PERPADUAN MELAYU DAN ISLAM

Propaganda dan perang saraf yang dimainkan oleh media arus perdana hari ini yang kononnya PAS akan menyertai Umno mungkin agak menggusarkan sesetangah pihak. Mungkin pada mereka yang kurang mahir menilai propaganda yang dimainkan oleh pihak Umno yang terdesak ini akan berasa goyah dengan kekuatan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Saya sendiri dapat melihat ianya sebagai satu taktik terdesak Umno dalam mempertahankan kerusi empuk dan kuasa mereka yang hanya menunggu masa untuk hilang. Mereka sekali lagi bermodalkan perpaduan Melayu dan menambah Islam dibelakangnya. Hakikatnya selepas PRU-12 perpaduan dalam Umno dan Barisan Nasional itu sendiri yang mula goyah dan tergugat bukannya perpaduan Melayu dan Islam sama sekali. Melayu telah lama bersatu semenjak kes pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim pada 1998 dahulu lagi. Ini dimanifestasikan sendiri pada pilihanraya 1999 dimana undi kaum Melayu banyak berpindah kepada pihak pembangkang pada waktu itu. Umno dan Barisan Nasional hanya diselamatkan oleh undi kaum bukan Melayu seperti Cina dan India yang bersikap berkecuali dalam isu pemecatan Dato Seri Anwar 1998 dahulu. Jelas Melayu telah bersatu dan berpadu dengan hebatnya sejak 1998 lagi, kini perpaduan itu turut disertai oleh semua kaum di Malaysia ini itu termasuk kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan lain – lain lagi. Pukulan hebat daripada perpaduan Melayu yang utuh yang dikuatkan lagi oleh kaum Cina, India, Iban dan Kadazan pada PRU-12 yang lalu yang kini membuatkan Umno demam tidak mahu kebah dan terus meracau sepanjang hari.

Oleh itu perlu dingat, Kaum Melayu sememangnya telah menolak Umno dan Barisan Nasional sejak 1998 lagi, cuma pada 2004 saja Melayu agak tergoda dengan imej Pak Lah namun selepas itu kaum Melayu mula tersedar kembali setelah terkhayal selama 2,3 tahun dengan imej Pak Lah. Namun harus diingat “kesedaran” itu bukan sahaja berlaku pada kaum Melayu, tetapi kaum lain seperti Cina dan India juga turut sama sedar bersama kaum Melayu dah mereka bergabung tenaga dengan memberi pukulan yang cukup hebat kepada Umno dan Barisan Nasional. Umno dan Barisan Nasional yang nazak hari ini bukan disebabkan semata-mata oleh kaum Melayu menolak parti itu dalam PRU-12 yang lalu ini kerana kaum Melayu sememangnya telah bersatu menolak Umno dan Barisan Nasional sejak 1998 lagi. Penolakan kaum Melayu terhadap Umno dan Barisan Nasional yang telah sedia berlaku itu ditambah dan dibantu lagi oleh rakan – rakan mereka dari kaum Cina dan India. Ini yang membuatkan Umno dan Barisan Nasional terkena pukulan “tripel” oleh ketiga – tiga kaum utama di Malaysia ini.

Kesimpulannya orang Melayu sememangnya telah sedia bersatu dan kali ini bersatu bukan sahaja sesama Melayu tetapi turut disertai kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain kaum lagi. Cuma tinggal segelintir kaum Melayu yang tercelaru dan segelintir kaum Cina dan India masih kurang jelas sahaja yang masih menyokong Umno dan Barisan Nasional. Kepada rakyat baik Melayu, Cina, India dan lain – lain yang masih bercelaru dan kurang jelas ini usahlah karam dan tenggelam bersama Umno dan Barisan Nasional kerana apabila mereka karam dan hampir lemas nanti mereka akan menggunakan kamu sebagai pelampungnya untuk mereka terus bernyawa dan kamu yang lemas selamanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: