SERTAI UMNO : PAS ATAU UMNO YANG UNTUNG?

Naluri saya kuat mengatakan yang PAS tidak akan menyertai Umno atau Barisan Nasional. Tetapi agak menarik bagi saya cuba menganalisis tentang isu ini, iaitu siapa yang lebih untung jika PAS menyetai Umno dan Barisan Nasional.

Bagi saya kalau PAS menyertai Umno atau menjadi komponen Barisan Nasional untung dan lava yang besar akan dinikmati oleh Umno, dan PAS hanya menangung kerugiannya. Ini kerana jika PAS menyertai Umno saya percaya tidak ada sorang pun ahli atau pemimpin Umno akan meninggalkan Umno. Sebaliknya jika PAS menyertai Umno saya percaya lebih separuh ahli PAS seluruh Malaysia dari pelbagai peringkat akan meninggalkan PAS. Jika sekalipun PAS berjaya bergabung dengan Umno, tetapi perkara itu akan membuatkan PAS hilang kekuatan dari segi sokongan dan jumlah ahlinya.

Keadaan ini menjadikan PAS itu berada dalam Umno dan Barisan Nasional dalam keadaan yang lemah. Jadi jika keadaan ini berlaku maka mudahlah bagi Umno untuk mengasimilasikan PAS sama sekali. PAS akan terus lemah dan gagal berfungsi dengan baik sebaliknya harus mengikut telunjuk dan perintah Umno. Sebaliknya Umno akan mendapat manfaat dengan dengan menguasai kerusi – kerusi parlimen dan dewan undangan PAS. Ungkapan manis demi ”perpaduan Melayu dan Islam” itu akan menjadi omongan semata-mata. PAS dengan keadaan lemah yang begitu pasti tidak dapat bersuara lantang lagi mempertahankan prinsip-prinsip Islam.

PAS dalam Pakatan Rakyat

Sebaliknya jika PAS berada dalam Pakatan Rakyat semua itu tidak akan berlaku pada PAS. Dalam Pakatan Rakyat ketiga-tiga parti utamanya sama kuat. PAS bersama Pakatan Rakyat yang turut sama disertai DAP yang kononnya tidak sehaluan dengan PAS namun PAS masih lagi mampu bersuara lantang dan mengkritik demi kebaikkan kepada mana – mana pemimpin Pakatan Rakyat kerana PAS yang berada dalam Pakatan Rakyat adalah kuat. Ini kerana PAS yang berada dalam Pakatan Rakyat hari ini mempunyai begitu ramai penyokong ahli. Penyokong dan ahlinya juga bukan sahaja datang dari kaum Melayu yang beragama Islam tetapi turut disertai oleh kaum bukan Melayu yang bukan beragama Islam juga. Perhatikan sahaja Kelab Penyokong PAS yang terdiri dari kaum bukan Islam, jumlahnya begitu ramai sekali. Perkara ini menambah kekuatan PAS. Kemenangan dalam pilihanraya yang lalu juga turut disumbang oleh undi bukan Melayu kepada PAS.

Jika PAS menyertai Umno pengundi bukan Melayu sama sekali tidak akan mempercayai PAS lagi dan selepas ini pasti sukar bagi PAS untuk mendapat sokongan bukan Melayu dan PAS juga akan dilabel dengan perkara – perkara yang negatif. Pengundi Melayu juga pasti akan menjauhkan diri pada PAS kerana PAS akan digunakan sebagai kuda tunggangan Umno bagi terus menindas orang Melayu yang majoritinya miskin di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Kesimpulannya PAS akan rugi, Melayu akan rugi, Cina akan rugi, India akan rugi dan kaum – kaum lain akan rugi. Yang mendapatkan keuntungan hanyalah pembesar – pembesar dalam Umno, tauke – tauke dan kroni-kroni mereka sahaja. Umno dalam keadaan sekarang bermodalkan perpaduan Melayu dan Islam bagi memujuk PAS menjadi ”pelampung” kepada mereka yang sedang karam ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: