Adakah Mahkamah Kita Mula Bebas atau Satu Populis?
Hari ini 7 November 2008 melihatkan 2 kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan badan kehakiman negara. Pertama dengan pembebasan Raja Petra dari Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dan kedua adalah Dato Seri Anwar berjaya mengekalkan kes fitnah terhadap beliau di Mahkamah Syeksyen Jalan Duta tanpa perlu dipindah ke Mahkamah Tinggi seperti mana yang dimahukan oleh pihak pendakwa.
Semua ini menunjukkan seoalah – olah badan kehakiman negara kita sudah mula berani bertindak atas pertimbangan mereka sendiri tidak seperti sebelum ini yang mana banyak keputusan yang dilakukan adalah atas pertimbangan Umno dan Barisan Nasional.
Adakah ini menunjukkan bahawa badan kehakiman kita sudah mula bebas seperti era 80an dahulu atau ianya satu tindakan populis yang mempunyai agenda tertentu disebaliknya.
Jika benar badan kehakiman kita sudah mula pulih dan bebas pujian harus diberikan kepada Abdullah Ahmad Badawi dengan usahanya untuk melakukan reformasi dalam badan kehakiman negara serta rakyat Malaysia yang tidak jemu-jemu berjuang demi kebebasan badan kehakiman.
Namun jika tindakan ini hanya populis bagi menyambung jangka hayat Umno dan Barisan Nasional maka nasib badan kehakiman kita akan terus diperkudakan demi kepentingan politik.
Apa pun saya sebagai rakyat Malaysia mahu melihat badan kehakiman kita menjadi benar-benar bebas dan bertindak atas pertimbangan undang – undang yang sebenar tanpa dikongkong oleh mana – mana pihak politik baik dari pihak pemerintah atau pembangkang.
Saya bukan mahukan 100% keputusan mahkamah itu hanya berpihak kepada Pakatan Rakyat atau pembangkang tetapi saya sebagai rakyat Malaysia mahukan konsep keadilan yang sebenar iaitu “meletakkan sesuatu hak itu ditempatnya”
-
Archives
- November 2009 (1)
- October 2009 (1)
- September 2009 (1)
- August 2009 (1)
- July 2009 (3)
- June 2009 (2)
- May 2009 (25)
- April 2009 (8)
- March 2009 (2)
- February 2009 (6)
- January 2009 (7)
- December 2008 (2)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS




