Sinar Dari Permatang Pauh

Petang semalam dalam lingkungan pukul 3.34 petang aku dikejutkan dengan berita dari SMS yang aku langgan dari suarakeadilan yang berbunyi “Presiden Wan Azizah baru umumkan letak jawatan sebagai MP Permatang Pauh sebentar tadi bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding dalam Piliharaya Kecil Permatang Pauh” aku agak ragu-ragu dengan maklumat walaupun tidak pernah aku mendapat maklumat yang tidak tepat dari SMS tersebut, maka aku terus menyemaknya laman web di intenet dan memang maklumat tersebut sah.

Sinar harapan perjuangan rakyat Malaysia akan mula terpancar di Permatang Pauh dan apabila Dato Seri Anwar memenangi kerusi parlimen itu kelak sinar itu akan terus terpancar dengan lebih gah dan cerah.Dan apabila Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya dan Dato Seri Anwar menjadi Perdana Menteri nya pasti sinar itu akan terus menyinari dan menghiasai bumi bertuah kita ini dalam membawa harapan baru kepada semua kita anak Malaysia.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh telah dikosongkan, kali ini memang jelas dan nyata Dato Seri Anwar akan bertanding di kerusi Perlimen tersebut. Kini rakyat hanya menantikan pengumuman bila akan tarikhnya piliharaya kecil itu akan diadakan dan  bila tempoh kempen akan bermula. Jawapan itu semua ada cuma ada pada pengurusi Suruhunjaya Piliharaya Malaysia. Dan apa bila pengumuman akan tarikh tersebut dibuat maka yang tinggal adalah keputusan rakyat di Permatang Pauh untuk memancarkan sinar itu atau tidak, dan ketentuan yang muktamad sekali adalah di tangan Allah sama ada mahu memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat atau tidak.

Mohonlah kita kepada Allah jika segala tohmahan dan tuduhan fitnah yang dikenakan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim itu adalah satu cabaran dan dugaan kepada beliau dan rakyat yang dahagakan keadilan,jadikanlah dugaan dan cabaran itu sebagai dugaan dan cabaran yang terakhir untuk kita memcapai kejayaan. Allah tidak akan menguji hambanya jika hambanya itu tidak ada kekuatan untuk diuji.

One Response to “Sinar Dari Permatang Pauh”

  1. Orang Islam Says:

    Maka benarlah hakikat bahawa tidaklah seseorang itu dikira beriman kepada Allah melainkan setelah dia merelakan dirinya untuk diuji dan disudi Tuhan, justeru hanyalah Dia satu2nya yang Maha Mengetahui apa2 yang terbaik untuk hamba2nya.

    InsyaAllah, kemenangan akan berpihak kepada insan2 yang suci hati dan ikhlas dalam perjuangan mereka kerana Allah senantiasa bersama orang yang benar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: