Tindakan Provokrasi Di Seberang Jaya

Tindakan kekerasan ke atas seorang wartawan sewaktu program Ceramah Perdana Dato Seri Anwar Ibrahim di Tapak Ekspo Seberang Jaya yang pada 3 Ogos 2008 yang lalu kemungkinan besar adalah tindakan provokrasi pihak tertentu bagi menimbulkan kekacauan di program tersebut dan bagi menjejaskan imej Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya kecil di Parlimen Permatang Pauh yang akan diakan bila-bila masa dari sekarang.

Saya sendiri yang bertugas sebagai sukarelawan bersama “unit ehsan” pada malam itu percaya tindakan memukul wartawan tersebut bukan dilakukan oleh petugas keselamatan yang bertugas pada malam itu. Cuba perhatikan gambar di atas. Dua individu, seorang yang memakai jekat hitam dan seorang lagi yang memakai topi, mereka itu jelas bukan daripada kalangan petugas yang bertugas pada malam itu.

Kami yang bertugas pada malam itu memakai pakaian khas atau “vest” khas yang disediakan oleh pihak parti. Petugas dari Unit Ehsan akan memakai Vest berwarna kuning, petugas UKP dan AMK memakai Vest berwarna biru gelap yang tertera UKP atau AMK di belakang.Dalam gambar sebelah kiri/bawah menunjukkan petugas yang memakai Vest biru gelap dari UKP cuba melindungi wartawan tersebut dari dipukul oleh individu yang memakai jekat hitam yang tak dikenali tersebut. Gambar sebelah kanan/atas menunjukkan lelaki yang bertopi yang tidak memakai Vest petugas, mencekik wartawan tersebut. Kedua – dua lelaki tersebut langsung tidak dikenali oleh kami yang menjadi petugas pada malam itu. Jelas kelihatan seorang petugas AMK yang memakai Vest cuba menarik lelaki yang tidak dikenali itu bagi menghalangnya dari terus mencekik wartawan tersebut. Saya tegaskan individu yang memukul wartawan itu bukan dari unit keselamatn PKR, mereka ini langsung tidak kami kenali.

Pada malam kejadian kami petugas sedang mengawal Dato Seri Anwar yang sedang berada di dalam kereta untuk keluar dari Tapak Ekspo setelah selesai program pada malam itu dengan mengelilingi kereta beliau. Beberapa wartawan turut berada berdekatan dengan kereta Dato Seri Anwar bagi mengambil gambar Dato Seri Anwar yang sedang bersalam dengan penyokong melalui dari dalam kereta.

Keadaan pada waktu itu agak tegang dengan asakan dari penyokong dan wartawan, dan kami mengawal bagi mengelak ada pihak datang menghampiri terlalu dekat dengan kereta Dato Seri Anwar bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku. Ketika sampai di pintu gerbang kami ada mendengar rungutan dari seorang petugas AMK yang mengatakan ada seorang wartawan yang terlalu agrasif mengambil gambar dan ada beberapa petugas cuba menghalang tindakan agrasif wartawan tersebut tetapi bukan dengan kekerasan.

Selepas itu kami terus mengiringi kereta Dato Seri Anwar terus ke atas highway. Apabila kami pandang ke belakang dilihat ramai orang mengerumuni wartawan tersebut dan pada waktu itu ramai petugas baru selesai mengiringi kereta Dato Seri Anwar ke atas highway. Ada beberapa petugas disitu cuba meleraikan pergelutan tersebut dan ianya dapat dileraikan dalam masa yang singkat. Saya sendiri dapat lihat pergelutan itu ketika berjalan masuk ke tapak eskpo selepas mengiringi kereta Dato Seri Anwar. Pergelutan itu berlaku kurang dari seminit dan berjaya dileraikan oleh unit petugas. Pegawai polis yang berada berhampiran disitu pun tidak sedar ada berlaku pergelutan di situ.

Selepas itu dua individu yang tidak dikenali itu hilang entah kemana. Yang pastinya ramai petugas tidak menyedari akan berlaku pergelutan tersebut dan langsung tidak mengenali dua individu yang bertidak ganas kepada wartawan seperti dalam gambar di atas. Sebab itu saya katakan kemungkinan wujud provikrasi bagi mencemarkan program Pakatan Rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: