MENGAPA 2008 TIDAK 1999

Pilihanraya Umum ke-12 yang berlangsung pada 8 Mac 2008 telah meninggalkan impak yang besar dalam sejarah politik Malaysia. Ramai pihak termasuk pakar penganalisis politik tidak menyangka perubahan yang begitu besar berlaku dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Hingga ada sesetengah pihak mengatakan telah berlaku t-sunami politik dalam piliharaya umum ke-12 yang lalu.

Dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu telah menyaksikan Barisan Nasional (BN) gagal untuk mempertahankan kemenangan 2/3 di parlimen. Banyak parti komponen BN dilihat terkena pukulan “heavyweight” seperti Malaysian Indian Congress (MIC), Malaysian Chinese Association (MIC) dan GERAKAN. United Malays National Organisation (UMNO) juga dilihat begitu tergugat dengan keputusan pilihanraya umum ke-12 dengan menyaksikan tokoh – tokoh hebat UMNO kecundang seperti Zainuddin Maidin dan Sharizat Jalil. Selain itu pemimpin – pemimpin hebat dari MIC iaitu Samy Vellu dan Pemangku Presiden GERAKAN Koh Tsu Koon juga tewas kepada calon pembangkang yang boleh dikatakan sebagai muka baru.

Kesannya BN hilang empat buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor disamping gagal untuk merampas kembali Kelantan. Manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dikuasai oleh pakatan pembangkang dan UMNO hanya memenangi satu kerusi parlimen di Setiawangsa daripada 11 kerusi parlimen yang dipertandingkan di wilayah Persekutuan. Seperti yang diperkatakan tadi, BN hanya berjaya membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah kerana diselamatkan oleh kemenangan BN di Sabah dan Sarawak.

Itulah serba sedikit senario dan kesan pilihanraya umum ke-12 yang berlangsung pada 8 Mac 2008 yang lalu. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah politik Malaysia yang menyaksikan BN kalah begitu teruk sejak 50 tahun merdeka. Walaupun pada pilihanraya umum tahun 1969 yang turut menyaksikan BN gagal untuk memperolehi majoriti 2/3 di parlimen hingga membawa kepada rusuhan kaum pada tahun tersebut, namun keputusan pilihanraya 2008 dilihat lebih signifikan dimana BN bukan sahaja hilang majoriti 2/3 tetapi turut hilang lima negeri dan satu wilayah persekutuan. Di dewan rakyat menyaksikan parti pembangkang bergabung membentuk Pakatan Rakyat dengan menguasai 82 kerusi, satu daripadanya calon bebas yang bertanding atas tiket PAS, manakala BN menguasai 140 kerusi parlimen yang membolehkan mereka membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah daripada 222 jumlah keseluruhan kerusi yang dipertandingkan.

Namun mengapa perubahan yang boleh dikatakan agak drastik ini berlaku dalam pilihanraya umum 2008 dan bukan pada pilihanraya umum 1999. Kalau dinilai dari segi luarannya pilihanraya umum 1999 merupakan platform yang lebih cantik dan sesuai untuk pihak pembangkang mendapat kemenangan yang besar namun ianya hanya menjelma pada tahun 2008. Dibawah saya akan cuba membandingkan situasi pada 1999 dan 2008.

Pada 1999 melihatkan kebangkitan gelombang reformasi dalam kalangan rakyat Malaysia berikutan pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan dan Naib Prasiden UMNO pada 2 September 1998. Rakyat Malaysia terutama penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim begitu terkesan dengan pemecatan Dato Seri Anwar dari kerajaan dan tuduhan – tuduhan yang begitu mengaibkan terhadap beliau yang begitu bercanggah dengan keperibadian Dato Seri Anwar yang sebenar.

Berikutan dari pemecatan itu melihatkan perubahan sosialisasi politik dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan muda yang dilihat mula menunjukkan minat terhadap politik. Golongan muda pada waktu itu dilihat cenderung kepada pembangkang hingga membimbangkan pihak kerajaan hingga menimbulkan isu dimana golongan muda yang mendaftar sebagai pengundi tidak tersenarai dalam senarai pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya SPR untuk membolehkan mereka mengundi.

Gelombang reformasi yang melanda Malaysia pada ketika itu menyaksikan kebangkitan rakyat yang mendakwa tindakan Tun Dr Mahahtir Perdana Menteri pada ketika itu suatu yang zalim dan kejam. Pada masa yang sama, pada tahun 1999 pihak kerajaan terpaksa membubarkan parlimen bagi membolehkan proses Pilihanraya Umum ke-10 diadakan. Pilihanraya pada tahun 1999 itu dilihat satu platform yang cukup cantik untuk pakatan pembangkang yang membentuk Barisan Alternatif yang terdiri daripada Parti Keadilan Nasional, Parti Islam SeMalaysia PAS dan Democratic Action Party DAP untuk menumbangkang kerajaan Barisan Nasional di peringkat negeri dan juga persekutuan. Malah banyak penganalisis politik mengatakan pada waktu itu telah banyak pemimpin – pemimpin pembangkang yang sudah berangan – angan untuk menjadi menteri.

Saya mengatakan demikian kerana pada tahun 1999 meyaksikan berlaku krisis politik yang cukup hebat dalam negara Malaysia. Sudah sekian lama Dataran Merdeka di Kuala Lumpur lengang dari perhimpunan dan demostrasi rakyat kini ia bergegar kembali. Jalan – jalan utama di Kuala Lumpur bergema dengan laungan ”REFORMASI”. Pergolakan politik dalam UMNO juga turut belaku dengan menyaksikan banyak ahli – ahli dan orang – orang kuat UMNO keluar meninggalkan parti kerana kecewa dengan tindakan presiden parti iaitu Tun Dr Mahathir.

Boleh dikatakan sekitar tahun berkenaan situasi politik negara sememangnya panas dengan isu pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim. Sana sini, dari pejabat kerajaan, universiti, kilang hingga ke kedai kopi tidak putus – putus memperkatakan tentang politik semasa terutama berkenaan isu pemecetan Dato Seri Anwar. Rata – rata mereka jelas memihak kepada pembangkang. Boleh dikatakan kemana sahaja kita pergi pasti kita akan mendengar cemuhan rakyat terhadap UMNO dan Tun Dr Mahathir pada waktu itu.

Dengan situasi yang berkenaan adalah tidak mustahil jika terdapat segelintir pemimpin – pemimpin pembangkang yang sudah memasang angan – angan untuk menjadi menteri selepas pilihanraya umum ke-10 tersebut. Ini kerana ramai penganalisis politik dan pemerhati politik malahan orang awam sekalipun berpendapat akan berlaku perubahan besar dalam politik negara selepas PRU ke-10.

Maka pada 29 November 1999 berlangsunglah PRU ke-10. Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia berdebar menantikan keputusan yang bakal diumumkan pada malam selepas piliharaya itu berlangsung. Namun segala kejutan yang dinantikan tidak kunjung tiba. Hanya perubahan – perubahan kecil sahaja berlaku dari keputusan PRU ke-10 itu.

Tidak banyak perubahan besar yang berlaku kepada pihak Barisan Nasional. Keadaannya seolah – olah tidak pernah berlaku apa – apa pergolakan dalam politik Malaysia sekitar 2 atau 3 tahun berkenaan. Hanya PAS dilihat mendapat kentungan dari situasi ini. Ini kerana PAS bukan sahaja berjaya mempertahan Kelantan disamping berjaya menawan Terangganu dalam PRU ke-10. Sedangkang DAP mengalami kekalahan yang agak teruk pada waktu itu dimana tokoh hebatnya Lim Keng Siang turut kalah dalam Pilihanraya 1999.

Persoalannya mengapa tidak berlaku kejutan besar dalam keputusan pilihanraya pada tahun 1999 sedangkan suasana “mood” rakyat Malaysia pada waktu itu jelas terkesan dengan krisis pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim. Situasi ini berlaku kerana Barisan Nasional pada pilihanraya tersebut telah diselamatkan oleh undi kaum bukan Melayu terutama pengundi Cina. Boleh dikatakan kaum bukan Melayu pada tahun 1999 bersikap berkecuali dalam krisis pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun tersebut. Orang bukan Melayu melihat krisis pemcatan Dato Seri Anwar itu lebih kepada krisis dalam UMNO dan bukan krisis keseluruhan politik Malaysia. Oleh itu mereka lebih bertindak ”play save” dalam menghadapi gelombang reformasi. Ini boleh dibuktikan dimana undi kaum Melayu begitu merosot kepada BN pada pilihanraya 1999 dan ianya diselamatkan oleh undi kaum bukan Melayu iaitu Cina dan India.

Pengundi Cina juga dilihat tidak selesa dan menyukai pergabungan DAP dengan bersama PAS dalam Barisan Alternatif pada masa itu. Ini kerana kaum Cina agak mengeruni dasar – dasar negara Islam PAS dan hukum hudud. Persepsi kaum Cina yang negatif ini sebenarnya diwujudkan oleh BN dengan menggambarkan PAS ini seolah – olah parti Islam yang radikal dan ianya dilakukan memalui media – media arus perdana yang dikuasai dan dikawal oleh kerajaan. Maka sebab itu DAP hilang undi kaum Cina dengan banyak pada waktu itu.

Maka BN pada pilihanraya 1999 sekali lagi dapat menubuhkan sebuah kerajaan persekutuan yang selesa dengan mendapat majoriti 2/3 yang merupakan jumlah yang selesa untuk sesebuah kerajaan dalam menjalankan pentadbiran. Sedangkan pergolakan politik diluarnya begitu hebat sekali.

Dalam masa yang sama Dato Seri Anwar dihukum dengan begitu hebat sekali. Diaibkan dengan pelbagai cara dan dihadapkan ke mahkamah yang proses pengadilannya begitu dikritik hebat dari dalam dan luar negara. Akhirnya Dato Seri Anwar dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun dengan pertuduhan salah guna kuasa, rasuah dan liwat. Namun pihak mahkamah rayuan telah mengenepikan tuduhan liwat apabila Dato Seri Anwar didapati tidak bersalah. Dato Seri Anwar terpaksa merengkok dalam Penjara Sungai Buloh selama enam tahun apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Malaysia pada waktu itu bersetuju untuk membebaskan Dato Seri Anwar pada tahun 2004 setelah hukuman penjara enam tahu bagi pertuduhan rasuahnya selesai.

Pada tahun 2004 juga menyaksikan berlaku sekali lagi pilihanraya umum ke-11 yang menyaksikan BN dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah berjaya mendapat kemenangan yang begitu besar pada waktu itu yang merupakan kemengan paling besar BN dalam sejarah politik Malaysia. DAP sudah tidak bersama dengan barisan pembangkang pada tahun 2004 dan hanya PAS sahaja yang bersama Parti Keadilan pada waktu. Pembangkang mengalami kekalahan teruk pada pilihanraya 2004 yang mana melihatkan Parti Keadilan hanya menang satu kerusi parlimen dalam keputusan kontervesi di Permatang Pauh, PAS pula kehilangan Terengganu yang dimilikinya pada 1999 dan DAP hanya mencatat kemenangan biasa. Dato Seri Anwar pula tidak mampu menyumbang tenaganya dalam pilihanraya 2004 walaupun telah bebas dari penjara, kerana terpaksa menjalani rawatan kesihatan di luar negara kerana beliau mengalami sakit tulang belakang yang serius kesan daripada deraan dan siksaan yang diterimanya sejak dari mula ditahan pihak polis dan beliau juga dilaporkan diracun sewaktu berada dalam tahanan. Keadaan kesihatan Dato Seri Anwar yang begitu membimbangkan ini menyebabkan strategi pembangkang pada waktu itu agak tumpul.

Kemenangan besar BN pada waktu itu dipengarusi imej Pak Lah yang mempunyai rekod bersih selama dalam kerajaan hingga digelar “Mr Clean” disamping memegang status sebagai cucu bekas ulama terkenal. Satu lagi perkara yang mencatatkan kemengan besar BN itu adalah budaya UMNO dan BN itu sendiri yang secara outomatik mendapat momentum baru apabila bertukar pemimpin. Disamping pilihanraya yang dijalankan lebih kurang setahun lebih Pak Lah menjadi PM menyebabkan rakyat tidak mempunyai cukup waktu bagi menilai tahap kepimpinan Pak Lah yang sebenar. Rakyat mungkin hanya sempat menilai melalui dasar – dasar anti rasuah dan keterbukaan sahaja, yang dilaungkan oleh Pak Lah sewaktu baru menjawat jawatan PM.

Namum lama kelamaan rakyat mula nampak akan kelemahan ketidakcekapan dalam kepimpinan Pak Lah. Dengan kritikan – kritikan pedas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir pada waktu itu telah membuatkan kredibiliti Pak Lah sebagai PM terjejas dimata rakyat.

Pak Lah juga dilihat begitu tunduk kepada kuasa – kuasa luar seperti Singapura, gagal memacu pertumbuhan ekonomi yang hebat untuk negara dan kenaikan harga minyak yang begitu kerap dalam pemerintahan Pak Lah membuatkan rakyat mula menjauhi dari kepimpinan Pak Lah. Pak Lah juga gagal bertindak dengan cemerlang dalam mengetuai pertubuhan – pertubuhan dunia seperti OIC. Ditambah pula sikap menantu beliau Khairy Jamalludin yang begitu agresif dan dilihat melebihi Pak Lah dalam membuat sesuatu keputusan menyebabkan rakyat malahan ahli UMNO sendiri mula jelik dengan kepimpinan Pak Lah.

Semua yang terbuku dalam hati rakyat ini dipendam dan disimpan hingga ke tahun 2008. Maka apabila tiba pilihanraya ke-12 pada 8 Mac 2008 menyaksikan rakyat telah memanifastasikan apa yang terbuku dalam hati mereka pada pilihanraya tersebut hingga membawa kemenangan besar pakatan pembangkang sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kemengan besar pakatan pembangkang ini yang mana ianya gagal dikesan oleh kebanyakan pakar sebelum pilihanraya.

Kaum Cina dan India yang sebelumnya lebih gemar mengundi BN seperti mana dalam pilihanraya 1999 telah tidak lagi memilih untuk mengundi BN. Apa yang lebih mengejutkan tembok perkauman yang selama ini memainkan peranan besar dalam politik Malaysia kelihatan sudah runtuh. Ini kerana Kaum bukan Melayu seperti India sudah tidak cangkung lagi untuk mengundi calon dari PAS atau dari PKR begitu juga dengan kaum Cina. Orang Melayu pula sudah tidak gerun lagi untuk mengundi DAP hingga membolehkan DAP dalam Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihanraya membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang. Situasi begini boleh dikatakan pertama kali berlaku dalam sejarah politik Malaysia dalam tempoh 50 tahun usia negara kita.

Pengundi Cina dilihat sudah tidak mengemari BN kerana mereka dapat merasakan yang kerajaan BN yang ada pada waktu itu gagal menjana pertumbuhan ekonomi yang baik. Kaum Cina adalah pengundi yang riasional, mereka mengundi pada pihak yang dilihat boleh membawa pertumbuhan ekonomi yang baik kerana majority kaum Cina terlibat dalam perniagaan oleh sebab itu mereka mementingkan kerajaan yang bijak dalam pengurusan ekonomi. Dengan kenaikan harga minyak yang terlalu kerap semasa pemerintahan Pak Lah sebelum 2004 disamping kenaikan harga barangan harian menyebabkan mereka kurang yakin dengan pemerintahan BN.

Kaum India yang sebelum ini agak kurang peka denga situasi politik kini sudah semakin berubah. Mereka mula mengambil berat berkenaan isu – isu politik negara. Dengan tertubuhnya sebuah NGO yang dikenali sebagai Hindu Right Action Foce HINDRAF bagi tujuan membela nasib kaum India dan menyedarkan kaum India di Malaysia bahawa kaum itu masih jauh ketinggalan walaupun negara sudah mencapai usia 50 tahun merdeka. Mereka turut mengadakan perhimpunan rasaksa di Kuala Lumpur yang akhirnya bertukar menjadi ganas akibat tindak provokasi pihak berkuasa menambah lagi semangat kaum India dalam membela nasib mereka. Kaum India yang sebelum ini begitu sinonim dengan MIC telah menolak parti itu sama sekali hingga presiden parti itu Dato Seri Samivelu turut tewas dalam piliharaya tersebut di Sungai Siput.

Kaum Melayu pula kelihatan mula membenci UMNO kerana keangkuhan dan sombong pemimpin – pemimpin dalam UMNO. Dengan kenaikan harga barangan yang tinggi menambahkan lagi beban kepada kaum Melayu yang kebanyakanya berpendapatan rendah. Sumber kekayaan negara yang tidak dialirkan dengan baik dan memperlihatkan golongan elit Melayu sahaja yang menikmati kekayaan negara. Selain itu api reformasi yang bernyala pada 1999 dahulu masih lagi dirasai oleh kaum Melayu terutama golongan muda.

Disamping masalah – masalah yang menghimpit rakyat ini, Dato Seri Anwar Ibrahim juga sudah kembali sihat dan beliau berjaya mengemudi pakatan pembangkang ini dengan begitu baik sekali. Boleh dikatakan Dato Seri Anwar adalah symbol perpaduan rakyat pelbagai kaum pada pilihanraya 2008.

Kempen yang begitu agresif yang dijalankan oleh BN membuatkan rakyat merasa muak dan semakin membenci kepada BN. Media massa seperti televisyen dan akhbar dikawal sepenuhnya. Mereka menggunkan media untuk menyerang parti – parti dan pemimpin – pemimpin pembangkang. Tetapi rakyat dilihat sudah matang dalam menghadapi apa yang disampaikan oleh media. Rakyat bukan lagi terpengaruh dengan apa yang dicanang media arus perdana ini sebaliknya mencemuh apa yang mereka lihat di kaca – kaca televisyen dan dada – dada akhbar.

Golongan muda pula lebih memberi tumpuan kepada maklumat – maklumat yang mereka perolehi dari intenet yang merupaka media alternatif yang satu – satunya masih bebas. Pihak BN tidak menyangka yang pengaruh berita dan maklumat dari intenet itu begitu besar kepada rakyat terutama golonga pengundi muda.

Golongan muda jelas memihak kepada pihak pembangkang. Di samping mereka lebih gemar mendapatkan maklumat di intenet, golongan muda di Malaysia pada sekarang ini kebanyakan mereka mempunyai pendidikan tinggi. Ini menjadikan mereka lebih matang dalam menilai sesuatu dan tidak hanya menyokong sesuatu pihak secara turun – temurun. Golongan muda yang berumur dalam lingkungan 35 hingga 21 merupakan mereka yang membesar atau pun melalui usia remajanya dalam 4Golongan muda yang berumur dalam lingkungan 35 hingga 21 merupakan mereka yang membesar atau pun melalui usia remajanya dalam keadaan negara kita sedang mengalami gelombang “reformasi” pada tahun sekitar 1998 dan 1999. Maka sudah pasti pengaruh dan bahang reformasi itu masih membara dalam diri mereka. Maka percayalah, golongan anak remaja yang berusia belasan tahun dan awal 20-an pada hari yang merasai corak perubahan politik yang besar pada hari ini pasti akan tidak memihak kepada BN apabila mereka cukup matang kelak.

One Response to “MENGAPA 2008 TIDAK 1999”

  1. Raja Mas Zarina binti Raja Azman Says:

    malu itu sebahagian dari iman kalau sibuk cari salah orang bila ada datang kemajuan…Saya memang suka menerima kritikan asal kritikan membina bukan menghina.Sekarang kita didatangi generasi cepat marah bertindak melulu suka melabel orang…kerana hidup tak pernah bercampur negara lain atau menyertai kebajikan maupun pedulikan keluarga kecuali keseronokan diri sendiri.Kalau riot dpat cuti lepak beli ice boleh projek dengan minah rempit..itulah mereka suka bila ada demonstrasi.Udahlah, kalau terus menyokong macam orang bodoh kita semua akan dilanda kehancuran beb.Teksi restoran pasar sekolah hospital semua terganggu akibat nafsu si kaki lawan gila kuasa diikuti penyokong gila nafsu.Kita kasihani diri kita insaflah.Budaya kita malaysia tak perlu tumpah darah hanya table talk.Brain over brawn…winner.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: