TAKTIK TERDESAK BARISAN NASIONAL@UMNO SEBELUM DAN SELEPAS PRU-12:

1-MENGUASAI MEDIA: Pihak Barisan Nasional yang diterajui UMNO sebelum pilihanraya ke-12 lagi dengan jelas memperlihatkan pengawalan yang ketat mereka terhadap media. Mereka menggunakan media bagi menyerang parti-parti pembangkang dan pihak pembangkang pula tidak mempunyai ruang untuk muncul di media arus perdana ini bagi menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka. Dalam masa yang sama mereka menggunakan media sebagai jentera kempen mereka dan ianya menjadikan media di Malaysia tidak bebas dalam melaporkan isu-isu semasa termasuk politik sebaliknya menjadi jentera tunggangan Barisan Nasional dan UMNO, situasi ini jelas bercanggah dengan prinsip demokrasi. Parti pembangkang dilihat dinafikan sama sekali sekali ruang di media. Tapi mujurlah pada pilihanraya 2008 masyarakat terutama golongan muda sudah mula muak dengan taktik lama Barisan Nasional dan UMNO ini yang menggunakan media bagi menyebarkan propaganda. Masyarakat Malaysia sudah tidak mempercayai lagi apa yang mereka tonton di RTM,TV3 dan apa yang mereka baca di UTUSAN MALAYSIA,BERITA HARIAN,NEWS STRAIT TIME dan lain-lain lagi, sebaliknya hanya mencemuh dan memuncungkan bibir bila mendengar atau membaca berita-berita berat sebelah dalam media-media tadi. Ledakan globalisasi yang melanda negara menjadikan rakyat lebih tertumpu kepada media-media alternatif seperti Intenet bagi mendapatkan maklumat.maklumat bebas yang terdapat di intenet ini membuka mata dan minda rakyat tentang perkara sebenar dan ianya memberikan tamparan yang hebat pada Barisan Nasional dan UMNO.

2-MEWUJUDKAN PENGUNDI HANTU: Bukan sahaja menguasai media, pihak Barisan Nasional dan UMNO juga telah menjadikan pilihanraya di Malaysia sebagai tidak bebas dan adil yang satu lagi perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi. Ianya dilakukan dengan mengawal Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia SPR yang sepatutnya bertindak sebagai sebuah badan bebas dan tidak boleh dipengaruhi oleh mana – mana pihak. Tetapi tindak – tanduk SPR jelas mencurigakan dengan kenyataan – kenyataan yang dikeluarkan pengerusi bersifat mengkritik dan menyindir pembangkang. Perkara yang menimbulkan kecurigaan pihak pembangkang dan masyarakat amnya dengan tindakan SPR ini ialah dengan kewujudan pengundi yang berusia 100 tahun ke atas yang begitu ramai dalam senarai pemilih PRU-12 (ini tidak termasuk lagi undi pos). Tapi mujurlah kebangkitan rakyat berjaya mengatasi dan membunuh mungkin separuh undi yang dibuat oleh hantu-hantu tersebut. Jika tiada hantu – hantu tersebut pasti Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan yang lebih besar bukan setakat lima negera mungkin juga persekutuan.

3-MEMBATALKAN PENGGUNAAN DAKWAT HITAM: Tindakan pihak Suruhanjaya Piliharaya membatalkan penggunaan dakwat hitam kepada pengundi jelas menghakis keyakinan rakyat kepada tahap ketelusan pilihanraya negara ini dan memperlihatkan lagi keadaan terdesak Barisan Nasional dan UMNO. Tindakan SPR membatalkan penggunaan dakwat hitam dalam tempoh tiga hari sebelum pilihanraya dengan alasan – alasan yang tidak boleh diterima akal menunjukkan Barisan Nasional dan UMNO sudah mula merasai yang mereka akan terkena pukulan hebat jika penggunaan dakwat hitam diteruskan. SPR kononnya memdapat maklumat terdapat pihak yang membawa masuk dakwat tersebut melalui Thailand bagi mensabotaj proses pilihanraya namun hingga hari maklumat tersebut tidak dapat dibuktikan kesahihannya dan dalam sidang parlimen yang lepas menteri yang bertanggungjawab mengakui bahawa tidak ada mana – mana pihak yang membawa masuk dakwat hitam tersebut ke Malaysia dengan cara yang tidak sah bagi tujuan sabotaj. Perkara ini dikejutkan lagi dengan pengakuan pengerusi SPR Tan Sri Rashid yang memdakwa dia mendapat arahan daripada Perdana Menteri supaya membatalkan penggunaan dakwat hitam. Walau bagaimana pun alasan kononnya terdapat pihak yang mahu mensabotaj pilihanraya dengan membawa masuk dakwat hitam tersebut langsung tidak boleh masuk akal. Jika penipuan atau sabotaj yang didakwa SPR itu akan berlaku dan PRU-12 maka ianya pasti akan terlebih dahulu berlaku dalam pilihanraya India. Ini kerana India sendiri yang menghasilkan dakwat tersebut dan mereka juga menggunakan dakwat tersebut dalam pilihanraya mereka. Di rantau Asia Tenggara ini Indonesia, Thailand dan beberapa negara lain lagi telah lama menggunakan dakwat hitam dalam pilihanraya mereka. Alasan yang diberikan untuk pembatalan dakwat tersebut jelas merupakan alasan terdesak.

Dengan taktik sumbang yang diamalkan Barisan Nasionak dan UMNO tersebut, Pakatan Rakyat berjaya juga menawan lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan serta menafikan 2/3 majoriti Barisan Nasional dan UMNO di Dewan Rakyat. Jika tidak ada taktik kotor ini pasti Pakatan Rakyat akan memcapai kemenangan yang lebih besar dan mungkin hari ini Pakatan Rakyat sudah berada di Putrajaya. Selepas PRU-12 Barisan Nasional dan UMNO dilihat tidak boleh menerima hakikat akan kekalahan mereka tersebut dan terus menerus melakukan taktik jahat mereka bagi memenuhi nafsu sarakah politik mereka. Mungkin mereka tidak sedar atau tidak tahu salah satu tujuan demokrasi adalah untuk membolehkan berlaku pergiliran kuasa namum mereka tidak boleh menerima hakikat tersebut. Taktik seterusnya yang dilakukan selepas PRU-12:

4-MEMAINKAN SENTIMEN PERKAUMAN: Selepas Piliharanya Umum ke-12 2008 yang menyaksikan kejutan besar berlaku dalam sejarah politik Malaysia, pihak Barisan Nasional dan Umno seolah mahu amuk satu Tanah Melayu ini. Mereka dengan jelas tidak dapat menerima kenyataan ini. Salah satu taktik mereka untuk mendapat semula kuasa atau menghancurkan kemenangan besar Pakatan Rakyat ialah dengan memainkan isu perkauman secara bersungguh-sungguh. Dengan kemenangan yang agak besar oleh parti DAP, pihak UMNO cuba memainkan isu kaum kononnya Melayu berada dalam keadaan terancam. Media milik mereka sekali lagi digunakan untuk membakar semangat perkauman antara orang Melayu dan Cina. Mereka cuba menggunakan media bagi menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat Melayu dan mahu membuatkan orang Melayu merasa terancam. Isu ketuanan Melayu mula dilaung – laungkan oleh pihak UMNO kononnya merekalah pejuang Melayu sejati. Adalah cukup membahaya situasi pada waktu itu kerana akhbar-akhbar yang dikuasai UMNO seperti Utusan Malaysia tidak putus-putus memainkan isu perkauman dengan membakar semangat perkauman khususnya dalam kalangan rakyat Melayu. Tujuan mereka adalah tidak lain iaitu mahu menimbulkan ketegangan antara kaum dalam masyrakat Malaysia. Mereka mahu mewujudkan kekacuan antara kaum seperti mana yang berlaku selepas pilihanraya umum 1969 yang lalu hingga membawa kepada rusuhan kaum yang dasyat yang mana akhirnya Parlimen terpaksa digantung dan perintah darurat diperkenalkan ini membawa kepada pilihanraya umum yang baru selepas itu. Cerita lama inilah yang dilihat mahu diulangi oleh UMNO setelah mereka mengalami kekalahan yang mereka sendiri tidak jangka.

Tapi mujur rakyat bijak, rakyat matang. Tidak kira Melayu, Cina, India dan lain – lain kaum yang terdapat di Malaysia semua matang dan bijak. Mereka tidak termakan atau tergoda isu perkauman yang cuba dibangkitkan oleh UMNO. Orang Melayu tidak lagi tergoda dengan isu ketuanan Melayu yang dibangkitkan UMNO selepas PRU-12 kerana mereka sudah sedar bahawa UMNO yang lantang dengan ketuanan Melayu itulah yang selama ini banyak merompak harta rakyat Melayu hingga menjadikan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat Melayu antara yang tertinggi di Malaysia. Mungkin ada segelintir Melayu yang belum mampu berfikir matang dan terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Dalam keadaan UMNO cuba mengapi-apikan isu perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini, pakatan pembangkang terus utuh perpaduan mereka. Parti KeAdilan Rakyat, PAS dan DAP menjalinkan kerjasama yang cukup erat yang tidak terfikir oleh rakyat Malaysia selama ini. Ini membawa kepada wujudnya PAKATAN RAKYAT yang merupakan kerajaan campuran yang terdiri daripada PKR,PAS dan DAP yang mentadbir negeri-negeri yang dimenangi oleh ketiga-tiga parti ini.

Umno gagal dalam isu perkauman ini. Rakyat tidak melayannya. Mereka hanya mampu menggunakan TV3 dan beberapa media lain termasuk Utusan Malaysia untuk menyerang negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat ini. Namun ianya dilihat tidak memberikan kesan yang hebat. Isu – isu yang dibangkitkan oleh media tungangan mereka dengan mudah dipatahakan oleh kebijasanaan pemerintah di negeri-negeri Pakatan Rakyat ini. Barisan Nasional masih lagi tidak berpuas hati dan mereka cuba menyerang sekali lagi kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dengan senjata lama yang menjijikan.

5-TUDUHAN LIWAT KE 2 TERHADAP DATO SERI ANWAR: Pada 28 Jun 2008 negara digemparkan dengan laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dia diliwat oleh Dato Seri Anwar ibrahim. Peristiwa ini mengimbau pengalaman ngeri yang berlaku terhadap Dato Seri Anwar pada 1998 dahulu. Dengan laporan yang dibuat ini Dato Seri Anwar boleh ditahan bila – bila masa dari tempoh laporan itu dibuat. Dengan badan kepolisian yang dikawal pihak kerajaan dan badan kehakiman yang tidak lagi bebas menyebabkan pemimpin – pemimpin Pakatan Rakyat merasa bimbang jika Dato Seri Anwar ditahan. Peristiwa 1998 mungkin berulang terhadap Dato Seri Anwar dan ianya jelas bertujuan untuk membunuh kearia politik. Perkara ini yang membuatkan pemimpin – pemimpin Pakatan Rakyat mendesak Dato Seri Anwar mendapatkan perlindungan di kedutaan Turki.

Mungkin mereka merasakan dengan tuduhan fitnah terbaru ini akan membuatkan masa depan politik Dato Seri Anwar musnah sama sekali, pakatan rakyat akan musnah dan Pakatan Rakyat tidak mampu membentuk kerajaan Persekutuan. Sebaliknya apabila mereka melakukan fitnah ini, mereka pula yang terkena pukulan hebat Dato Seri Anwar sebagai serangan balas. Apa bila mereka menfitnah Dato Seri Anwar, Dato Seri Anwar sebaliknya membongkar lebih banyak kebabrokan yang dalam kalangan pemimpin mereka hingga membuatkan pemimpin – pemimpin UMNO tidak senang duduk. Ini membawa penahan Dato Seri Anwar pada 16 Julai 2008 walaupun pada waktu itu Dato Seri Anwar mempunyai satu jam setengah lagi sebelum tamat tempoh lapor diri yang diberikan polis. Dato Seri Anwar ditahan selama semalam di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur (IPK KL). Selepas Dato Seri Anwar keluar dari tahanan, gelombang Pakatan Rakyat makin hebat dan perkara ini membuatkan pemimpin UMNO tidak lena tidur dan sering mendapat igauan buruk. Najib sering mendapat mimpi ngeri yang didakwanya hantu dari mongalia. Oleh itu pemimpin – pemimpin Umno terus merancang untuk taktik seterusnya yang kali ini mereka sanggup menebalkan muka dan menelan kembali segala kahak yang sebelum ini diludah kepada PAS demi mahukan pertolongan PAS yang sudah pastinya Umno mempunyai muslihat sulit disebaliknya.

6-MEMECAH BELAHKAN PAKATAN RAKYAT DENGAN MENGUMPAN PAS: Langkah terkini Umno adalah dengan melancarkan perang saraf dengan menggunakan media arus perdana yang mereka miliki bagi memecah – belahkan Pakatan Rakyat. Taktik terbaru dengan mengembar-gemburkan di media kononnya PAS akan menyertai Umno jelas merupaka taktik terdesak Umno. PAS yang selama ini begitu hebat mereka kecam dengan pelbagai tuduhan dan fitnah kini mereka menebalkan muka dan menelan kembali sumpah seranah yang mereka lemparkan kepada PAS dahulu demi menyelamatkan kedudukan politik mereka. Umno yang cuba mengumpan PAS dengan bermodalkan perpaduan Melayu dan Islam jelas mempunyai muslihat tersendiri. Mana – mana pihak pun kalau terdesak akan sanggup melakukan apa saja walau terpaksa mencium kaki musuhnya sekalipun. Begitulah rendahnya maruah Umno pada hari ini.PAS dilihat tidak begitu tertarik untuk menari dengan irama sumbang yang dimainkan Umno ini.Mungkin hanya segelintir ahli PAS yang agak tersasul dengan irama sumbang Umno ini, tetapi dalam pengamatan saya Umno yang dilihat terlalu asyik hingga naik syeikh dengan irama sumbang yang mereka alunkan sendiri. Jelas kelihatan pemimpin – pemimpin Umno yang dilihat ”lebih sudu dari kuah” dalam hal ini. Sedangkan pemimpin – pemimpin PAS hany bertindak menjawab soalam media tentang isu ini namun kenyataan dari pemimpin – pemimpin PAS tadi diputar – belit oleh media tunggangan mereka dengan bertujuan untuk mengelirukan rakyat. Mereka mahu penyokong – pennyokong PAS peringkat akar umbi berasa gusar dengan situasi ini dan mahu menunjukkan seolah – olah perpaduan dalam Pakatan Rakyat semakin longgar. Mereka dilihat sengaja menggunakan kenyataan – kenyataan media oleh pemimpin PAS dan parti lain seperti DAP untuk melaga – lagakan mereka. Kenyataan – kenyataan ini pula sengaja diputar belit, semua tidak lain tidak bukan adalah untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat. Mereka sudah semakin terdesak kerana tarikh 16 Sept 2008 sudah semakin hampir dan mereka sendiri dapat melihat yang Pakatan Rakyat sedang dengan pasta bergerak menuju ke Putrajaya.

Mereka sudah kehabisan idea dan helah. Semua helah mereka tidak menjadi dan dapat dipatahkan oleh Pakatan Rakyat. Lihatlah hari ini Umno yang suatu ketika dahulu begitu sombong dan angkuh dan sering memandang rendah dengan memerkecilkan PAS kini sanggup mengadai maruah parti mereka untuk meminta pertolongan PAS. Untuk mengaburi sedikit beban malu yang terpaksa mereka tanggung mereka menggunaka modal Melayu dan Islam. Hakikatnya mereka takut kuasa pembesar – pembesar Umno yang hilang. Perpaduan Melayu dan Islam hanya digunakan sebagai modal bagi mengindahkan bicara. Masih jelas diingat saya seorang ahli Parlimen Umno sebelum pilihanraya umum ke-12 yang lalu dengan angkuh dan lantang mengatakan Barisan Nasional dan Malaysia tidak perlukan pembangkang. Tetapi hari ini mereka yang terhengeh menjerit melolong meminta bantuan pembangkang yang dulunya dikecam hebat mereka. Mana maruah kamu Umno? Kalau orang Jepun dan lama dioarang bunuh diri.

4 Responses to “TAKTIK TERDESAK BARISAN NASIONAL@UMNO SEBELUM DAN SELEPAS PRU-12:”

  1. Ustazsaid Says:

    Mengapa 2008 bukan 1999?
    Salam, saudaraku, masa bukanlah satu faktor untuk kita mbicarakn psoalan yg lebih penting…masa depan anak2 kita d bumi btuah ini. Soalnya, bolehkah DAP mjamin kelangsungan hidup anak2 melayu pada masa depan. Tk

  2. Snowflake Says:

    Assallamualaikum
    Dari blognya khairulazuar, singgah disini. Ngaiyaw sana sini menerusi alam maya ini.
    Sudah pun saya baca penulisan saudara. Semuanya masuk diakal dan diterima bagi mereka mereka yang mempunyai otak yang waras.
    Seingat Snow, semasa berkempen untuk PRU12 yang lalu, kaum puak UMNO ini sungguh sungguh daripada puak puak yang sungguh takbur, riak seriak riaknya, kwang ajar, sekwang kwang ajar nya. Tiba tiba dengan tidak mempunyai perasaan malu, (no dignity AT ALL) membuat 360% diversion untuk bersama PAS. Astaghfirullahal adzim. Kalau ye pun nak buat diversion, bagi lah masa sikit, duduk beristifar banyak banyak, inikan tidak, perpaduan melayu konon walhal untuk kepentingan mereka yang seangkatan.
    Teringat Snow, semasa si KJ memberi ucapan untuk mengambil kembali Negeri Serambi Mekah, dengan riak mukanya, percakapan nya, gerak gerinya, Snow yang ketakutan. Kalau tak caya pergi youtube. Sdr tengok sendiri. Ini senang senang nak berdiskusi. Lahawau betul….
    Maaf ye, panjang plak Snow komen.
    Wassallam

  3. hafiz Says:

    artikel ni best! sala kenalan dari aku! http://www.universalkita.com
    Umno memang dilahirkan untuk jadi pengacau….mereka suka kacau bila dah tersepit….
    mereka juga suka menakut2kan orang melayu dengan kebangkitan cina dan india….
    apa masalahnya umno ni!? selama mereka memerintah 50 tahun… kadar kemiskinan tertinggi adalah melayu… masalah so-sial terbanyak=melayu… masalah bankrupt terbanyak=melayu…masalah umno mereka juga mengatakan masalah melayu….
    kalau diamati, diselak semula sejarah negara… umno tunduk kepada British…. aku naik meluat menyampah dan benci…. sehingga sekarang ini, umno memang udah tiada lagi dalam hatiku….!

  4. Bukan UMNO Says:

    Nampaknya sekarang parti UMNO ini memang dikuasai oleh orang2 Melayu yang tidak ada otak yang sanggup berbuat apa saja untuk terus berkuasa.

    U- untuk
    M-Melayu
    N-No @ Nehin @ Nil
    O-Otak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: