Ahli Umno Berebut Nak Bertanding Di Permatang Pauh

Sama ada kita sedar atau tidak, laporan akhbar akhir-akhir ini mengambarkan dan menunjukkan seolah ada perebutan dalam kalangan pihak Umno untuk bertanding di Permatang Pauh. Ezam, individu pertama yang menawarkan diri untuk bertanding di Permatang Pauh, Pak Lah seakan-akan merelakan Ezam bertanding di situ. Najinb dan kumpulannya juga seolah-olah sudah mempunyai calon sendiri untuk diletakkan. Bekas Imam masjid negara Ustaz Pirdaus(sepak tong) yang sudah dua kali tewas di Permatang Pauh dengan nada rendah diri dan malu – malu kucing berkata bersedia untuk bertanding di Permatang Pauh. Baru-baru ini ketua umno cawangan permatang pauh Dato Jalil yang kalah teruk di kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang sekarang dengan tegas mengatakan mahu “anak tempatan permatang pauh” bertanding di situ.Dengan nada beliau ini pun kita sendiri boleh membaca sebenarnya dia mahu dirinya yang dicalonkan untuk bertanding di Permatang Pauh.

Kenapa mereka berebut?? pertama sekali kerana hendakan kuasa seperti mana yang memang kita tahu. Tetapi yang keduanya mungkin mereka berebut kerana mungkin pihak Suruhanjaya Pilihanraya SPR sudah menjanjikan kemenangan kepada pihak UMNO di Permatang Pauh. Ini yang kita bimbangkan. Kita sememangnya tahu SPR dalam sejarahnya menguruskan piliharaya terutamanya pilihanraya kecil begini memang banyak perkara yang boleh dipertikaikan. Jika calon umno yang bertanding kelak menang di permatang pauh,sahamnya akan melambung naik dalam umno dan masa depannya begitu cerah dalam umno untuk memegang jawatan-jawatan besar dalam umno. Dan mungkin kemenangan pula telah dijanjikan oleh SPR maka sebab itulah mereka-mereka ini berebut-rebut untuk bertanding.

Moga Allah dapat memelihara pilihanraya ini agar ianya dapat dijalankan dengan tulus,bebas dan adil. Biarkan juak-juak umno itu berebut bersepak terajang bersama mereka dalam merebut menjadi calon. Yang penting kita dalam Pakatan Rakyat terus mengukuhkan jentera kita dan menggerakkan seluruh keringat kita mulai saat ini agar perjalanan ke Putrajaya semakin lancar dan bersinar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: