SuaraSaktii

Suara Rakyat Suara Keramat

Semua negeri Pakatan Rakyat patut haramkan “Karnival Jom Heboh Tv3″

Sekarang ini Stesen Televisyen Malaysia Berhad TV3 sedang galak dengan penganjuran program Karnival Jom Heboh mereka ke serata negara. Terbaru, ketika artikel ini sedang ditulis, Karnival Jom Heboh ini sedang diadakan di Sarawak. Program yang bersifat mencari keuntungan dan maksiat ini dilihat mendapat sambutan penuh kerajaan pusat United Malay National Organization atau nama ringkasnya UMNO. Ini kerana TV3 dalam media swasta yang dilihat sebagai anak emas kepada pihak UMNO ini. Bahkan boleh dikatakan TV3 ini adalah kuda tunggangan kepada UMNO demi mempertahankan kuasa politik mereka.

Jelas terang dan lagi bersuluh, TV3 ini memang bersikap berat sebelah dalam menyiarkan berita kepada rakyat. Tidak ada yang elok tentang pembangkang yang diceritakan oleh mereka. Pada kaca mata mereka menyokong pembangkang itu adalah satu dosa besar yang amat dasyat sekali. Oleh itu saban hari, baik dari sebelum pilihanraya hingga selepas pilihanraya, pihak TV3 ini tidak habis membelasah Kerajaan – kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Mereka cuba menggambarkan kepada penonton yang kerajaan negeri pakatan rakyat ini amat jelek dan teruk sekali.

Dalam masa yang sama, usaha mengampu terus dilakukan kepada pihak umno dan barisan nasional. Tidak ada yang buruk tentang umno dan barisan nasional ini. Semua yang cuba digambarkan adalah baik dan indah belaka. Pujian dan sanjungan tidak jemu-jemu dilemparkan kepada umno dan barisan nasional kononnya merekalah kerajaan yang paling di dunia ini dan tidak ada yang seumpanya.

Jadi adalah amat wajar jika kelima-lima negeri Pakatan Rakyat ini mengharamkan penganjuran program “Jom Heboh” ini dari diadakan. Ini bagi tujuan mengajar pihak TV3 ini agar mereka sedar jangan menjadi kuda tunggangan kepada UMNO dan Barisan Nasional. Agar mereka juga tahu, kerajaan negeri pakatan rakyat yang sering mereka belasah dalam laporan-laporan berita mereka juga mempunyai kuasa untuk bertindak balas. Pangharaman ini juga dilihat wajar kerana, program “Jom Heboh” itu tidak membawa apa manfaat kepada rakyat dan lebih menjurus kepada kemaksiatan.

Maklumat terbaru saya terima, Kerajaan Negeri Selangor telah pun bertindak mengharamkan program “Jom Heboh” ini dari diadakan di Selangor. Dan tindakan ini wajar dicontohi oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain seperti Palau Pinang, Perak, Kedah dan semestinya Kelantan. Jika Lim Guan Eng di Pulau Pinang mengharamkan “Jom Heboh” ini dari diadakan di Pulau Pinang, saya sebagai rakyat negeri Pulau Pinang pasti akan rasa lebih berbangga. Biar “Jom Heboh” ini hanya releven di negeri Johor Darul Umno sahaja.

October 26, 2008 Posted by suarasaktii | Umum | | 1 Comment

Tiada masa untuk menulis artikel baru

Salam,

Suarasaktii buat masa ni tidak berkesempatan untuk mencoret karya-karya penulisan baru bagi merancana minda. Ini kerana Suarasaktii agak sibuk dan kesempitan waktu buat masa ini bagi menulis artikel-artikel baru. Walaupun sekarang ini banyak isu-isu politik dan ekonomi yang agak menarik untuk diulas oleh Suarasaktii namun masa dan keadaan tidak begitu mengizinkan. Insyaallah Suarasaktii akan kembali dalam sedikit masa lagi sekira ada masa kelapangan. Salam Blogger Untuk Semua.

October 22, 2008 Posted by suarasaktii | peribadi | | No Comments Yet

Pak Lah “Bapa Demokrasi” atau “Bapa Mentua Khairy”

Macam nak pitam saya bila menonton buletin utama 12 Okt 2008 apabila siaran berita tersebut menyatakan Pak Lah “bapa demokrasi” Malaysia. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden GERAKAN yang bari Tan Sri Dr Toh Shu Koon. Apa metod yang telah digunakan oleh Tho Shu Koon hingga dia menjumpai jawapan yang Pak Lah adalah “bapa demokrasi” Malaysia. Mungkin semua itu pemanis-pemanis mulut terakhir yang cuba diberikan GERAKAN kepada Pak Lah agar nyenyak tidurnya hingga sampai bulan Mac tahun depan.

Adakah Pak Lah “Bapa Demokrasi” jika:

  1. Berpuluh lagi tahanan ISA yang masih meringkuk dalam kem Tahanan Kemunting hingga ada yang sudah lebih 6 tahun disana.
  2. Wartawan yang melaporkan perkara sebenar di ISA kan
  3. Pengendali lama blog ditahan
  4. Mahasiswa masih terantai dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti
  5. Media massa yang dikongkong hebat oleh kerajaan
  6. Pilihanraya yang masih belum benar-benar telus
  7. Rakyat yang berhimpun ditangkap dan dipukul
  8. Amat sukar meluluskan permit perhimpun yang dianjurkan pembangkang
  9. Badan Kepolisian yang dikawal penuh oleh kerajaan
  10. Hakim dilantik melalui telefon
  11. Menggunakan jentera-jentera kerajaan dalam kempen pilihanraya umum
  12. Pengundi hantu yang sentiasa wujud dalam pilihanraya
  13. Memainkan isu perkauman
  14. dan kalau ada lagi boleh saudara pembaca tambah

Sebab itu bagi saya, yang tepat Pak lah bukan “Bapa Demokrasi” tapi ” Bapa Mentua Khairy”

October 13, 2008 Posted by suarasaktii | Politik Malaysia Semasa | | 2 Comments

Pak Lah, Perdana Menteri Saya

Pak Lah umum tidak akan bertanding jawatan Presiden Umno

Perdana Menteri saya Dato Seri Abdul Ahmad Badawi hari ini 8 Okt 2008 telah mengumumkan yang beliau tidak akan bertanding kerusi jawatan presiden umno yang akan berlangsung Mac tahun depan. Maka gegak gempitalah bumi Malaysia dengan pengumuman Pak Lah perdana menteri saya ini yang sememangnya telah dijangkakan. Bergegaslah penyokong yang telah diberi upah dan duit tambang pergi ke Putrajaya dengan membawa kain rentang yang telah diberikan bagi menyatakan sokongan terakhir kepada Pak lah perdana menteri saya. Maka tersenyumlah Pak Lah dalam tangisan dan beliau merasakan rupanya masih ada sokongan rakyat terhadapnya.

Najib mula buat muka selamba, Najib cuba mengambarkan kepada dunia seolah-olah beliau tidak redha dengan pengundurun diri Pak Lah sebagai Presiden dan Perdana Menteri Malaysia. Najib cuba menerankan air mata apabila mengdengar keputusan Pak Lah bagi menggambarkan keikhlasan hatinya kepada Pak Lah. Tangisan dalam ketawa Najib itu tetap dapat dibaca rakyat jelata. Rosmah menjerit bagai histeria kerana tahu suaminya akan menjadi Perdana Menteri kelak, jadi hantu altantuya pasti tidak akan berani menghampiri atau menganggu tidurnya lagi.

Mahathir tersenyum ceria, namun jauh disudut hatinya dia masih curiga dengan pengumuman Pak Lah ini. Mahathir masih tidak percaya yang Pak Lah akan benar-benar melepaskan jawatan perdana menteri Mac tahun depan. Pasti kalau boleh, Mahathir mahukan Pak Lah melepaskam jawatan perdana menteri minggu depan.

Walaupun saya tidak sehaluan dengan Mahathir, namun hati kecil saya turut merasakan yang Pak Lah mungkin ada muslihat dengan pengumuman beliau melepaskan jawatan Mac depan.  Dalam tempoh lima bulan ini, macam-macam boleh berlaku. Mungkin Pak Lah membuat pengumuman tersebut, kerana hanya mahu meredakan tekanan pelbagai pihak keatasnya bagi melepaskan jawatan. Dalam dalam tempoh lima bulan ini perancangan sudah siap sedia terancang bagi Pak Lah meneruskan kuasanya. Mana bisa menantunya Khairy Jamaluddin membiarkan bapa mentua kesayangannya berundur begitu sahaja sedangkan dia belum cukup dalam kerajaan Barisana Nasional.

October 8, 2008 Posted by suarasaktii | Politik Malaysia Semasa | | 4 Comments

Kegawatan ekonomi bakal melanda Malaysia

Mungkin ada diantara kita yang masih belum perasan atau terasa yang kini gelombang kegawatan ekonomi dunia semakin hari semakin menghampiri Malaysia. Cetusannya mula berlaku di negara kapitalis nombor satu dunia iaitu Amerika Syarikat. Bank-bank di Amerika kini sedang mengalami krisis kewangan yang hebat, syarikat-syarikat besar kapitalis di Amerika kini sudah banyak yang jatuh bangkrap dan nilai dollar serta mata wang utama dunia kini mula jatuh menjunam. Indeks-indeks pasaran saham dunia juga kini kian menjunam.

Arus ini akan merebak ke seluruh dunia terutama kepada negara yang bergantung ekonomi kapitalisnya dengan Amerika Syarikat termasuklah Malaysia. Mungkin dalam tempoh tiga atau enam bulan lagi gelombang itu pasti akan sampai ke Malaysia dan ramai penganalisis ekonomi dunia meramalkan yang krisis ekonomi yang bakal berlaku nanti lebih parah dari krisis ekonomi yang berlaku pada 1997 dan 1998 dahulu.

Pada 1997 dan 1998 dahulu Malaysia mengalami krisis ekonomi kerana kebodohan Nor Mohemad Yaccob yang memperdagangkan Ringgit Malaysia di pasaran dunia lantas diambil kesempatan oleh pedagang-pedagang mata wang dunia hingga menyebabkan kejatuhan nilai Ringgit dan inflasi melambung tinggi. Tetapi kini, krisis ekonomi yang bakal berlaku adalah disebabkan oleh kejatuhan ekonomi Amerika yang merupakan “ibu” segala kapitalis, sudah pastinya krisis yang bakal kita hadapi kelak adalah lebih teruk dari 1997/1998.

Inilah hukum kapitalis, setiap 10 tahun sekali mereka akan membenarkan kegawatan ekonomi ini berlaku demi mengimbangkan keuntungan mereka. Maka natijahnya nanti yang boleh kita lihat:-

  • Banyak kilang-kilang akan ditutup
  • Ramai rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan
  • Graduan yang telah dan akan menamatkan pelajaran akan gelap masa depannya
  • Penganguran akan meningkat dengan berlipat kali ganda
  • Jenayah kemanusiaan dan harta benda akan meningkat
  • NAJIB YANG JADI MENTERI KEWANGAN AKAN PENING KEPALA DAN MUNGKIN SUKAR UNTUK DIA MENJADI PM (Sebab tu Pak Lah lepas siap2 jawatan Menteri Kewangan kepada Najib sebab dia nak Najib tanggung semua ni)

October 5, 2008 Posted by suarasaktii | Ekonomi | | 1 Comment