Bak “Titanic” yang hampir karam

  • Titanic dilancarkan pada 1911 di Harland and Wolff dan dimiliki oleh hartawan Amerika J.P Morgan dan syarikatnya International Mercantile Marine Co.
  • Umno ditubuhkan pada 1946 di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baharu Kuala Lumpur dan hari ini dimiliki oleh Pak Lah ada General Manegar nya Khairy Jamaludin atau nama manjanya KJ yang syarikatnya banyak tak terkira.
  • Titanic merupakan kapal mewah yang lengkap dengan serba – serbi kemudahan dan mampu menguasai segalanya.
  • Umno merupakan parti yang mewah bukan saja dari sumber kewangan tetapi pelbagai sumber lagi. Umno juga lengkap dengan pelbagai kemudahan dan menguasai segalanya termasuk media, polis, jentera kerajaan dan lain-lain lagi.
  • Titanic membahagikan penumpangnya mengikut kelas iaitu golongan kaya dan elit di kelas pertama, golongan sederhana di kelas kedua dan golongan rakyat biasa dan miskin di kelas ketiga yang terletak dibahagian bawah kapal.
  • Umno membahagikan rakyat dimana golongan kaya dan pembesar terus di atas, golongan kelas menengah tersepit di tengah dan golongan rakyat biasa dan miskin terus tertekan dibawah. Yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin.
  • Ramai rakyat dan golongan pakar di Amerika pada waktu itu percaya yang kapal Titanic amat sukar dan tidak akan karam kerana kehebatan yang dimiliki oleh kapal itu. Rakyat juga ditanam satu fahaman hanya Titanic mampu membelah lautan dengan selamat dan sejahtera.
  • Rakyat Malaysia dan golongan penganalisis politik di Malaysia pada sebelum ini percaya Umno tidak mampu digugat dan dikalahkan oleh parti politik lain di Malaysia kerana kehebatan dan kemewahan tersendiri yang terdapat pada Umno itu. Rakyat juga ditanam satu fahaman hanya Umno mampu memerintah negara ini dengan cemerlang,gemilang dan terbilang.
  • Titanic yang sebelum ini dianggap hebat mula bocor dan dimasuki air bila terlanggar bongkah ais di Selatan Grand Banks di Newfoundland pada jam 11.40pm Ahad 14 April 1912.
  • Umno mula goyah dan tempang bila dilanggar Tsunami politik di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan Kuala Lumpur dan hilang 2/3 majoroti pada Sabtu 8 Mac 2008 lebih kurang pukul 11pm bila keputusan penuh pilihanraya umum ke-12 diumumkan.
  • Sekitar 2:10 AM pada hari yang sama, bahagian belakang kapal Titanic terangkat dari paras air menampakkan bilah kipas dan keadaan kapal menjadi semakin cemas dan terancam
  • Pada 10.00pm hari Selasa 26 Ogos 2008, Umno sudah tenggelam hampir separuh hingga menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin besar dan nahodanya cemas apa bila Dato Seri Anwar menang di Permatang Pauh.
  • Ramai anak-anak kapal dan penumpang Titanic melompat masuk ke bot-bot penyelamat dan ada yang melompat ke laut kerana tidak rela tenggelam bersama kapal Titanic.
  • Ramai ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional dan ahli-ahli parti berkenaan akan dan telah melompat ke Pakatan Rakyat dan juga ada yang keluar parti dan tidak mengangotai mana-mana parti kerana tidak mahu dan tidak rela karam dan tenggelam bersama Umno dan Barisan Nasional.
  • Pada 2.20am iaitu selama 2jam 40minit dari tempoh pelanggaran dengan bongkah ais,Kapal Titanic yang sebelum ini angkuh dengan kehebatan dan kemewahanya kini tenggelam seluruhnya dan hanya tinggal dalam lipatan sejarah hingga hari ini.
  • 16 Sept 2008 iaitu selama lebih kurang 7 bulan dilanggar Tsunami politik, Umno dan Barisan Nasional yang selama ini angkuh dengan kehebatan dan kemewahanya kini mungkin tenggelam seluruhnya dan mungkin akan menjadi lipatan sejarah politik Malaysia.

p/s -mungkin ketika anda sedang membaca ini, Umno dan Barisan Nasional ibarat seperti muncung  belakang Kapal Titanic yang beberapa meter sahaja lagi akan tenggelam.

-Ahli Parlimena BN Sabah, Sarawak dan Semenanjung masing-masing berbisik sama sendiri “YOU JUMP I JUMP” to Pakatan Rakyat!!!!!

3 Responses to “Bak “Titanic” yang hampir karam”

  1. hafiz Says:

    aku hidup di bumi malaya ini… mau senang diri, kalau ada anak bini; juga mau mereka senang makan minum pakai bejalan kerja… aku di bumi malaya ini, mau happy sampai ke mati… aku mau cari wang, mau cari makan dengan senang… cina? India? mereka juga macam aku… mau cari makan untuk diri anak dan bini…. mengapalah kaum begitu sensitif aku pun heran… sebab tak salah aku, kita semua manusia yang perlu makan, mandi, berak, kencing, tidor, cari duit, buat anak. setahu aku, aku bukanlah manusia yang suka nak berbenci2 dan berbunuh2 dengan kaumku atau kaum lain… aku heran mengapa ini UMNO masih cakap lagi isu kaum ini… aku heran…dan akhirnya ia dibenci oleh kaum bangsanya sendiri…hahaha hidup malaysia! pandang kedepan bukan kebelakang!!! ayoh sama2 berjuanga!!!

  2. abdrahim kassim Says:

    Sdr. Pengarang,

    Kalau nak cuci dosa-dosa pemimpin UMNO sejak dari merdeka hingga sekarang, seluruh air laut dalam dunia ini pun tak cukup.

    Kalau dah tahu ianya tak boleh dibasuh lagi, buang terus je dan ganti dengan yang baru.

    http://rahimkassim.blogspot.com/

  3. suarasaktii Says:

    hehe klu dah x boleh cuci kita tukar ja yang baru…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: