Pertempuran Sebenar Bermula

Semalam 16 Ogos 2008 telah berlakunya proses penamaan calon yang diadakan di Maktab Perguruan Tunku Bainun. Dengan ini Dato` Seri Anwar Ibrahim dengan sah telah diterima sebagai calon dari Parti Keadilan Rakyat yang akan bertanding dalam piliharaya kecil tersebut yang akan diadakan pada 26 Ogos 2008 ini.

Dapat disaksikan hampir 100 000 penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di Maktab Perguruan Tunku Bainun semalam bagi menyatakan sokongan mereka kepada bakal perdana menteri Malaysia Dato` Seri Anwar Ibrahim. Mereka datang tidak ditaja dari mana – mana pihak sebaliknya mengeluarkan duit poket sendiri bagi datang menyatakan sokongan mereka.

Berbeza dengan penyokong barisan nasional yang datang dengan diangkut oleh bas yang telah disiap sediakan oleh Umno dan Barisan Nasional dan mungkin turut mendapat duit poket.

Ini bezanya penyokong sejati yang dahagakan keadilan dengan penyokong umno yang dahagakan wang dan imbuhan. Bendera parti – parti pakatan rakyat berkibar hampir disetiap pelusuk bumi Mengkuang pagi itu menunjukkan rakyat tidak termakan dengan fitnah dan pelbagai taktik kotor umno dan barisan nasional.

Kini kempen secara sah telah bermula, perang poster telah bermula awal sebelum penamaan calon lagi. Perubahan dalam sistem politik Malaysia dalam membawa harapan baru untuk Malaysia akan bermula di Permatang Pauh.

Moga Allah SWT mengizinkan Dato` Seri Anwar menjadi pemenang dalam pilihanraya tersebut kerana rakyat Malaysia mahu melihat Dato Seri Anwar melangkah segak ke Parlimen sebagai ahli dewan rakyat pada 27 Ogos 2008 nanti, seterusnya terus mara ke Putrajaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: