SuaraSaktii

Suara Rakyat Suara Keramat

Tolong Umno Umpama Tolak Kereta Rosak

“Tolong Umno ni umpama kita tolong menolak kereta rosak, bila kereta tu dah boleh jalan prroommm kereta tu pergi tinggalkan kita. Sekarang ni kereta (Umno) tu semput nak rosak lagi, dia pun panggil kita tolong tolak lagi.”

Itulah antara bibit ucapan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sewaktu menyampaikan ceramahnya di Guar Perahu malam semalam. Memang benar dan tetap sekali apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz ini.

Umno pernah sekitar tahun 70an dahulu selepas mengalami kekalahan teruk pada pilihanraya 1969, dan pada masa itu mereka meminta bantuan PAS dengan mengajak PAS menyertai Barisan Nasional. Tapi natijahnya apa bila Umno itu sudah kuat semula, PAS dipandang sepi oleh Umno dan ditendang keluar hingga menyebabkan berlaku perpecahan di dalam PAS pada waktu itu.

Kini pada 8 Mac yang lalu, kereta (Umno) ini rosak lagi, dan kerosakan ini lebih teruk kerana dihukum oleh rakyat disebabkan kezaliman dan kerakusan Umno itu sendiri. Maka mereka cuba meminta bantuan PAS untuk menolak kereta mereka bagi boleh bergerak lancar semula melalui muqaballah dan musyawarah. Namun PAS tidak mudah untuk tertipu buat kali kedua.

May 28, 2009 - Posted by suarasaktii | PRK Dun Penanti, Politik Malaysia Semasa | | No Comments Yet

No comments yet.

Leave a comment