Ahli Parlimen BN yang akan “lompat” bakal tentukan nasib DSAI

Dengan kemenangan Dato Seri Anwar dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh ini nanti belum cukup untuk mengubah nasib Dato Seri Anwar daripada terus difitnah dan dianiayai dengan pelbagai tuduhan dan keaiban bagi menjatuhkan beliau dan memusnahkan masa depan politik beliau.

Ini kerana jika Dato Seri Anwar masuk dalam Dewan Rakyat sebagai ahli parlimen sekalipun, perbicaraan kes liwatnya masih berjalan di mahkamah. Pihak Umno dan Barisan Nasional akan mengunakan mahkamah yang sememangnya telah dikawal oleh mereka selama ini bagi menyingkirkan Dato Seri Anwar dari kerusi parlimen dengan berusaha memastikan Dato Seri Anwar didapati bersalah oleh mahkamah. Dato Seri Anwar akan hilang jawatannya sebagai ahli parlimen apabila didapati bersalah oleh mahkamah dan akan hilang hak untuk bertanding dalam pilihanraya selama lima tahun lagi. Ini akan memusnahkan terus masa depan politik Dato Seri Anwar Ibrahim.

Mungkin sekarang ini pihak Umno dan BN sudah mula akur bahawa kemaraan Dato Seri Anwar ke parlimen sudah tidak boleh dibendung lagi. Apa yang perlu mereka fikirkan sekarang, ialah bagaimana untuk mengunakan mahkamah bagi memastikan Dato Seri Anwar tidak akan kekal lama di parlimen nanti. Oleh itu mereka sedaya upaya akan memastikan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap Dato Seri Anwar. Semuanya bagi memastikan kemaraan Dato Seri Anwar akan terhenti setakat parlimen sahaja dan tidak mampu lagi mara ke Putrajaya.

Oleh itu apabila kemaraan yang pertama iaitu ke Parlimen ini berjaya, Dato Seri Anwar mesti bersungguh-sungguh melakukan kemaraan yang kedua iaitu ke Putrajaya. Kemaraan ke Putrajaya jaya ini tidak akan berhasil dan tidak akan berjaya jika tiada ahli parlimen dari Barisan Nasional “melompat” ke Pakatan Rakyat.

Jika kemaraan pertama keputusannya bergantung kepada pengundi di Permatang Pauh, kemaraan kedua pula adalah bergantung kepada Ahli Parlimen BN yang mahu “melompat” parti atau tidak.

Jika kemaraan yang kedua ini berjaya, iaitu dengan kesanggupan Ahli Parlimen BN “melompat” ke Pakatan Rakyat, baru nasib Dato Seri Anwar 100% selamat. Ini kerana UMNO dan BN yang sudah menjadi pembangkang pada waktu itu sudah tidak mampu lagi menguasai Mahkamah, Polis, Media, Kewangan Negara dan Jentera Kerajaan yang lain.

Dato Seri Anwar yang menjadi Perdana Menteri pada waktu itu pasti akan membesihkan badan kehakiman, polis, media dan lain-lain badan kerajaan. Polis juga pasti tidak mampu untuk “mereka cipta” bukti palsu lagi, kerana bapak-bapak menteri UMNO yang membela dan memelihara mereka selama ini sudah tidak ada. Badan kehakiman pasti akan menjadi lebih telus dalam menjalankan perbicaraan dan segala kebabrokkan, kejahatan dan penyelewangan selama 50 tahun UMNO dan BN memerintah akan terbongkar.

Oleh itu jika Dato Seri Anwar mendapat kemenangan di Permatang Pauh kelak ianya bukan kemenangan penuh dan selamat sepenuhnya lagi. Kemenangan yang kedua iaitu dengan kemasukan ahli parlimen BN ke Pakatan Rakyat yang akan membawa Pakatan Rakyat itu ke Putrajaya adalaha merupakan kejayaan sepenuhnya bagi Dato Seri Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: