SuaraSaktii

Suara Rakyat Suara Keramat

Dah macam cerita Mafia……..

Kalau semalam aku tulis perkembangan politik di Perak macam cerita Tamil atau Hindustan. Tapi hari ini aku rasa perkembangan politik Malaysia kini dah macam cerita Mafia. Penuh dengan gerakan sulit serta pelbagai ancaman.

Pembunuhan wanita monggolia yang menjadi seribu pertanyaan dan perbicaraan yang mencurigakan. Kehilangan Bala Subramaniam yang gagal dikesan hingga kini setelah membuat akuan bersumpah tentang penglibatan Najib dalam pembunuhan Altantunya memperlihatkan babak – babak cerita Mafia dalam kancah politik Malaysia.

Kehilangan dan kemunculan Adun Behrang dan Changkat Jering yang dikhabarkan disorok oleh Najib baru – baru ini menambahkan lagi kehangatan plot cerita dalam politik Malaysia. Dan yang terbaru pengakuan Exco Kerajaan Kedah Arumugam a/l Vengatarakoo tentang ugutan dan ancaman yang diterima oleh beliau dari pihak Barisan Nasional agar keluar dari PKR dan menyertai BN amat mengejutkan.

Kehangatan ini ditambah lagi dengan akuan bersumpah Ketua Bahagian Ipoh Barat Fauzi Muda tentang tawaran RM50 juta dari Najib agar beliau melobi dua Adun PKR Perak keluar dari parti PKR menambahkan lagi aksi hebat dalam perjalanan cerita ini.

Apakah aksi – aksi hebat yang akan muncul lagi dalam perjalanan politik Malaysia ini. Bagaimana kemuncak dalam cerita ini dan bagaimana pula kesudahannya.

Kalau dalam cerita Hindustan hero mesti kalah dulu dan orang yang disangka baik sebenarnya adalah pembelot. Tapi dalam cerita – cerita Mafia polis mesti banyak kena tembak, meletup sana – sini, orang jahat kadang – kadang terlepas.

Harap – harap selepas ini ada pihak dapat menerbitkan filem berkenaan situasi politik Malaysia sekarang ini. Mesti boleh meletup punya cerita ni. Asyik filem cinta makan kat restoran besar pastu pakwe kena simbah dengan air oleh awek dia…semua tu dah boring beb………….

February 2, 2009 Posted by suarasaktii | peribadi | | No Comments Yet

Demo di Sogo 31 Jan 2009

Kebetulan Demo tentang PPMSI yang diadakan tadi, dibuat pada hari Sabtu, hari aku kerja separuh hari. Lepas habis kerja pukul satu, keluar ja pejabat hujan turun lebat. Dalam hati aku kata mesti Demo kat Sogo ni mesti ramai orang tak datang. Aku lepak dulu dengan member aku kat depan pejabat, lepas tu kami p makan dulu.

Lepas makan, aku dengan member aku jalan kaki pi kat depan Sogo. Tempat keja aku dengan Sogo dekat ja, dalam 200 meter ja. Aku sampai dalam pukul 3 lebih, tgk org ramai dah mula berkumpul kat depan dataran Sogo tu. Aku dengan member aku terus p join.

Tapi tak berapa syok sangat, Demo kali ni lebih santai…ramai orang yang datang sekadar berdiri dan jalan – jalan depan dataran Sogo tu ja. Bapak – bapak polis penuh sana – sini. SB-SB juga merayap di merata-rata. Tak ada suasana yang panas, semuanya cool dan santai saja. Tokoh yang aku nampak macam A Samad Said, yang lain aku tak berapa kenal.

Lebih kurang setengah jam lebih kat situ, member aku ajak aku belah. Aku pun belah p kat parking moto kat depan pejabat. Bila dah gerak naik moto, aku jadi macam tak puas hati. Aku belok moto aku masuk jalan Tunku Abdul Rahman balik p kat depan Sogo sekali lagi. Kali ni duk seberang jalan atas moto duk tgk suasana kat Sogo. Tapi keadaan still macam tadi, orang ramai yang datang semuanya cool dan santai ja. Dari seberang jalan aku nampak Ketua  Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar duk bercakap dengan polis. Aku terus p parking moto aku, dan aku sekali lagi p join orang ramai yang duk berkumpul kat depan Sogo.

Wartawan penuh serbu A. Samad Said, tengok gelagat wartawan ni teringat aku masa jadi wartawan sambilan dulu. Sesekali pikir best jugak jadi wartawan ni. Aku borak-borak dengan pakcik kat sebelah aku, dia cakap dari pukul dua setengah tadi orang dah mula berkumpul kat depan Sogo, Tian Chua semua ada time tu. Aku time tu duk dalam kedai makan lg..pukul 3 lebih baru aku p depan Sogo. Pakcik tu pun tunjuk la kat aku gambar-gambar yang dia sempat ambik. Aku pun layan la tgk…aku nak ambil gambar pun, aku tak berkemera, handfon aku pn cuma boleh sms ngan kol ja belum ada kemera.

Lebih kurang setengah lebih kat situ aku pun belah balik rumah. Lagi pun time tu orang dah ramai gerak balik. Bila aku sampai ja kat rumah, member aku yang duduk kat Shah Alam baru masej aku tanya ada kat mana, dia kata dia tgh ada kat depan Sogo. Alamak geng…aku baru ja belah……hahaha

Kesimpulan perhimpunan tadi kira berjaya la…sebelum ni pun anggaran orang yang akan datang ke demo tu dalam 500 orang tapi tadi aku tgk lebih dari 500 orang..dekat 1000 jugak yang datang tadi. Keadaan pun tenang, polis – polis pantau dari jauh dan tak ada lori FRU ngan meriam air. Bagi aku, itu demo yang santai…mungkin 7 Mac 2009 nanti akan lebih panas kerana usaha penganjur untuk menghimpunkan 100 ribu pengunjung. Sama – sama kita nantikan dan yang pastinya aku akan berusaha untuk join perhimpunan 7 Mac 2009 nanti….

January 31, 2009 Posted by suarasaktii | peribadi | | No Comments Yet

Tiada masa untuk menulis artikel baru

Salam,

Suarasaktii buat masa ni tidak berkesempatan untuk mencoret karya-karya penulisan baru bagi merancana minda. Ini kerana Suarasaktii agak sibuk dan kesempitan waktu buat masa ini bagi menulis artikel-artikel baru. Walaupun sekarang ini banyak isu-isu politik dan ekonomi yang agak menarik untuk diulas oleh Suarasaktii namun masa dan keadaan tidak begitu mengizinkan. Insyaallah Suarasaktii akan kembali dalam sedikit masa lagi sekira ada masa kelapangan. Salam Blogger Untuk Semua.

October 22, 2008 Posted by suarasaktii | peribadi | | No Comments Yet

Rumah Terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan PKR

Salaam kepada semua rakan-rakan sekalian. Saya ingin menjemput saudara/saudari/datuk/datin menghadiri Majlis Rumah Terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pimpinan KeADILan di :

-Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru
-12 Oktober 2008
-2-5 ptg.

Moga dengan kehadiran tuan/puan dapat menyerikan lagi majlis tersebut.

October 5, 2008 Posted by suarasaktii | peribadi | | 2 Comments

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Suarasaktii mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin, semoga kalian semua mendapat kerahmatan dan kebahagian pada hari raya ini. Kepada mereka yang pulang beraya di kampung, suarasaktii mengucapkan selamat pulang beraya dan berhati-hati semasa di jalan raya agar kita selamat pergi dan selamat pulang.

September 30, 2008 Posted by suarasaktii | peribadi | | No Comments Yet