Archive for September, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

September 30, 2008

Suarasaktii mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin, semoga kalian semua mendapat kerahmatan dan kebahagian pada hari raya ini. Kepada mereka yang pulang beraya di kampung, suarasaktii mengucapkan selamat pulang beraya dan berhati-hati semasa di jalan raya agar kita selamat pergi dan selamat pulang.

Advertisements

20 Sept tetap dalam ingatan

September 21, 2008

Sekali lagi saya hampir terlupa, ketika saya menulis artikel ini kita telah pun sedikit melewati tanggal 20 Sept 2008. Kenapa dengan tarikh 20 Sept ini? ada apa dengan 20 sept ini?

20 Sept 2008 genaplah 10 tahun peristiwa Dato Seri Anwar ditangkap oleh polis atas arahan Umno dan Barisan Nasional yang ketika itu dikepalai oleh Dr Mahathir. Pada malam 20 Sept 1998 rumah Dato Seri Anwar telah diserbu oleh pasukan khas polis bertopeng bagi menangkap Dato Seri Anwar dan ditahan dibawah ISA.

Pada petang 20 Sept 1998 Dato Seri Anwar telah mengadakan perhimpunan rasaksa di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Bandar Kuala Lumpur penuh dengan lautan manusia yang menentang kezaliman yang dilakukan oleh Dr Mahathir.

Pada malam tersebut Dato Seri Anwar telah mengadakan sidang media di rumahnya. Ketika sidang media tersebut, rumah Dato Seri Anwar telah diserbu oleh pasukan Unit Tindak Khas Polis Diraja Malaysia yang diarahkan oleh Dr Mahathir dan Umno. Boleh dikatakan ratusan polis berpoteng dan lengkap bersenjata menyerbu rumah Dato Seri Anwar bagi menangkap beliau.

Dengan keadaan yang begitu tegang pada waktu itu, Dato Seri Anwar dengan tenang mengikut arahan pihak polis yang mahu menahan beliau. Akhirnya beliau dibawa menaiki van ke Bukit Aman. Maka bermula episod derita dan penyiksaan terhadap Dato Seri Anwar selama 6 tahun sebelum dibebaskan pada tahun 2003.

Pada malam 20 Sept 1998 itu juga, setelah sampai di Bukit Aman, Dato Seri Anwar telah dibelasah teruk oleh Ketua Polis Negara pada waktu Tan Sri Rahim Nor hingga menyebabkan mata Dato Seri Anwar lebam dan mengalami kecederaan tulang belakang yang serius yang terpaksa ditanggung oleh beliau hingga hari ini.

Berdasarkan beberapa sumber mengatakan, pukulan dan siksaan yang dilakukan terhadap Dato Seri Anwar pada malam itu adalah bertujuan membunuh beliau atau sekurang-kurang meninggalkan kesan yang teruk pada fizikal beliau agar perjuangan politik Dato Seri Anwar terus berkubur. Namun Allah mengurniakan kekuatan kepada Dato Seri Anwar dalam menerima siksaan tersebut.

Pada hari Dato Seri Anwar dibawa ke Mahkamah seluruh Malaysia bahkan dunia terkejut melihat fizikal Dato Seri Anwar yang begitu teruk. Matanya lebam dan sampai satu tahap beliau terpaksa berkerusi roda. Mahkamah juga telah melarang Dato Seri Anwar dari diikat jamin atas alasan rusuhan akan terus berleluasa jika Dato Seri Anwar bebas dengan ikat jamin.

Maka bermula dari tarikh 20 Sept 1998 itu Dato Seri Anwar terus terkurung di penjara dan diseksa hingga tahun 2003. Kini Dato Seri Anwar kembali tanpa rasa serik dan putus asa untuk terus berjuang demi keadilan dan menegakkan kebenaran.

Saya takut bila Pak Lah kata “TIDAK dan TIADA”

September 19, 2008

Abdullah juga berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) “terhadap Anwar atau sesiapapun”.

“Saya tiada apa-apa rancangan untuk mengenakan ISA kepada sesiapa pun. Saya tidak kata apa-apa pun. Kalau ada orang terasa dia nak kena ISA itu, mungkin dia rasa bersalah, saya tidak tahulah,” katanya. (sumber:malaysiakini.com)

Saya sememangnya takut dan gelisah apabila Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan perkataan “tidak dan tiada”. Ini kerana Pak Lah sering berbahasa sonsang dalam bahasanya. Seperti dalam petikan berita dari malaysiakini.com diatas, Pak Lah perdana menteri saya sekali lagi mengeluarkan perkataan “tidak dan tiada” apabila ditanya wartawan tentang pengunaan ISA terhadap Dato Seri Anwar. Ini kerana saya takut perkataan “tidak dan tiada” itu jika diterjemahkan dalam bahasa sebenar Pak Lah, bermaksud “Ya dan ada“. Ini yang saya bimbang dan risau jika Perdana Menteri saya sekarang ini akan mengenakan ISA terhadap bakal Perdana Menteri saya.

Kerisauan dan kebimbangan saya ini rasanya berasas kerana:

  1. Pak Lah sewaktu mula menjawat jawatan perdana menteri, beliau berkata tidak akan ada rasuah dalam pertadbirannya nanti. Tetapi rasuah dilihat menjadi-jadi zaman pentadbirannya.
  2. Pak Lah berkata tiada konkongan terhadap media dan mahu mengamalkan sikap terbuka. Namun Utusan Malaysia, TV3 dan seangkatan dengannya makin kuat dicucuk hidung mereka.
  3. Pak Lah pernah berkata yang parlimen tidak akan dibubarkan pada 13 Februari 2008 bagi membolehkan PRU-12 dijalankan. Namun parlimen dibubarkan juga pada 13 Februari 2008.
  4. Pak Lah berkata, tidak akan menaikkan harga minyak pada tahun ini sewaktu kempen pilihanraya. Namun harga minyak dinaikkan juga.
  5. Pak Lah pernah berkata, Umno dan Barisan Nasional tidak akan menggunakan isu tuduhan fitnah liwat terhadap Dato Seri Anwar sebagai modal kempen mereka di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 26 Ogos yang lalu. Namun isu itu yang menjadi modal dan isu utama kempen Umno dan Barisan Nasional di Permatang Pauh.
  6. Hari ini Pak Lah berkata, tidak akan mengenakan ISA kepada Dato Seri Anwar, aaaarrrggggghhhhh tidakkkk apakah maksud “tidak” Pak Lah kali ini???????

Namun jika pembaca bersetuju dengan teori saya ini, mungkin kita juga boleh merasa sedikit gembira dengan perkataan “tidak dan tiada” Pak Lah ini.

Ini kerana sejak akhir-akhir ini Pak Lah juga sering menyebut:

  1. Tiada ahli parlimen Barisan Nasional yang akan menyertai Pakatan Rakyat.
  2. Pakatan Rakyat tidak akan berjaya bentuk kerajaan persekutuan.
  3. Dalam perbentangan bajet baru-baru ini, Pak Lah dengan sinis mengatakan “saya tidak akan membenarkan ganguan ini” yang merujuk kepada percubaan Pakatan Rakyat mahu menubuhkan kerajaan.

Saya harap dan doakan, agar perkataan “tidak dan tiada” Pak Lah kali ini juga membawa makna sonsang seperti yang diucapkannya sebelum ini.

Anwar atau Pak Lah yang berdolak-dalih??

September 19, 2008

Persoalan mula timbul di hati saya siapa yang sebenarnya sedang berdolak-dalih dalam perkembangan politik semasa Malaysia ini. Dato Seri Anwar atau Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi??

Pada mulanya pihak Umno dan Barisan Nasional menuduh Dato Seri Anwar kononnya beliau sering berdolak-dalih dalam hal penubuhan kerajaan baru ini. Umno dan Barisan Nasional mengatakan yang Dato Seri Anwar berdolak-dalih apa bila diminta oleh mereka untuk mendedahkan senarai nama ahli parlimen BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Dengan keengganan Dato Seri Anwar mendedahkan senarai nama tersebut, pihak Umno dan Barisan Nasional mengatakan yang dakwaan Dato Seri Anwar tentang penyeberangan ahli parliman BN ke Pakatan Rakyat hanyalah omongan kosong. Mereka juga dengan yakin mengatakan Pakatan Rakyat tidak akan dapat membentuk kerajaan kerana tidak ada ahli parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat.

Namun, pihak Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Pak Lah pada 15 Sept 2008 yang lalu untuk tujuan berbincang tentang “keselamatan dan hala tuju kepimpinan negara” dan pada masa yang sama akan menunjukkan senarai ahli parlimen BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Namun, perlawaan sopan Pakatan Rakyat itu ditolak dengan kasar oleh Pak Lah, dan Pak Lah mengatakan tidak perlu berbincang akan soal itu. Sedangkan pada masa yang sama mereka mahu tahu siapa dan berapa ahli parlimen BN yang telah menyertai Pakatan Rakyat tetapi apabila hendak diberi tahu mereka pula enggan mendengarnya. Pak Lah juga menyatakan, surat yang disampaikan kepadanya itu bukan tujuan untuk berbincang tentang soal peralihan kuasa sebaliknya Pak Lah mendakwa surat itu adalah untuk membincangkan tentang keselamatn negara.

Agaknya Pak Lah tidak memahami “bahasa surat” atau enggan untuk faham atau takut untuk faham. Seperti yang dinyatakan oleh Dato Seri Anwar, surat itu bertujuan mahu membincangkan soal keselamatan dan hala tuju kepimpinan negara. Apakah Pak Lah tidak faham akan makna “hala tuju kepimpinan negara” itu. Bahasa yang bagaimana lagi harus digunakan oleh Pakatan Rakyat bagi memahami Pak Lah. Pakatan Rakyat tidak mahu menggunakan perkataan yang kasar seperti menggulingkan kerajaan, menjatuhkan kerajaan dan lain-lain kerana atas dasar hormat mereka kepada Pak Lah. Dan surat itu pun telah diedarkan kepada media siang tadi bagi membuktikan kandungan sebenar.

Pak Lah masih mahu berdalih dan enggan berjumpa dengan pihak Pakatan Rakyat dengan alasan kononnya surat tersebut bukan bertujuan untuk membincangkan soal peralihan kuasa. Ini alasan orang takut sebenarnya dan mahu lari dari kenyataan.

Siang tadi, pihak Pakatan Rakyat sekali lagi menghantar surat dengan mendesak Pak Lah agar mengadakan persidangan parlimen tergempar selewat-lewatnya 23 Sept ini bagi membahaskan undi tidak percaya kepada kepimpinan negara kerana ramai ahli parlimen BN telah bersama Pakatan Rakyat dan BN kini sudah hilang majoriti untuk memerintah. Dan dalam persidangan itu akan terjawab kepada BN akan siapa ahli parlimennya yang telah menyertai Pakatan Rakyat.

Namun, dalam sidang media balas petang tadi Pak Lah sekali lagi menolak permohonan Pakatan Rakyat itu dengan alasan tidak ada keperluan untuk parlimen bersidang tentang hal itu. Jelas sikap Pak Lah yang cuba berdolak-dalih dan mahu lari dari keadaan sebenar.

Jika pihak Umno dan Barisan Nasional yakin yang tidak ada ahli parlimennya yang akan menyertai Pakatan Rakyat seperti mana dakwaan mereka kepada media sebelum dan sekarang ini mengapa mereka perlu takut dan berdolak-dalih untuk berjumpa dengan pihak Pakatan Rakyat dan mengadakan persidangan parlimen tergempar ini.

Jika pihak Umno dan Barisan Nasional yakin yang perancangan penubuhan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat ini tidak akan berjaya dan hanya omongan kosong, saya rasa persidangan tergempar parlimen itu nanti akan menjadi medan terbaik kepada pihak Umno dan Barisan Nasional untuk menjatuhkan air muka dan memalukan Pakatan Rakyat. Cuba bayangkan apabila pengundian dilakukan, pihak Pakatan Rakyat gagal mendapat sokongan dari ahli parlimen BN seperti mana yang didakwa oleh Dato Seri Anwar sebelum ini. Pasti perkara ini akan menjatuhkan kredibiliti Pakatan Rakyat dan Dato Seri Anwar Ibrahim. Malahan saya percaya sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat juga akan merosot dengan teruk dan mungkin boleh memusnahkan terus masa depan Pakatan Rakyat itu.

Namun, mengapa peluang sebegini tidak mahu dimanfaatkan oleh pihak Umno dan Barisan Nasional?? Peluang sebegini seharusnya tidak ditolak oleh Umno dan Barisan Nasional kerana Pakatan Rakyat telah menghulurkan leher untuk disembelih. Saya katakan demikian kerana pihak Umno dan Barisan Nasional bersikap begitu yakin, yang tidak ada ahli parlimen mereka yang menyertai Pakatan Rakyat dan lantang mendakwa penubuhan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat itu satu omongan kosong. Sekarang NAH, gunakan lah peluang di persidangan parlimen tergempar tersebut bagi memanifestasikan keyakinan anda.

Namun peluang ini ditolak. Sekarang dapat dilihat siapa yang berdolak-dalih?? Siapa yang yakin dan tidak yakin??  dan siapa yang beromong kosong dan tidak??

Mukhriz cadang Dr M dilantik penasihat Umno

September 17, 2008

Permohonan kemasukan semula mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Umno hendaklah diputuskan ketua cawangan dan bahagian yang bakal disertainya dan bukan melalui Majlis Tertinggi (MT), kata anggota Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir hari ini.

Mukhriz juga berharap yang bapanya itu, jika diterima balik, hendaklah dilantik sebagai penasihat Umno.(Sumber: malaysiakini)

Mahathir dan anaknya Mukhriz dilihat mahu memulakan era dinasti Mahathir yang berkuku besi dalam politik dan kerajaan Malaysia. Sistem politik Singapura yang 70% diamalkan di Malaysia selama ini mahu ditingkatkan kepada 100% dengan melantik Mahathir sebagai penasihat Umno. Ianya sama seperti Lee Kwan Yu yang menjadi menteri mentor di Singapura.

Di Singapura, pembangkangnya langsung tidak boleh bergerak dan demokrasinya langsung tidak subur. Situasi itulah yang cuba dihidupkan oleh Mahathir sewaktu era pemerintahan dengan membawa slogan “Asian Value” tetapi faedahnya hanya dibolot oleh kroni-kroni Umno apabila proses “check and balance” itu tidak wujud disebabkan pergerakan parti pembangkang yang disekat.

Cuma yang bezanya, Singapura demokrasinya tidak sihat namum pertumbuhan ekonomi cukup hebat dan rakyatnya dapat hidup selesa, hingga tiada rumah – rumah kos rendah dan flat dua bilik disana. Kebajikan rakyatnya cukup diberi perhatian oleh pemerintah  Singapura.

Tetapi di Malaysia, demokrasinya sering disekat dan sering dicabul, ekonominya pula kini semakin lembab pertumbuhannya dan makin ketinggalan di rantau Asia Tenggara ini disamping kebajikan rakyatnya juga masih ramai yang tidak terjaga hanya kroni umno dan barisan nasional yang merasa selesa.

Kini Mahathir yang dipapah oleh anaknya mahu mengusahakan kembali idea tersebut agar pemerintahan di Malaysia ini akan bergelar “Dinasti Mahathir” dan bersifat ditaktor akan terlaksana. Ini tidak mustahil akan terjadi kerana Pak Lah mahu tidak mahu akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Najib yang merupakan sekutu rapat Mahathir dan Najib yang sememangnya kita tahu “kosong” dalam pentadbiran itu akan menjadi boneka Mahathir.

Jawapan dan penyelesaian kepada kerisauan ini adalah, kita harus memastikan Pakatan Rakyat pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim akan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan dalam tempoh terdekat ini dan mengagalkan segala sudut perancangan jahat Umno dan Barisan Nasional sekaligus rakyat Malaysia akan menikmati keadilan, keharmonian dan demokrasi yang sihat dan subur di bumi bertuah ini.

Umno kian resah dan gelisah hari ini

September 17, 2008

Umno dan Barisan Nasional dilihat semakin resah, gelisah, goyah, tempang dan cacat. Lihat sahaja sehari demi sehari Umno dan Barisan Nasional semakin hebat menerima pukulan dari dalam dan luar parti. Cuma media milik Umno seperti Utusan dan Tv3 sahaja yang mahu lagi berusaha menipu rakyat dengar menggambarkan kononnya Umno dan Barisan Nasional hari ini tidak menghadapi apa-apa masalah dan masih stabil.

Semalam, Menteri Jabatan Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Perundangan Datuk Zaid Ibrahim telah meletak jawatan, hari ini sekitar pukul 4.30pm parti komponen dari Sabah iaitu Parti Maju Bersatu Sabah telah mengumumkan keputusan muktamad mereka untuk meninggalkan Barisan Nasional.

Terlebih dahulu sebelum itu, Pak Lah telah membuat rombakan kecil kabinet dengan memberikan jawatan menteri kewangan yang disandang oleh beliau sebelum ini kepada Najib dan Pak Lah memegang kementerian pertahanan. Apa motif sebenar rombakan kecil ini masih lagi belum jelas. Pasti semua ini ada agenda tersembunyi umno dan barisan nasional.

Namun percayalah dalam tempoh sebegini Umno dan Barisan Nasional akan menggunakan apa jua cara bagi mempertahankan kuasa mereka yang kian pudar. Sebentar tadi dalam sidang media berkenaan rombakan kecil kabinet tersebut, Pak Lah telah membayangkan yang dia akan mengambil tindakan terhadap Dato Seri Anwar yang kononnya mengancam ekonomi dan keselamatan negara. Namun banyak pihak menjangkakan yang tindakan ISA akan dikenakan terhadap Dato Seri Anwar dalam tempoh terdekat ini.

Taufan politik Malaysia kian bertiup kencang, sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam situasi politik Malaysia hari ini. Apa pun saya mendoakan agar Allah sentiasa melindungi keselamatan Dato Seri Anwar dan mengelakkan beliau dari dianiayai olek puak-puak jahat Umno dan Barisan Nasional yang kian cemas ini.

Moga juga perjalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya yang hanya tinggal beberapa detik sahaja lagi akan terus lancar dan peralihan kuasa ini akan berlaku dengan aman dan tenang.

Pak Lah masih dan terus angkuh

September 16, 2008

Sebentar tadi dalam laporan berita TV3 Pak Lah dilihat masih angkuh dan menganggap dirinya masih kuat serta mampu menjalankan pentadbiran dengan baik. Pak Lah juga dengan angkuh mencela Dato Seri Anwar Ibrahim yang kononya apa yang dicakap oleh Dato Seri Anwar adalah omongan kosong.

Media masih lagi memainkan berita dan juga menipu rakyat yang kononnya kerajaan Umno dan Barisan Nasional sentiasa berada dalam keadaan baik dan kuat. Rasa macam nak ketawa bila kita tengok laporan-laporan berita seperti TV3 sejak akhir-akhir ini. Air muka Pak Lah saja sudah cukup menggambarkan kegelisahan yang sedang bermain dijiwanya.

Jawapannya kepada soalan wartawan juga tergagap – gagap dan tersangkut – sangkut. Apa sebenarnya yang sedang bermain dalam jiwa dan fikiran Pak Lah? Pak Lah juga dengan angkuh mencabar Dato Seri Anwar mendedahkan jumlah dan nama ahli parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat. Kalau saya berada di tempat Dato Seri Anwar pun saya tidak akan dedahkan maklumat itu sekarang, ini soal membentuk kerajaan persekutuan bukan boleh main dedah-dedah saja. Bila sampai waktunya nanti pasti jumlah dan nama itu akan didedahkan.

Pak Lah juga telah menolak untuk berjumpa dengan Dato Seri Anwar seperti diminta oleh pihak Pakatan Rakyat. Dato Seri Anwar mahu berjumpa dengan Pak Lah bagi membincang tentang soal peralihan kuasa dan mahu melakukan peralihan  kuasa tersebut dengan cara yang lebih beradab tanpa menjejaskan imej mana-mana pihak.

Tetapi ianya telah ditolak oleh Pak Lah dengan angkuh sekali, dan ini memudahkan lagi usaha Pakatan Rakyat kerana tidak perlu berjumpa Pak Lah sebaliknya terus ke Istina Negara. Kini tindakan seterusnya Pakatan Rakyat ialah mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong dan menyembahkan senarai nama ahli parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat, menerang tentang keadaan politik dan mendapat pekenan Yang Dipertuan Agong bagi membentuk kerajaan. Yang Dipertuan Agong pula akan bertindak menasihati Pak Lah agar meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dalam situasi ini Pak Lah mempunyai tiga pilihan:

  1. Meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan menyerahkan kepada Pakatan Rakyat
  2. Membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum diadakan dalam tempoh 60 hari
  3. Menguatkuasakan “darurat” bagi membolehkan parlimen digantung dan menghalang Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

Situasi mana agaknya yang akan terjadi??

Sidang Media dan Ingatan Dato Seri Anwar kepada BN

September 16, 2008

Dato Seri Anwar telah mengadakan sidang media hari ini di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat sebentar tadi. Antara pendirian Pakatan Rakyat ialah Pakatan Rakyat tetap komitet untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dalam tempoh terdekat ini. Namun Dato Seri Anwar menegaskan dalam melakukan perubahan kerajaan ini, Pakatan Rakyat menekankan kestabilan dan mahukan perubahan itu berlaku dengan tenang, lancar dan tanpa sebarang ketegangan.

Dato Seri Anwar juga mahu memastikan peristiwa kehilangan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti yang berlaku di Selangor dan Perak pada 8 Mac yang lalu tidak berulang dalam peralihan kuasa yang bakal berlaku dalam tempoh terdekat ini.

Dato` Seri Anwar menegaskan yang Pakatan Rakyat telah mempunyai jumlah ahli parlimen yang melebihi jumlah mininum yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. Jumlah ahli parlimen itu juga meliputi semua kompisisi kaum  dan agama. Dalam menjawab soalan salah seorang wartawan, Dato Seri Anwar turut menyatakan yang pagi tadi beliau baru menerima beberapa lagi nota yang ditandatangani sendiri oleh ahli parlimen yang menyatakan kesediaan untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Saya tidak pelik jika Dato Seri Anwar enggan mendedahkan nama-nama ahli parlimen yang dikatakan akan menyertai Pakatan Rakyat. Ini kerana tindakan mendedahkan nama-nama ahli parlimen tersebut merupakan satu tindakan yang kurang bijak yang boleh mengagalkan perancangan Pakatan Rakyat. Pihak Umno yang dilihat mencabar Dato Seri Anwar agar mendedahkan nama-nama ahli parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat adalah merupakan tindakan memancing Dato Seri Anwar mendedahkan maklumat perancangan Pakatan Rakyat dan mengagalkan usaha Pakatan Rakyat.

Biarkan sahaja mereka terus mencabar dan menjerit apabila sampai masanya nanti kita semua akan tahu juga siapa ahli parlimen yang bakal menyertai Pakatan Rakyat. Tempohnya tidak lama, mungkin dalam dua atau tiga hari ini semua persoalan dan debaran kita ini akan terjawab.

Namun saya tertarik dengan beberapa ingat Dato Seri Anwar kepada Umno dan Barisan Nasional menjelang peralihan kuasa nanti:

  1. Diingatkan agar BN sekarang tidak menghalang ahli-ahli parlimen yang mahu membawa perubahan
  2. Diingatkan agar BN tidak menggunakan ISA untuk menahan mana-mana ahli parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat
  3. Diingatkan agar BN tidak mengunakan “darurat” atau polis bagi mengagalkan usaha Pakatan Rakyat membentuk kerajaan
  4. Diingatkan agar BN tidak menghalang, seperti mengadakan sekatan jalan raya bagi menghalang ahli parlimen ke parlimen pada tempoh ditetapkan nanti.

Panas semakin panas…Malaysia Baru akan muncul!!

September 16, 2008

Maklumat yang diperolehi, Dato Seri Anwar akan berjumpa dengan Pak Lah bagi membincangkan soal peralihan kuasa agar peralihan kuasa yang akan berlaku berjalan dengan aman dan tenang. Dato Seri Anwar juga akan mengadakan sidang media khas sekitar jam 11pagi 16 Sept bagi menerangkan lebih detail akan peralihan kuasa tersebut.

Rakyat Malaysia kian teruja, penyokong Pakatan Rakyat pasti berdebar-debar umpama debar pengantin lelaki yang mahu mengangkat nikah dihadapan tok kadi. Penyokong Barisan Nasional terus bernafas kencang umpama menunggu hukuman mati.

Seluruh Malaysia bahkan mungkin seluruh dia sedang ternanti-nanti apakah kesudahan yang bakal terjadi dalam kancah politik Malaysia dalam tempoh 2,3 hari ini atau mungkin hanya dalam tempoh kurang dari 24 jam ini. Apakah titanic Umno dan Barisan Nasional yang kian parah itu akan terus tenggelam atau berjaya diselamatkan. Jika ya Titanic Umno itu pasti tenggelam, kemanakah agaknya akan pergi nahoda-nahodanya?? Adakah mereka akan terus tenggelam dan “terpenjara” didasar lautan atau akan berusaha berenang mencari tepian agar boleh terus meneruskan kehidupan.

Jika apa yang diimpikan oleh Pakatan Rakyat ini menjadi kenyataan, pastinya sejarah baru dalam lanskap politik Malaysia akan tercipta. Buku-buku teks sejarah dan pengajian am sekolah-sekolah akan dicetak semula bagi menambah faktanya.

Namun yang pasti, rakyat Malaysia pada saat ini ternanti-nanti dengan penuh debaran dan kegelisahan. Mungkin dalam tempoh 2 atau 3 hari lagi atau mungkin dalam masa 24 jam lagi. Segala persoalan yang terdapat dalam artikel yang anda baca ini akan terjawab oleh realiti.

Umno Makin Parah…seorang lagi Menteri letak jawatan

September 15, 2008

Hari ini sekitar pukul 2 petang Menteri Hal Ehwal Perundangan Datuk Zahid Ibrahim telah pun meletakkan jawatan sebagai menteri. Mengikut laporan beberapa sumber berita Datul Zaid meletakkan jawatan kerana kecewa dengan pihak kerajaan yang terus menggunakan ISA bagi menahan Ahli Parimen Seputeh Terasa Kok dan blogger terkenal Raja Petra Kamaruddin pada 12 Sept yang lalu. semalam Datuk Zahid membayangkan yang dia sanggup meletak jawatan dan hari ini beliau telah pun melakukannya.

Namun, atas faktor apakah yang menyebabkan beliau benar-benar mahu meletakkan jawatan, adakah alasan yang diberikan oleh beliau itu merupakan alasan yang jujur atau ada alasan lain yang cuba disembunyikan oleh beliau.

Beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan, menyebabkan Datuk Zahid meletak jawatan

  1. Sebab beliau kesal dengan sikap kerajaan yang terus menggunaka ISA dalam pemerintahan negera.
  2. Sebab beliau kecewa kerana tidak dapat mempertahankan jawatan ketua Umno bahagian Kota Bharu kerana gagal mendapat percalonan yang cukup.
  3. Sebab beliau telah bersedia untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Agak-agaknya yang mana satu????????