UMNO TEWAS DENGAN 5 ISU DAN BEBERAPA SUMPAH

Umum telah mengetahui, bukan sahaja rakyat Malaysia malahan seluruh dunia yang meneropong ke Permatang Pauh sepanjang tempoh kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu mengetahui yang Dato Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat telah memenangi pilihanraya kecil itu dengan begitu bergaya sekali dengan mendapat majoriti sebanyak 15671 pertambahan sebanyak 2272 majoriti dari PRU ke-12 yang lalu dan pada masa yang sama berjaya mengurangkan undi BN sebanyak 1426 daripada jumlah undi yang diperolehi oleh BN dalam PRU ke-12 yang lalu.

(Foto: anwaribrahimblog.com)

Walaupun Umno dan Barisan Nasional membawa lima (5) isu yang dikira besar bagi mereka, yang berbentuk serangan peribadi dan beberapa sumpah yang dibuat, Umno tetap tewas di Permatang Pauh. Bukan sahaja tewas, mereka juga gagal mengurangkan majoriti Dato Seri Anwar dan terpaksa menanggung malu kerana jumlah undi mereka juga turut berkurang. Antara isu-isu serangan peribadi yang telah dibawa oleh Umno di Permatang Pauh ialah:

Isu Liwat : Isu liwat ini menjadi modal politik utama umno sepanjang kempen di Permatang Pauh. Isu ini boleh dikatakan senjata pemusnah paling utama bagi umno untuk menggagalkan Dato Seri Anwar dalam pilihanraya tersebut. Isu liwat ini dicanang ke seluruh pelusuk bumi Permatang Pauh. Dalam kempen – kempen seharian mereka, mereka cuba mempengaruhi penduduk agar mempercayai Dato Seri Anwar terlibat dalam kes liwat ini dan mahu menunjukkan yang Dato Seri Anwar mempunyai nilai moral yang cukup rendah. Mereka menjatuhkan hukuman mendahului mahkamah kerana kes ini sedang berjalan di mahkamah. NAMUN MEREKA TETAP JUA GAGAL…..

Mendakwa Dato Seri Anwar egan orang Cina : Selain membawa isu liwat, mereka turut menyulami dengan isu yang mengatakan Dato Seri Anwar pada hari ini adalah agen kepada kaum cina. Mereka cuba menakut – nakutkan pengundi Melayu yang kononnya hak dan kedudukan orang Melayu akan terancam dan tergugat jika memilih Dato Seri Anwar yang mereka dakwa bertindak sebagai agen orang Cina. Dato Seri Anwar menjawab isu ini dengan tembakan yang tepat dengan mendakwa “Ya saya agen Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan. Saya agen rakyat!!” . Tembakan balas Dato Seri Anwar ini langsung tidak terjawab oleh Umno . MAKA MEREKA TETAP JUA GAGAL…..

Isu sumpah Saiful Bukhari : Sehari sebelum hari penamaan calon Saiful telah bertindak melakukan kononnya sumpah laknat yang mendakwa Dato Seri Anwar meliwat beliau. Modal ini juga merupakan senjata hebat bagi Umno bagi menyerang Dato Seri Anwar. Dan mereka kira kesan sumpah saiful ini akan memberikan impak positif bagi Umno di Permatang Pauh. Mereka mempertikaikan Dato Seri Anwar yang enggan bersumpah dan tidak putus – putus mencabar Dato Seri Anwar agar bersumpah. Dato Seri Anwar dengan tenang menjawab yang beliau pada bila-bila masa sahaja bersedia untuk bersumpah tetapi beliau terpaksa tunduk kepada arahan ulama-ulama besar seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang, Mufti Perak Dato Harun Sanni, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, dan beberapa ulama ternama, temasuk ulama ternama dunia Yusuf Al-Qardawi yang menghantar lima kajang surat yang melarang beliau dari bersumpah. Maka Dato Seri Anwar akur dengan arahan ulama-ulama besar ini dan tidak mengikut kehendak pihak yang mahukannya bersumpah seperti Ezam Mohd Noor, Khairy Jamaludin, ketua putera Umno dan Najib yang tidak berapa Ustaz sangat mereka ini. MAKA UMNO GAGAL JUGA LAGI….

Isu kuota 10% Uitm kepada bukan bumiputera : Isu atau modal ini meletus ketika kehangatan kempen di Permatang Pauh. Isu ini dilihat sebagai senjata tambahan bagi Umno bagi mengempur Dato Seri Anwar setelah senjata – senjata utama mereka dilihat kurang berkesan. Maka diupahlah pelajar – pelajar Uitm berdemostrasi dan berarak kesana – sini bagi menunjukkan kononnya nasib pelajar bumiputera kian terancam jika pemimpin dari Pakatan Rakyat berkuasa. Media seperti TV3 dan Utusan Malaysia mencanang sesungguhnya isu ini dengan harapan dapat mengalihkan undi kaum Melayu di Permatang Pauh kepada Umno. Namun Tan Sri Khalid Menteri Besar Selangor yang bertanggungjawab mengutarakan isu ini dengan tenang menjawab segala tuduhan – tuduhan tersebut kepada penduduk Permatang Pauh. Beliau menerangkan yang kenyataan yang dikeluarkan olehnya berkenaan isu Uitm itu telah diputar belitkan media. Apa yang beliau maksudkan dengan 10% itu bukanlah mahu membuka Uitm sebanyak 10% dengan begitu sahaja kepada bukan bumiputera. Sebaliknya beliau cadangkan agar satu atau dua jurusan yang berpontensi dibuka sebanyak 10% kepada bukan bumiputera dan pelajar asing dari luar negara agar mereka boleh bersaing dalam jurusan yang terpilih itu. Pelajar – pelajar yang bakal dipilih ke jurusan itu pula hanya anak Melayu yang benar-benar pintar, anak Cina yang pintar, India yang pintar dan pelajar asing yang benar-benar berkelayakan. Ini akan menjadikan pelajar-pelajar itu tadi berpotensi hingga ke peringkat antarabangsa. Bukan sahaja pelajar malahan Uitm itu sendiri akan terjulang namanya di persada antarabangsa. Maka tidak terjawab mereka, apa tah lagi bila Tan Sri Khalid mengingatkan yang sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Tun Dr Mahathir juga pernah mencadangkan Uitm ini dibuka kepada bukan bumiputera tetapi pada waktu itu tidak ada siapa pun yang membantah. Selepas itu Umno terus membisu dalam isu ini hingga ke hari ini kerana tempoh kempen dah habis. MAKA GAGAL JUGALAH UMNO INI……

Isu rasuah Exco Perak dari PKR : Isu ini timbul pada saat – saat akhir kempen politik mereka di Permatang Pauh. Isu atau modal politik ini boleh dilihat sebagai senjata ringan pada Umno untuk membedil Dato Seri Anwar pada saat – saat mereka kehabisan senjata – senjata utama. Mereka terus menembak dengan mengunakan isu ini secara membuta tuli dengan harapan, kalau tidak berjaya membunuh sekurang – kurangnya dapat mencederakan Dato Seri Anwar dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Namun dengan pengakuan dua exco ini yang mendakwa mereka diperangkap dan tuduhan yang bercanggah dengan tempat kejadian membuat pengundi mempertikai tuduhan rasuah terhadap dua orang exco Perak ini dan melihat ianya satu konpirasi politik jahat Umno. Dua orang exco tersebut juga bertindak menyaman BPR kerana tindakan BPR ini. MAKA UMNO TERUS GAGAL LAGI…..

Setelah kehabisan senjata – senjata hebat mereka seperti bom, peluru, motar, M-16, dan senjata-senjata ringan yang lain di medan kempen Permatang Pauh, Umno sudah hilang punca dan tidak tahu bagaimana mahu meneruskan pertempuran sedangkang tempoh bertempur masih ada lagi lebih kurang 2,3 hari. Mahu mereka bertumbuk menggunakan tulang empat kerat malang mereka tidak pandai bersilat. Tenteranya juga ramai yang sudah mati dan cedera parah. Cuma panglimanya saja yang hanya mengalami luka – luka dan calar – calar dan masih lagi mampu untuk berdiri. Panglima Umno di Permatang Pauh di iaitu Najib mahu terus menggempur Dato Seri Anwar . Walaupun sudah kehabisan peluru dia membuat keputusan untuk bertempur menggunakan pisau yang tersisip di pinggang. Pisau yang dimaksudkan ialah “SUMPAH”

Maka Najib pun dengan bersusah payah terus bergerak ke Masjid Guar Perahu dan bersumpah dihadapan jemaah masjid dengan mendakwa dia tidak mengenali Altantuya. Dengan ayat sumpah yang dipelajari dari menonton sumpah Saiful yang ditayangkan berpuluh kali oleh TV3 maka Najib berjaya menghafal ayat tersebut. Najib kira dengan sumpahnya itu berjaya menghunus tepat ke perut Dato Seri Anwar sekurang – kurangnya boleh menyebabkan Dato Seri Anwar mengalami cedera parah dan gagal menghabiskan tempoh kempen yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tidak cukup dengan satu sumpah Najib, beliau juga mendapat bantuan dari sahabatnya di Perak iaitu bekas Menteri Besar Perak Tajol Rosli yang turut bersumpah dengan ayat yang sama setelah menonton Saiful bersumpah melalui TV3. Sumpah ini bertujuan mengatakan yang Tajol Rosli tidak melakukan konpirasi terhadap dua exco Perak yang dituduh rasuah tadi.

Nah!!! kini Najib mendapat semangat baru, maka dipanggil Utusan dan TV3 dengan menyuruh mereka menyampaikan maklumat kepada Ketua Genaral Besar mereka iaitu Abdulallah Ahmad Badawi dan seluruh rakyat Malaysia yang kononya kemenangan di Permatang Pauh adalah milik Umno dan Barisan Nasional. Najib kira kali ini, Dato Seri Anwar bukan sahaja sudah cedera parah tetapi sudah terlantar mengerang kesakitan yang amat sangat.

Tapi malangnya perkiraan Najib silap, dalam tempoh 48jam sebelum pertempuran atau kempen di Permatang Pauh tamat, Dato Seri Anwar dan jentera Pakatan Rakyat telah menghantar “Outomik Bom” ke kubu Najib di Permatang Pauh. Impak atau kesan radioaktif bom ini bukan sahaja terasa di kubu umno di Permatang Pauh malahan turut merebak ke Kuala Lumpur dan hampir ke seluruh Malaysia.

“Outomik Bom” yang dihantar ke kubu Najib ialah pengakuan terbuka Imam Masjid Wilayah iaitu Ustaz Ramlang Porigi yang mendakwa beliau diarahkan oleh pihak atasan dan pegawai khas Najib untuk menjadi saksi kepada sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful sehari sebelum penamaan calon. Pengakuan ini dilakukan sendiri oleh Ustaz Ramlang Porigi di atas pentas Pakatan Rakyat di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat dan pengundi Permatang Pauh.

Kesan ledakan “Outomik Bom” atau pengakuan ini begitu hebat hingga tidak terkawal oleh Najib dan pendekar cabuknya seperti Ezam dan Khairy. Walaupun mereka cuma mengunakan Utusan, TV3 dan beberapa media arus perdana bagi mengawal dan menyekat kesan ledakan ini dari merebak namun ianya tetap gagal.

Natijahnya Najib dan pasukannya terpaksa mengankat bendera putih tanda tewas dan terpaksa membungkus segala sisa yang ada untuk berundur dari medan pertempuran dan pulang ke Kuala Lumpur. Ini dapat dilihat pada hari perjumlahan undi, seorang pun wakil dari Umno atau Barisan Nasional tidak ada di dewan Intitut Tunku Bainun dimana perjumlahan undi sedang berlangsung. Calon yang bertanding iaitu Arif Shah juga tidak kelihatan. Bukan itu sahaja seorang penyokong Umno pun tidak ada di padang Intitut Tunku Bainun bagi menunggu keputusan undi diumumkan.

Lebih malang lagi, tentera – tentera Gurgha upahan Umno di Permatang Pauh yang ditugaskan bertempur untuk menyebarkan risalah-risalah dan vcd-vcd fitnah, merempit membawa bendera umno, menjerit di tepi-tepi jalan, menonggeng punggung pada hari penamaan calon dan pelbagai lagi tugas mengamuk di pejabat Umno Permatang Pauh pada waktu keputusan semasa pengundian diumumkan.

Mereka mengamuk bukan kerana kecewa setalah kalah perang, tetapi mereka mengamuk kerana upah mereka sebagai tentera upahan Umno di Permatang Pauh tidak dibayar. Macam mana nak bayar panglima dan general – general mereka pun awal-awal lagi dah cabut, maka tinggallah tentera – tentera upahan ini terkontang – kanting dekat Permatang Pauh ni, kesian…..sudah jatuh ditimpa tangga pulak….

p/s saya kurang menekankan watak Arif Shah walaupun beliau sebenarnya calon BN di Permatang Pauh kerana Najib yang lebih menonjol peranannya di Permatang Pauh berbanding calon sebenar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: