SuaraSaktii

Suara Rakyat Suara Keramat

CheGuBard Di IPD Bukit Mertajam 3 PM

CheGuBard akan lapor diri di IPD Bukit Mertajam jam 3 Petang ini berikutan waran yang diterimanya semalam. Waran itu dikeluarkan oleh pihak polis kononnya ada laporan (akta hasutan) sewaktu ceramah CheGubard di Penanti semalam.

May 29, 2009 Posted by suarasaktii | PRK Dun Penanti, Politik Malaysia Semasa | | No Comments Yet

Tolong Umno Umpama Tolak Kereta Rosak

“Tolong Umno ni umpama kita tolong menolak kereta rosak, bila kereta tu dah boleh jalan prroommm kereta tu pergi tinggalkan kita. Sekarang ni kereta (Umno) tu semput nak rosak lagi, dia pun panggil kita tolong tolak lagi.”

Itulah antara bibit ucapan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sewaktu menyampaikan ceramahnya di Guar Perahu malam semalam. Memang benar dan tetap sekali apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz ini.

Umno pernah sekitar tahun 70an dahulu selepas mengalami kekalahan teruk pada pilihanraya 1969, dan pada masa itu mereka meminta bantuan PAS dengan mengajak PAS menyertai Barisan Nasional. Tapi natijahnya apa bila Umno itu sudah kuat semula, PAS dipandang sepi oleh Umno dan ditendang keluar hingga menyebabkan berlaku perpecahan di dalam PAS pada waktu itu.

Kini pada 8 Mac yang lalu, kereta (Umno) ini rosak lagi, dan kerosakan ini lebih teruk kerana dihukum oleh rakyat disebabkan kezaliman dan kerakusan Umno itu sendiri. Maka mereka cuba meminta bantuan PAS untuk menolak kereta mereka bagi boleh bergerak lancar semula melalui muqaballah dan musyawarah. Namun PAS tidak mudah untuk tertipu buat kali kedua.

May 28, 2009 Posted by suarasaktii | PRK Dun Penanti, Politik Malaysia Semasa | | No Comments Yet

Anwar: Calon Bebas Proksi Umno

Dato Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya semalam di Padang Berapit, tegas mengatakan bahawa calon bebas yang bertanding pada pilihanraya kecil Dun Penanti ini adalah proksi kepada Umno dan Barisan Nasional.

Dakwaan Dato Seri Anwar ini berasaskan tindakan media massa seperti TV3, RTM, Utusan Malaysia dan Berita Harian yang memberikan liputan serta menonjolkan calon bebas yang bertanding dalam PRK Dun Penanti ini secara istemewa.

Dato Seri Anwar menegaskan lagi, Umno tidak berani meletakkan calon dalam PRK Dun Penanti ini kerana bimbang akan dimalukan oleh pengundi di kawasan itu tetapi bertindak dengan meletakkan calon bebas. Oleh yang demikian  Dato Seri Anwar menyeru kepada seluruh pengundi di kawasan Dun Penanti agar mengundi calon dari Parti Keadilan Rakyat Dr Mansor Osman dari parti PKR menang dengan majoriti yang besar sekaligus membuatkan calon bebas yang bertanding hilang wang pertaruhan.

Ceramah perdana  yang merupakan sebahagian dari kempen PRK Dun Penanti semalam turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak (Pakatan Rakyat) Dato Seri Nizar Jamauludin, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ketua AMK Malaysia Shamsul Iskandar dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Hampir 8 000 penyokong Pakatan Rakyat hadir dalam ceramah tersebut.

May 24, 2009 Posted by suarasaktii | PRK Dun Penanti, Politik Malaysia Semasa | | No Comments Yet

Penamaan Calon PRK DUN Penanti.

Penamaan calon Pilihanraya Kecil  (PRK) Dun Penanti petang tadi berjalan lancar dan baik tanpa ada sebarang ketegangan mahupun kekecohan. Jumlah penyokong Pakatan Rakyat yang hadir dalam jumlah hampir 3000 orang menyaksikan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat tetap sama dan tidak pernah luntur.

Namun terdapat juga cakap – cakap yang mengatakan kehangatan hari penamaan calon PRK Dun Penanti kali ini tidak sehebat PRK Parlimen Parmatang Pauh tempoh hari. Bagi aku, memang tidak akan ada PRK yang mampu menyaingi PRK Permatang Pauh 26 Ogos 2008 yang lalu kerana PRK tersebut adalah “IBU SEGALA PILIHANRAYA KECIL”.

Antara faktor yang paling ketara yang menyebabkan penamaan calon PRK Dun Penanti tadi kurang “panas”, adalah disebabkan ketiadaan calon Umno dalam persaingan kali ini. Tidak ada jeritan “Altantuya” atau “Monggolia” pada hari penamaan calon petang tadi.

Apa pun, dengan tamatnya penamaan calon petang tadi dengan 5 mengemukan borang pertandingan dan hanya 4 yang layak bertanding dan satu ditolak SPR, menandakan bermulanya tempoh kempen bagi PRK Dun Penanti hinggalah jam 12 tengah malam 30 Mei 2009.

Malam ini, akan berlangsung ceramah umum yang melibatkan YB Dato Seri Anwar Ibrahim, YAB Dato Seri Hj Haji Nizar Jamaluddin dan YAB Lim Guan Eng. Saya akan terus membuat liputan sepanjang tempoh kempen ini untuk maklumat sekelian pembaca.

May 23, 2009 Posted by suarasaktii | PRK Dun Penanti, Politik Malaysia Semasa | | No Comments Yet

Umno Takut Dengan Lilin

Sejak akhir-akhir ini dan lebih nyata semenjak Najib menjadi Perdana Menteri, mereka seolah – olah begitu takut dengan acara menyalakan lilin.

Kita dapat perhatikan setiap kali acara menyalakan lilin diadakan oleh pihak NGO atau pihak pembangkang pasti polis dengan arahan Umno/barisan nasional cepat tangkas dan ganas menangkap mereka yang menyalakan lilin tersebut.

Tidak kira aktivis, ahli parlimen mahupun wartawan akan ditangkap jika terlibat dengan dengan acara menyalakan lili. Yang terbaru malam semalam dua ahli parlimen DAP ditangkap di Seputeh kerana mengadakan acara menyalakan lilin.

Mungkin ada suatu rahsia yang menyebabkan Najib begitu takut dengan nyalaan lilin hehe

May 20, 2009 Posted by suarasaktii | Politik Malaysia Semasa | | No Comments Yet