Mahkamah Akan Jadi Jentera Kempen UMNO/BN Di Permatang Pauh

Pilihanraya di Parlimen Permatang Pauh yang bakal berlangsung pada 26 Ogos 2008 ini bakal menyaksikan Umno menggunakan semua yang ada didalam negara ini sebagai jentera kempen mereka. Selain SPR, pasukan polis dan media yang sememangnya akan (foto: malaysiakini.com)

menjadi jentera Umno dalam tempoh kempen nanti, mahkamah juga akan menjadi jentera untuk atau dengan kata lain mahkamah juga akan turut sama berkempen bagi pihak Umno di Permatang Pauh nanti.

Mulai esok Dato Seri Anwar Ibrahim akan dihadapkan ke mahkamah bagi tuduhan liwat yang difitnah terhadapnya. Kemungkinan Dato Seri Anwar boleh dijamin atau tidak masih lagi 50:50 ini kerana mengikut perundangan, kes liwat, rogol dan sewaktu dengannya selalunya tidak boleh dijamin. Tetapi sama ada Dato Seri Anwar boleh dijamin atau tidak Umno tetap boleh menggunakan mahkamah yang bakal menjalankan perbicaraan terhadap Dato Seri Anwar kelak sebagai jentera kempen mereka di Permatang Pauh.

Saya katakan demikian kerana, sewaktu perbicaraan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Dato Seri Anwar diadakan pasti akan keluar kenyataan-kenyataan atau keterangan yang mengaibkan oleh pendakwa Saiful terhadap tertuduh Dato Seri Anwar. Saiful pasti akan mendakwa yang dia diliwat oleh Dato Seri Anwar dan menceritakan (cerita yang telah disiapkan oleh polis) secara jelas dan terperinci sewaktu perbicaraan dijalankan dan cerita ini pasti akan mengaibkan Dato Seri Anwar. Kenyataan – kenyataan Saiful itu pasti akan disokong oleh media tempatan dan digembar-gemburkan bagi melihatkan seolah-olah apa yang dikatakan oleh Saiful itu adalah benar. Perkara ini pasti akan menguntungkan Umno kerana pada tempoh itu mereka sedang giat berkempen. Kenyataan – kenyataan dari mahkamah ini pasti akan memberi keuntungan kepada Umno terutama bagi menarik undi golongan atas pagar yang terdapat di Permatang Pauh.

Tidak mustahil dalam tempoh berkempen nanti yang berjalan serentak dengan perbicaraan mahkamah, Utusan Malaysia akan menjadikan kenyataan – kenyataan dalam mahkamah seperti “Anwar tonggeg punggug saya-Saiful” sebagai berita muka hadapan akhbar mereka. Dan kenyataan – kenyataan dari pihak Saiful dari mahkamah pasti akan disokong oleh media bagi mempengaruhi pengundi di Permatang Pauh.

Saya percaya perkara ini pasti akan terjadi dan pihak Umno akan mengekplotasi segala satement mahkamah yang berpihak kepada mereka sebagai modal kempen mereka di Permatang Pauh. Moga rakyat Permatang Pauh matang dalam menghadapi serangan dan manipulasi statement mahkamah yang bakal dilakukan oleh Umno kelak.

One Response to “Mahkamah Akan Jadi Jentera Kempen UMNO/BN Di Permatang Pauh”

  1. Osama Says:

    Salam saudara Blog,
    Itu lah masaalah terbesar Umat Islam Malaysia,terusterang kite di Spura terlalu hairan dan sampai menjadi buah mulut diserata tempat bahkan kaum melayu di sini dipersendakan dgn bangsa asing.Gelak ketawa mereka melihat kebodohan rakyat Malaysia terutama rakyat MELAYU nye sangat sedih di HINA sedemikian rupa.Nak salahkan mereka pon tak bole kerana ape yang mereka[bangsa asing]katakan itu malah tersangat benar.Melayu Malaysia hanye minority saja yang bijak pandai.Itu pon selepas encikDSAI brainwash mereka.Tapi yang lain nye,mereka sampai tidak bole langsung menilai mane yg benar dan salah.Hairan sungguh..!!Islam mengajar kite agar menjadi bijak pandai walaupon mungkin gagal dlm pelajaran secular tapi sekurang2nye bijak pandai dalam menilai sesuatu yg berlaku di sekeliling.Mungkin ini lah yg dikatakan Islam dari zahirnye tapi pada hakikat dan dr kacamata ALLAH,tidak di iktiraf keISLAMAN nye.Maka mati lah die sepertimana org2 kafir mati.Ini semue bole di rasekan dan terbuka hijab pada org2 MUKMIN yg bole pandang tembus.Tapi buat kite sekurang2nye kite tahu dan pasti bole menilai.Kerajaan UMNO mu telah dengan terang dan nyata membohongi semue tuduhan2 terhadap encik Anwar dan manusia yg bukan beragama Islam pon dapat mengetahui apelagi kite sebagai umat ISLAM yg tulen.!Tapi sayang,sudah terang lagi nyata,masih mengaruk kepala rakyat Melayu Malaysia ini untuk menilai sesuatu.Sayang seribu kali sayang, umat yg katanye nye memperjuangkan Islam tetapi ternyata MUNAFIK dan bodoh.!!Ini semua adalah kerja Allah yg membuatkan rakyat Malaysia jadi begini mungkin kerana KEMUNAFIKAN nye.MASHA ALLAH..
    WASSALAM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: