimen BN di dewan rakyat adalah sebanyak 140 orang. Mana pergi lagi 91 ahli parlimen BN ni?? kenapa mereka ini tidak dibawa lari bersama ke Taiwan?? atau memang baki ahli parlimen BN ni tidak sanggup dan tidak rela dilarikan ke Taiwan. Kalau macam tu nampak sangat la yang 16 Sept ni betul-betul akan jadi kenyataan. Pakatan Rakyat perlukan 30 orang lagi ja ahli parlimen untuk bentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Tapi dengan 91 yang engkar dan mungkin dalan 49 tu ada juga yang tetap akan masuk ke Pakatan Rakyat, silap-silap Pakatan Rakyat boleh dapat 2/3 majoriti pada 16 Sept ni.

Tapi yang peliknya, ahli parlimen BN yang dibawa ke Taiwan tersebut adalah atas dasar lawatan sambil belajar bagi mempelajari pertanian moden di Taiwan. Tapi satu persoalan yang timbul di fikiran saya, maju sangat ka pertanian di Taiwan?? Mungkin saya silap atau mungkin saya kurang pengetahuan tentang kemodenan pertanian di Taiwan. Tetapi setahu saya Taiwan itu negara yang mengutamakan industri. Ekonominya lebih tertumpu kepada industri perkilangan yang banyak bergantung pada pelabur asing. Jarang saya terbaca tentang kemodenan pertanian di Taiwan.

Tapi tah la, mungkin saya yang tidak tahu adanya kemodenan pertanian di Taiwan. Tapi tak tahula pertanian apa yang dipelajari oleh 49 ahli parlimen BN tu. Pertanian bayam dan kankong kut.

Tadi berita buliten utama kat tv3 kata, rombongan ahli parlimen ke Taiwan adalah tanggungan ahli parlimen BN sendiri. Kalau ya pun tanggungan ahli parlimen BN sendiri tapi duit eluan ahli parlimen tu pun datang dari rakyat.

Kesian ahli parlimen BN 49 orang tu. Dah la kena paksa pergi Taiwan, bulan puasa pulak tu, duit pun kena pakai duit poket sendiri.

One Response to “49 orang ahli parlimen BN dibawa ke Taiwan”

  1. nami Says:

    tu la aku tulis dalam blog aku..kenapa la sampai ke taiwan nak gi belajaq tanam pokok.takat tanam pokok belajaq ngan bapak aku pun boleh.saje nak perabih harta rakyat.

    haha!aku rasa depa pergi taiwan tu nak pi jumpa coco lee hahaha!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: