Pakatan Rakyat Jangan Terlalu Gembira
Kepada semua penyokong Pakatan Rakyat jangan terlalu gembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Ini kerana keputusan yang berpihak kepada DS Nizar serta Pakatan Rakyat semalam bukan bermaksud kemenangan sebenar dalam pergolakan politik di Perak kepada Pakatan Rakyat. Pelbagai perkara lagi kemungkinan boleh timbul serta terjadi.
Ini kerana, mungkin mahkamah akan menerima rayuan yang dibuat oleh Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam. Kemungkinan juga Speker haram BN boleh memanggil persidangan tergempar dalam masa terdekat ini bagi membuat usul undi tidak percaya kepada DS Nizar bagi menggugurkannya sebagai Menteri Besar Perak. Ini tidak mustahil kerana mereka mempunyai majoriti dan disokong oleh 3 Adun bebas. Tetapi jika Pakatan Rakyat di Perak mengambil langkah yang sama seperti mana BN lakukan kepada mereka sewaktu awal Mac dahulu dengan mengunci pintu Dewan Undangan Negeri dan membiarkan mereka melakukan persidangan di bawah pokok.
Namun, apa pun kini nasib Pakatan Rakyat terletak kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah. Jika Raja Nazrin berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak barulah boleh dikatakan 80% kemenangan itu kini berpihak kepada Pakatan Rakyat di Perak. Lagi 20% akan ditentukan dalam pilihanraya negeri Perak. Saya berani mengatakan 20% sahaja lagi yang akan ditentukan oleh pilihanraya negeri Perak kerana, saya percaya malah yakin, Pakatan Rakyat akan mendapat kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri Perak jika pilihanraya negeri Perak dijalankan, ini berdasarkan situasi penolakan terhadap Umno/Barisan Nasional yang kita semua sedia maklum.
Dalam keadaan sekarang, keadaan hanya 50 – 50 dan macam – macam perkara lagi sebenarnya boleh berlaku.
No comments yet.
Leave a comment
-
Archives
- November 2009 (1)
- October 2009 (1)
- September 2009 (1)
- August 2009 (1)
- July 2009 (3)
- June 2009 (2)
- May 2009 (25)
- April 2009 (8)
- March 2009 (2)
- February 2009 (6)
- January 2009 (7)
- December 2008 (2)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS




