APA MODAL POLITIK UMNO/BN DI PERMATANG PAUH??

Seperti yang boleh kita ramalkan puak-puak Umno dan Barisan Nasional pada saat ini akan dan sedang sibuk dengan proses “brainstorm” untuk mencari idea dan modal politik untuk berkempen di Permatang Pauh kelak. Pastinya Masjlis Tertinggi Umno sedang bermati-mati mencari modal apakah yang boleh menjadi senjata mereka yang paling hebat di Permatang Pauh. Apa pun saya sebagai orang muda dalam Malaysia ini dapat meramalkan modal-modal Umno dan Barisan Nasional dalam menjalankan kempen untuk mengeliru dan memperbodohkan pengundi di Permatang Pauh terutamanya penduduk luar bandar adalah seperti berikut.

1.Membangkitkan Sintemen Perkauman: Modal politik ini sememangnya sudah sebati dengan umno yang merupakan parti perkuaman yang sangat menebal. Sudah pastinya api perkauman ini akan dibangkitkan dalam kalangan pengundi dan penduduk Melayu di Permatang Pauh. Mereka akan cuba menimbulkan satu perasaan tidak selesa dalam kalangan penduduk Melayu di Permatang Pauh berkenaan dengan hak dan nasib orang Melayu. Mereka akan cuba menakut-nakutkan orang Melayu dengan mengatakan nasib hak orang Melayu kini semakin terjejas lebih-lebih lagi di Pulau Pinang. Pasti mereka akan membuatkan orang Melayu di Permatang Pauh gusar dengan mengatakan DAP yang memerintah Pulau Pinang adalah parti yang amat anti dan bencikan Melayu. Mereka juga menuduh PKR adalah alat tungangan DAP, mengundi PKR bermakna mengundi DAP dan membenarkan orang Melayu menjadi boneka di negeri sendiri.Mereka juga akan mengancam jika Dato Seri Anwar menjadi Perdana Menteri dan diperintah oleh Pakatan Rakyat mereka akan menyama tarafkan setiap kaum di negara ini dan ini akan membuatkan hak istemewa orang Melayu hilang.

2. Mengatakan Dato Seri Anwar Ibrahim Agen Amerika dan Yahudi: Mereka pastinya tidak akan ketinggalan dalam mengunakan modal ini. Dengan kebencian orang Islam terhadap US akibat tindakan tegas US terhadap Iraq,Iran dan negara-negara Islam yang lain membuatkan modal ini cukup cantik buat Umno menjajanya bagi memburukkan nama Dato Seri Anwar. Mereka pastinya akan menggunakan teguran pihak US terhadap Malaysia berkenaan kes liwat Dato Seri Anwar sebagai fakta yang mengatakan Dato Seri Anwar agen US dan hamba US serta sanggup mengadaikan maruah dan kedaulatan negara. Seperti yang selalu kita dengar mereka akan mengatakan nasib negara kita akan menjadi seperti Iraq jika Dato Seri Anwar menjadi perdana menteri. Mereka juga akan mengatakan Dato Seri Anwar bersubahat dengan pemimpin-pemimpin Yahudi dengan kepentingan peribadi beliau.

3.Mengatakan Dato Seri Anwar Penakut kerana lari ke Kedutaan Turki: Modal ini adalah yang terbaru bagi menjejaskan imej dan kredibiliti Dato Seri Anwar sebagai pemimpin pembangkang. Pastinya mereka akan mengatakan jika Dato Seri Anwar berani dia tidak akan lari dan bersedia berhadapan dengan semua dugaan.Mereka akan mengatakan sikap itu menunjukkan Dato Seri Anwar bukan pejuang yang sebenar kerana lari bersumbunyi dalam keadaan macam begitu.Mereka pasti akan memperlekahkan kemampuan Dato Seri Anwar untuk membela semua rakyat di Malaysia dan melebalkan Dato Seri Anwar sebagai penakut dan bukan pejuang sejati. Mereka juga akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat dengan mengatakan “jika benar dia tak buat kenapa dia lari?”

4.Mengatakan Anwar Memang Terlibat Dengan Liwat: Modal ini sudah pastinya akan digunakan oleh puak Umno bagi mengelirukan rakyat di Permatang Pauh. Mereka akan mempertikaikan Dato Seri Anwar yang enggan bersumpah dengan Al-Quran seperti mana yang dituntut oleh pihak tertentu.Meraka pastinya akan mengelirukan rakyat dengan mengatakan Dato Seri Anwar takut untuk bersumpah kerana beliau benar bersalah. Mereka akan mengelirukan masyarakat di Permatang Pauh dengan mendakwa keengganan Dato Seri Anwar memberikan DNA nya membuktikan yang Dato Seri Anwar memang terlibat dalam kes liwat itu. Mereka juga akan mendakwa Dato Seri Anwar sering berdolak dalih dan enggan memberi kerja sama kepada polis.Semua ini akan mereka lakukan bagi menimbulkan keraguan dalam diri pengundi di Permatang Pauh terhadap Dato Seri Anwar yang bertanding di situ.

5.Mengatakan Dato Seri Anwar Gila Untuk Jadi Perdana Menteri: Modal ini sudah semestinya akan digunakan sebagai kesimpulan kepada semua modal-modal yang sebelumnya tadi. Mereka akan menyatakan apa yang Dato Seri Anwar lakukan ini bukanlah untuk rakyat dan orang Melayu seperti yang dilaung-laungkannya tetapi semata-mata untuk memenuhi impiannya menjadi perdana menteri.Kekeliruan akan cuba ditimbulkan dan pihak Umno ini mahu rakyat ragu-ragu terhadap Dato Seri Anwar. Selain modal-modal busuk ini semua mungkin ada juga modal yang lebih busuk akan digunakan oleh Umno bagi memenuhi nafsu mereka yang kita sendiri kadang-kadang tidak terfikir.

JAWAPAN KEPADA ISU-ISU/MODAL YANG BAKAL DIBANGKITKAN UMNO DI PERMATANG PAUH

1. Tentang Sintemen Perkauman: Orang Melayu khususnya di Permatang Pauh tidak perlu gusar dan bimbang dengan isu ini tentang nasib orang Melayu ini. Adakah kita sedar sebelum pilihanraya umum yang lalu Umno langsung tidak bersungguh membicarakan tentang nasib orang Melayu ini kerana pada waktu itu Umno begitu kuat dengan mendapat kemenangan besar dalam PRU 2004 mereka langsung tidak berminat tentang nasib orang Melayu.Hanya selepas PRU 2008 yang mereka kalah teruk menyebabkan mereka begitu galak menjerit tentang nasib orang Melayu.Yang kalah dan tergugat sekarang sebenarnya adalah UMNO dan BN manakala orang Melayu sudah mahu sampai ke punck kejayaan.Lebih membanggakan kemenangan dan kejayaan ini turut dikongsi dan diraikan bersama oleh kaum-kaum lain di Malaysia ini seperti Cina,India,Iban,Kadazan dan lain-lain.Ini adalah kemenangan kepada semua rakyat Malaysia dan kehancuran kepada Umno dan BN. Selama 50 tahun Umno dan BN memerintah negara ini, kadar kemiskinan dalam kalangan orang Melayu adalah paling ramai jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. 50 tahun Umno dan Bn memerintah kaum Melayu bukan sahaja terus terkebelakang dalam ekonomi tetapi turut terkebelakang dalam pendidikan,taraf sosial dan lain – lain lagi. Yang kaya dan yang senang hanyalah segelintir pembesar-pembesar Melayu dan Umno yang mendapat kesenangan dengan menindas rakyat. Jadi layakkah Umno dan BN ini membicarakan tentang nasib orang Melayu.

2. Tentang Dato Seri Anwar Ibrahim Agen Amerika dan Yahudi: Memang Dato Seri Anwar Ibrahim mempunyai hubungan serantau yang hebat dengan Amerika Syarikat tetapi beliau bukanlah agen atau barau Amerika seperti yang didakwa pihak Umno/Bn.Dato Seri Anwar diundang oleh Amerika untuk menjadi pensyarah khas jemputan di universiti-universiti di sana.Universiti-universiti di eropah yang merupaka antara universiti ternama dunia seperti Oxford dan Havard universiti turut mengundang Dato Seri Anwar yang Umno lebalkan sebagai penjahat ini sebagai pensyarah di sana bagi mendidik seluruh cendiakiawan dunia. Bank dunia turut mengundang Dato Seri Anwar sebagai penasihatnya. Dato Seri Anwar merupakan penasihat ekonomi dunia, orang Yahudi sendiri pun yang berada di Bank Dunia itu mendengar dan menerima nasihat Dato Seri Anwar. Betapa hebatnya anak Malaysia ini tapi sayang di negaranya sendiri beliau dianiaya. Satu perkara yang perlu kita ingat bukan sahaja Amerika yang mengambil tahu tentang Dato Seri Anwar tetapi seluruh dunia mengambil berat tentang nasib Dato Seri Anwar termasuk dari negara-negara Islam dan tokoh-tokoh ulama Islam ternama dunia. Semua mereka ini tahu dan kenal siapa Dato Seri Anwar. Tetapi Umno dan Bn tidak mahu menyebut yang ini.Mereka hanya menyebut tentang hubungan Dato Seri Anwar dengan Amerika bagi menimbulkan kebencian dari rakyat dan mahu mengelirukan rakyat.

3. Tentang Dato Seri Anwar Penakut kerana lari ke Kedutaan Turki: Dato Seri Anwar Ibrahim adalah individu paling akhir sekali untuk setuju pergi ke kedutaan turki pada 28 jun waktu laporan fitnah terhadapnya dibuat.Ini kerana pada waktu itu polis pada bila-bila masa sahaja boleh menangkap Dato Seri Anwar. Pemimpin-pemimpin parti Keadilan yang kebetulan sedang bermuasyarat di Qualiti Hotel Shah Alam itu menggesa dan mendesak Dato Seri Anwar berlindung bagi mendapatkan sedikit ruang untuk bernafas dan bertenang.Mereka tidak mahu peristiwa 1998 berulang dan tidak rela melihat Dato Seri Anwar dibawa dengan kereta polis. Ini kerana jika Dato Seri Anwar ditangkap pada waktu itu seluruh pemimpin parti keadilan dan pakatan rakyat tidak sempat berbuat apa-apa untuk bertindak terhadap fitnah ini dan keselamatan Dato Seri Anwar jelas sedang terancam pada waktu itu.Walaupun begitu Dato Seri Anwar selepas dipujuk hampir enam jam oleh seruluh pemimpin parti keadilan termasuk Tan sri Khalid Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah barulah beliau bersetuju dengan tawaran dari Duta Turki tersebut.

4. Tentang isu liwat Dato Seri Anwar: Tuduhan fitnah ini jelas merupakan taktik paling terdesak Umno. Berkenaan dengan isu liwat ini, sampai ke hari ini Dato Seri Anwar masih belum menerima laporan polis yang dibuat oleh Saiful terhadapnya.Jika Beliau tidak mempunyai laporan tersebut jadi bagaimana beliau hendak bertindak membela dirinya.Dato Seri Anwar hanya tahu yang dia dituduh liwat tetapi beliau tidak tahu bagaimana corak dan bentuk tuduhan itu dikenakan terhadapnya. Dato Seri Anwar sedia bersumpah pada bila – bila masa,tetapi harus diingat yang sumpah bersumpah ini bukan dalam ajaran Islam.Bukan semua benda kita boleh main sumpah-sumpah dan ianya dilarang dalam Islam.Mufti Selangor dengan tegas melarang Dato Seri Anwar dari berbuat demikian kerana bimbang akan memberikan kesan dalam masyarakat Islam.Ini Dato Seri Anwar merupakan seorang tokoh berpengaruh dan setiap tindakan Dato Seri Anwar akan diikuti oleh pengikutnya. Berkenaan isu DNA Dato Seri Anwar Ibrahim dan seluruh pemimpin dalam semua parti dalam Pakatan Rakyat telah belajar dari pengalaman 1998.Tidak semudah itu mereka mahu memperbodohkan Dato Seri Anwar dengan memanipulasikan DNA yang jika diberikan. DNA Dato Seri Anwar telah berada dalam simpanan pihak polis dan hospital sejak 1998 dahulu yang diambil dalam tuduhan fitnahnya pada tahun tersebut.Pakar DNA dunia juga mengakui bahwa DNA yang diambil pada 1998 itu masih boleh digunakan dan DNA mengikut pakar boleh bertahan ribuan tahun lamanya.Maka tidak hairanlah DNA dianosur yang beribu tahun dahulu pun masih boleh digunakan lagi pada hari ini.Dato Seri Anwar bukan tidak mahu memberi kerjasama kepada Polis tetapi harus diingat mereka yang dahulu terlibat dalam menfitnahnya pada tahun1998 masih lagi terlibat dengan tuduhan yang terbarunya ini.Jika dulu Musa Hassan ketua penyiasat kes Dato Seri Anwar hingga lebam mata dan hampir mati dikerjakan oleh mereka tapi kini Musa Hassan merupakan Ketua Polis Negara. Abdul Ghani Patail yang dulunya ketua pendakwa raya tapi kini Ketua Peguam Negara. Adakah ini semua tidak memberhahaya kepada Dato Seri Anwar jika beliau tidak mengambil langkah bijak dan berhati-hati.

5. Tentang Dato Seri Anwar Gila Untuk Jadi Perdana Menteri: Tuduhan dan modal politik yang sebegini merupakan mereka yang ketandusan idea dalam politik. Cuba kita renung dan fikirkan jika Dato Seri Anwar benar – benar gila mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia mengapa dia perlu bersusah payah berjuang hingga disumbat dalam penjara,dipukul,diaibkan,diracun dalam tahanan dan difitnah dengan pelabagai cara lagi. Jika benar beliau mahu menjadi perdana menteri, dari tahun 1998 lagi jika beliau terus mengikut cakap Mahathir dengan merompak duit rakyat dan mengamalkan rasuah tanpa melawan tindakan tersebut sudah lama Dato Seri Anwar menjadi menjadi Perdana Menteri Malaysia tanpa perlu menanggung siksa seperti yang beliau tanggung sekarang ini.

Apa pun nanti, Permatang Pauh adalah bermula segalanya.Dengan kemenangan Dato Seri Anwar kelak seluruh rakyat Malaysia malahan seluruh dunia akan menyaksikan langkah pendekar Dato Seri Anwar ke Perlimen dan selepas itu pergerakan Pakatan Rakyat akan menjadi lebih pantas ke Putrajaya.

3 Responses to “APA MODAL POLITIK UMNO/BN DI PERMATANG PAUH??”

  1. kevler Says:

    rakyat dah tak buta …rakyat dah tak pekak …buatlah apa2 yang umno nak buat …diorang dah takde modal ..

    menghitung hari ke putrajaya jer sekarang nih😀

  2. anak malaysia Says:

    Terima kasih atas info yang memang secukup rasa ini. Sekurang2nya ahli2 jentera kempen PR akan lebih bersedia dan jelas tentang isu2 yang harus difahami mereka sebelum melangkah ke medan tempur kelak.

    InsyaAllah sama2lah kita berdoa agar dipermudahkan segala urusan dalam memastikan perjalanan PR ke Putrajaya berjalan lancar dan semoga tiada insiden2 yang tidak molek akan berlaku di sepanjang kempen pilihanraya nanti.

  3. 5ZAL Says:

    syabas bro, at least we should have someone yg berani kerana benar, sebarkan la benda2 yg benar kat sini, hari nie kerajaan tangkap sorang blogger, tomorrow 10 more bloggers akan wujud utk menceritakan pasal kebenaran, hope u can be sucess on this

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: