Tamat sudah kempen di Permatang Pauh

Pada waktu saya menulis ini jam lebih kurang pukul 3.11 minit pagi 26 Ogos 2008. Ini menandakan tempoh kempen yang bermula pada 16 Ogos yang lalu sudah tamat tepat pada jam 12.00 malam tadi.

Saya yang baru pulang dari berkempen pada saat-saat akhir buat Dato Seri Anwar di Permatang Pauh tadi menyaksikan mood pengundi di Permatang Pauh memang berpihak kepada Parti Keadilan Rakyat.

Walaupun hujan mula turun pada sekitar pukul 9.00 malam tadi, saya tetap dapat menyaksikan bendera-bendera parti Keadilan rakyat tetap gah berkibar di Permatang Pauh. Anak – anak muda berarak menaikki motosikal dengan membawa bendera Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP dalam keadaan hujan yang agak lebat.

Ini menunjukkan sikap anak muda pakatan rakyat tidak mempedulikan hujan yang membahasi diri mereka dari terus mengibarkan panji parti keadilan rakyat. Mereka tidak mendapat habuan apa – apa pun dari parti Keadilan rakyat baik dari segi duit minyak,tshit atau sebagainya. Sebaliknya mereka melakukan semua itu dengan suka rela.

Apa yang menarik perhatian saya di Permatang Pauh tadi, anak muda yang menyokong umno hanya memilih untuk berteduh di bawah hingway dan kedai-kedai makan dan enggan mengibarkan bendera parti mereka kerana hujan pada waktu itu. Ini jelas membezakan jiwa anak muda dari pakatan rakyat dan barisan nasional.

Sempat saya meninjau disekitar Highway Jalan Baru yang mana pada waktu itu sedang berlangsung ceramah perdana yang merupakan kempen terakhir Dato Seri Anwar dalam pilihanraya kecil permatang pauh ini. Apa yang mengejutkan saya, belum pernah saya menyaksikkan keadaan hingway jalan baru itu sesak sebegitu teruk malam tadi. Umat manusia berpusu – pusu mahu pergi menyaksikan dan mendengar ceramah yang terakhir dalam kempen pilihanraya ini.

Apa yang lebih menarik, pada waktu itu hujan turun agak lebat, tetapi pelbagai kaum Melayu, cina dan India berpusu – pusu memasuki kawasan ceramah berhampiran hingway jalan baru tersebut dalam keadaan basah kuyup dan ada yang sanggup berbaju hujan dan berpayung bagi mendengar amanat dari Dato Seri Anwar Ibrahim.

Jujur saya menulis disini, saya yang tinggal begitu hampir dengan permatang pauh ini dan hampir setiap malam saya tidal pernah terlepas dari kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pauh, tidak pernah sekali pun saya menyaksikan ceramah dari Umno yang dihadiri sebegitu banyak pengunjung. Sekecil – kecil jumlah pengunjung ke ceramah Pakatan Rakyat, tetap tidak mampu disaingi oleh sebesar – besar jumlah pengunjung ke ceramah umno.

Apa pun saya sedar, jumlah kedatangan hadirin yang begitu ramai dalam setiap siri ceramah Pakatan Rakyat tidak seharusnya diukur 100% dalam menentukan kemenangan besar Dato Seri Anwar. Apa yang tinggal cuma dengan izin Allah dan usaha pengundi di Permatang Pauh untuk mengundi Dato Seri Anwar yang akan menentukan kemenangan atau kekalahan, kemenangan besar atau kecil Dato Seri Anwar pada esok hari.

Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat bukan sahaja terpaksa berdepan dengan Arif Shah dan Umno, tetapi seluruh jentera kerajaan yang lain termasuk polis, media dan lain-lain lagi. Kemenangan Dato Seri Anwar begitu besar nilainya bukan sahaja di Permatang Pauh tetapi juga kepada seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: