2 September yang bermula segalanya

(foto:BBC News Online)                                                                         Hampir terlupa saya yang kita hari ini sudah pun mahu melewati tarikh 2 Sept 2008. Setelah melayari blog YB Zulklifi Nordin baru saya teringat yang kita sekali lagi akan melepasi tarikh 2 Sept ini.

Mungkin ada sesetengah dari kita tertanya-tanya apa ada dengan 2 Sept??? Sebenarnya pada 2 September 2008 ini maka genaplah 10 tahun Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat dengan cara yang hina dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia pada tarikh itu.

Pada hari 2 Sept 1998 Dato Seri Anwar Ibrahim telah dipanggil ke pejabat Tun Dr Mahadhir. Dalam perjumpaan dengan Tun Dr Mahadhir sebagai perdana menteri Malaysia pada waktu itu, telah memberi tempoh hingga jam 5 petang kepada Dato Seri Anwar untuk meletakkan jawatan atau dipecat dari kerajaan.

Dato Seri Anwar enggan meletakkan jawatan kerana tidak mahu tunduk kepada kerakusan mengila Dr Mahadhir pada waktu itu. Maka Dato Seri Anwar dipecat oleh Dr Mahadhir melalui cara yang tidak sah. Ini kerana untuk memecat seorang timbalan perdana menteri perlu mempunyai perkenan dari Yang Dipertuan Agong. Namun proses itu tidak berlaku.

Dato Seri Anwar selepas jam 5 petang meninggalkan pejabatnya dan sedar yang beliau kini sedang dizalimi. Maka bermula pada tarikh itu bergemalah lauangan REFORMASI yang bergema ke seluruh Kuala Lumpur hingga ke Cherok To`kun dan Permatang Pauh.

Saya pada tarikh itu masih lagi dalam usia awal belasan tahun, namun hati saya merasakan sesuatu yang tidak kena apabila melihat berita di TV3 pada malam itu yang menyatakan Dato Seri Anwar telah dipecat dari kerajaan.

Kini sudah 10 tahun semua itu berlalu, dalam tempoh itu banyak juga peristiwa yang berlaku dan menjadikan kita lebih matang dalam perjuangan terutama dalam menilai siapa kawan dan lawan sebenar. Wajah pejuang juga bertukar ganti dalam tempoh itu.

Ramai juga yang belot dan tersasul dalam mengharungi perjuangan selama 10 tahun itu. Ada yang sepentas dan berdiri dibarisan hadapan dalam menentang kezaliman pada 10 tahun lalu kini belot dan gagal dengan dugaan 10 tahun itu.

Namun ramai juga yang masih setia berdiri memegang panji kebenaran dalam menentang kezaliman. Parti Keadilan Rakyat sendiri pernah hampir tersungkur pada pertengahan 10 tahun itu namun kini ianya berjaya berdiri kembali.

Sepuluh tahun telah mematangkan kita, kini arus yang tercipta pada 2 Sept 1998 itu telah menjadi Tsunami politik pada 8 Mac dan sekali lagi pada 26 Ogos 2008 bagi mengajar Umno dan Barisan Nasional yang sedang khalyal dalam keasyikan. Moga perubahan yang mula tercipta semenjak 10 tahun ini akan terus bersinar dalam membuka jalan ke Putrajaya dan membuahkan harapan baru kepada anak Malaysia.                                     (Foto:malaysiakini)

7 Responses to “2 September yang bermula segalanya”

  1. AnakMudaParlimenBatu Says:

    Perjalanan politik yang begitu berliku buat DSAI, bermula dengan sebagai seorang aktivis yang sentiasa menjadi buruan ke orang kuat UMNO jatuh ke seorang banduan, naik sekali lagi sebagai MP Permatang Pauh. Itu ujian dari Allah S.W.T. Jangan sesekali lupa akan ajaran Islam kerana yang menaikkan dan menurunkan kita ialah Allah S.W.T.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  2. Musafir Kelana Says:

    Firman Allah swt:
    Tiada daya dan kekuatan sama sekali, kecuali dengan bantuan pertolongan Allah.

    Insyallah, setiap perjuangan yang didasari keikhlasan kerana Allah pastinya akan mendapat keredhaan dan keberkatan dariNya jua.

    Allah berfirman lagi:
    Dan mereka yang benar-benar berjuang dalam jalan keridhaanKu, pasti Aku pimpin (tunjukkan jalan Kami).

    Wassalam.

  3. Musafir Kelana Says:

    Opps! sorry,

    Saya nak betulkan perkataan “Insyallah” tu kepada “InsyaAllah”.

    Terima kasih.

  4. abe MIE Says:

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    ada juga orang bandingkan UMNO dengan titanik. tapi kena ingat, PKR lagi kronik sebab baru aje nak jadi hero, PAS sendiri buat hal dan orang Melayu akan terkejut beruk kerana kerajaan katak hendak diwujudkan dengan cepat.

    Dalam bulan puasa pun Barua Anwar Bin Ibrahim-BABI hendak menipu. Sumpahpun belum habis lagi panasnya.

  5. suarasaktii Says:

    Hero bukan PKR,PAS atau DAP tapi Rakyat.PAS x pernah buat hal…Umno ja yang meracau gila talak ngan PAS…Orang Melayu xkan terkejut beruk..tp org dan pemimpin Umno yang dah tercirit dalam seluar sampai ada yang dah nak lari ke luar negara.Kerajaan katak lagi ok dari kerajaan yang dibentuk dengan menipu dalam pilihanraya.
    Apa yang tipunya..ramai org termasuk masyarakat dunia dah tau yang Umno dah nak karam.Org dan pemimpin umno ja yang x percaya g,mcm penumpang titanic yang x pcya kapal tu akan karam even dan banyak bocor n masuk air.
    Sumpah dah sejuk dah basi dah pun….kerana sumpah la Umno kena pukul teruk kat Permatang Pauh.Imam Ustaz Ramlang pn jd saksi sumpah dengan tanpa rela..🙂

  6. shayaumil Says:

    tarikh tersebut adalah tarikh lahir aku…..

  7. suarasaktii Says:

    moga dapar hadiah hari jadi yang besar dan bermakna pada hari tu insyaallah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: