SuaraSaktii

Suara Rakyat Suara Keramat

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Suarasaktii mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin, semoga kalian semua mendapat kerahmatan dan kebahagian pada hari raya ini. Kepada mereka yang pulang beraya di kampung, suarasaktii mengucapkan selamat pulang beraya dan berhati-hati semasa di jalan raya agar kita selamat pergi dan selamat pulang.

September 30, 2008 Posted by suarasaktii | peribadi | | No Comments Yet

20 Sept tetap dalam ingatan

Sekali lagi saya hampir terlupa, ketika saya menulis artikel ini kita telah pun sedikit melewati tanggal 20 Sept 2008. Kenapa dengan tarikh 20 Sept ini? ada apa dengan 20 sept ini?

20 Sept 2008 genaplah 10 tahun peristiwa Dato Seri Anwar ditangkap oleh polis atas arahan Umno dan Barisan Nasional yang ketika itu dikepalai oleh Dr Mahathir. Pada malam 20 Sept 1998 rumah Dato Seri Anwar telah diserbu oleh pasukan khas polis bertopeng bagi menangkap Dato Seri Anwar dan ditahan dibawah ISA.

Pada petang 20 Sept 1998 Dato Seri Anwar telah mengadakan perhimpunan rasaksa di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Bandar Kuala Lumpur penuh dengan lautan manusia yang menentang kezaliman yang dilakukan oleh Dr Mahathir.

Pada malam tersebut Dato Seri Anwar telah mengadakan sidang media di rumahnya. Ketika sidang media tersebut, rumah Dato Seri Anwar telah diserbu oleh pasukan Unit Tindak Khas Polis Diraja Malaysia yang diarahkan oleh Dr Mahathir dan Umno. Boleh dikatakan ratusan polis berpoteng dan lengkap bersenjata menyerbu rumah Dato Seri Anwar bagi menangkap beliau.

Dengan keadaan yang begitu tegang pada waktu itu, Dato Seri Anwar dengan tenang mengikut arahan pihak polis yang mahu menahan beliau. Akhirnya beliau dibawa menaiki van ke Bukit Aman. Maka bermula episod derita dan penyiksaan terhadap Dato Seri Anwar selama 6 tahun sebelum dibebaskan pada tahun 2003.

Pada malam 20 Sept 1998 itu juga, setelah sampai di Bukit Aman, Dato Seri Anwar telah dibelasah teruk oleh Ketua Polis Negara pada waktu Tan Sri Rahim Nor hingga menyebabkan mata Dato Seri Anwar lebam dan mengalami kecederaan tulang belakang yang serius yang terpaksa ditanggung oleh beliau hingga hari ini.

Berdasarkan beberapa sumber mengatakan, pukulan dan siksaan yang dilakukan terhadap Dato Seri Anwar pada malam itu adalah bertujuan membunuh beliau atau sekurang-kurang meninggalkan kesan yang teruk pada fizikal beliau agar perjuangan politik Dato Seri Anwar terus berkubur. Namun Allah mengurniakan kekuatan kepada Dato Seri Anwar dalam menerima siksaan tersebut.

Pada hari Dato Seri Anwar dibawa ke Mahkamah seluruh Malaysia bahkan dunia terkejut melihat fizikal Dato Seri Anwar yang begitu teruk. Matanya lebam dan sampai satu tahap beliau terpaksa berkerusi roda. Mahkamah juga telah melarang Dato Seri Anwar dari diikat jamin atas alasan rusuhan akan terus berleluasa jika Dato Seri Anwar bebas dengan ikat jamin.

Maka bermula dari tarikh 20 Sept 1998 itu Dato Seri Anwar terus terkurung di penjara dan diseksa hingga tahun 2003. Kini Dato Seri Anwar kembali tanpa rasa serik dan putus asa untuk terus berjuang demi keadilan dan menegakkan kebenaran.

September 21, 2008 Posted by suarasaktii | sejarah | | 2 Comments

Saya takut bila Pak Lah kata “TIDAK dan TIADA”

Abdullah juga berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) “terhadap Anwar atau sesiapapun”.

“Saya tiada apa-apa rancangan untuk mengenakan ISA kepada sesiapa pun. Saya tidak kata apa-apa pun. Kalau ada orang terasa dia nak kena ISA itu, mungkin dia rasa bersalah, saya tidak tahulah,” katanya. (sumber:malaysiakini.com)

Saya sememangnya takut dan gelisah apabila Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan perkataan “tidak dan tiada”. Ini kerana Pak Lah sering berbahasa sonsang dalam bahasanya. Seperti dalam petikan berita dari malaysiakini.com diatas, Pak Lah perdana menteri saya sekali lagi mengeluarkan perkataan “tidak dan tiada” apabila ditanya wartawan tentang pengunaan ISA terhadap Dato Seri Anwar. Ini kerana saya takut perkataan “tidak dan tiada” itu jika diterjemahkan dalam bahasa sebenar Pak Lah, bermaksud “Ya dan ada“. Ini yang saya bimbang dan risau jika Perdana Menteri saya sekarang ini akan mengenakan ISA terhadap bakal Perdana Menteri saya.

Kerisauan dan kebimbangan saya ini rasanya berasas kerana:

  1. Pak Lah sewaktu mula menjawat jawatan perdana menteri, beliau berkata tidak akan ada rasuah dalam pertadbirannya nanti. Tetapi rasuah dilihat menjadi-jadi zaman pentadbirannya.
  2. Pak Lah berkata tiada konkongan terhadap media dan mahu mengamalkan sikap terbuka. Namun Utusan Malaysia, TV3 dan seangkatan dengannya makin kuat dicucuk hidung mereka.
  3. Pak Lah pernah berkata yang parlimen tidak akan dibubarkan pada 13 Februari 2008 bagi membolehkan PRU-12 dijalankan. Namun parlimen dibubarkan juga pada 13 Februari 2008.
  4. Pak Lah berkata, tidak akan menaikkan harga minyak pada tahun ini sewaktu kempen pilihanraya. Namun harga minyak dinaikkan juga.
  5. Pak Lah pernah berkata, Umno dan Barisan Nasional tidak akan menggunakan isu tuduhan fitnah liwat terhadap Dato Seri Anwar sebagai modal kempen mereka di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 26 Ogos yang lalu. Namun isu itu yang menjadi modal dan isu utama kempen Umno dan Barisan Nasional di Permatang Pauh.
  6. Hari ini Pak Lah berkata, tidak akan mengenakan ISA kepada Dato Seri Anwar, aaaarrrggggghhhhh tidakkkk apakah maksud “tidak” Pak Lah kali ini???????

Namun jika pembaca bersetuju dengan teori saya ini, mungkin kita juga boleh merasa sedikit gembira dengan perkataan “tidak dan tiada” Pak Lah ini.

Ini kerana sejak akhir-akhir ini Pak Lah juga sering menyebut:

  1. Tiada ahli parlimen Barisan Nasional yang akan menyertai Pakatan Rakyat.
  2. Pakatan Rakyat tidak akan berjaya bentuk kerajaan persekutuan.
  3. Dalam perbentangan bajet baru-baru ini, Pak Lah dengan sinis mengatakan “saya tidak akan membenarkan ganguan ini” yang merujuk kepada percubaan Pakatan Rakyat mahu menubuhkan kerajaan.

Saya harap dan doakan, agar perkataan “tidak dan tiada” Pak Lah kali ini juga membawa makna sonsang seperti yang diucapkannya sebelum ini.

September 19, 2008 Posted by suarasaktii | Politik Malaysia Semasa | | 2 Comments

Anwar atau Pak Lah yang berdolak-dalih??

Persoalan mula timbul di hati saya siapa yang sebenarnya sedang berdolak-dalih dalam perkembangan politik semasa Malaysia ini. Dato Seri Anwar atau Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi??

Pada mulanya pihak Umno dan Barisan Nasional menuduh Dato Seri Anwar kononnya beliau sering berdolak-dalih dalam hal penubuhan kerajaan baru ini. Umno dan Barisan Nasional mengatakan yang Dato Seri Anwar berdolak-dalih apa bila diminta oleh mereka untuk mendedahkan senarai nama ahli parlimen BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Dengan keengganan Dato Seri Anwar mendedahkan senarai nama tersebut, pihak Umno dan Barisan Nasional mengatakan yang dakwaan Dato Seri Anwar tentang penyeberangan ahli parliman BN ke Pakatan Rakyat hanyalah omongan kosong. Mereka juga dengan yakin mengatakan Pakatan Rakyat tidak akan dapat membentuk kerajaan kerana tidak ada ahli parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat.

Namun, pihak Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Pak Lah pada 15 Sept 2008 yang lalu untuk tujuan berbincang tentang “keselamatan dan hala tuju kepimpinan negara” dan pada masa yang sama akan menunjukkan senarai ahli parlimen BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Namun, perlawaan sopan Pakatan Rakyat itu ditolak dengan kasar oleh Pak Lah, dan Pak Lah mengatakan tidak perlu berbincang akan soal itu. Sedangkan pada masa yang sama mereka mahu tahu siapa dan berapa ahli parlimen BN yang telah menyertai Pakatan Rakyat tetapi apabila hendak diberi tahu mereka pula enggan mendengarnya. Pak Lah juga menyatakan, surat yang disampaikan kepadanya itu bukan tujuan untuk berbincang tentang soal peralihan kuasa sebaliknya Pak Lah mendakwa surat itu adalah untuk membincangkan tentang keselamatn negara.

Agaknya Pak Lah tidak memahami “bahasa surat” atau enggan untuk faham atau takut untuk faham. Seperti yang dinyatakan oleh Dato Seri Anwar, surat itu bertujuan mahu membincangkan soal keselamatan dan hala tuju kepimpinan negara. Apakah Pak Lah tidak faham akan makna “hala tuju kepimpinan negara” itu. Bahasa yang bagaimana lagi harus digunakan oleh Pakatan Rakyat bagi memahami Pak Lah. Pakatan Rakyat tidak mahu menggunakan perkataan yang kasar seperti menggulingkan kerajaan, menjatuhkan kerajaan dan lain-lain kerana atas dasar hormat mereka kepada Pak Lah. Dan surat itu pun telah diedarkan kepada media siang tadi bagi membuktikan kandungan sebenar.

Pak Lah masih mahu berdalih dan enggan berjumpa dengan pihak Pakatan Rakyat dengan alasan kononnya surat tersebut bukan bertujuan untuk membincangkan soal peralihan kuasa. Ini alasan orang takut sebenarnya dan mahu lari dari kenyataan.

Siang tadi, pihak Pakatan Rakyat sekali lagi menghantar surat dengan mendesak Pak Lah agar mengadakan persidangan parlimen tergempar selewat-lewatnya 23 Sept ini bagi membahaskan undi tidak percaya kepada kepimpinan negara kerana ramai ahli parlimen BN telah bersama Pakatan Rakyat dan BN kini sudah hilang majoriti untuk memerintah. Dan dalam persidangan itu akan terjawab kepada BN akan siapa ahli parlimennya yang telah menyertai Pakatan Rakyat.

Namun, dalam sidang media balas petang tadi Pak Lah sekali lagi menolak permohonan Pakatan Rakyat itu dengan alasan tidak ada keperluan untuk parlimen bersidang tentang hal itu. Jelas sikap Pak Lah yang cuba berdolak-dalih dan mahu lari dari keadaan sebenar.

Jika pihak Umno dan Barisan Nasional yakin yang tidak ada ahli parlimennya yang akan menyertai Pakatan Rakyat seperti mana dakwaan mereka kepada media sebelum dan sekarang ini mengapa mereka perlu takut dan berdolak-dalih untuk berjumpa dengan pihak Pakatan Rakyat dan mengadakan persidangan parlimen tergempar ini.

Jika pihak Umno dan Barisan Nasional yakin yang perancangan penubuhan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat ini tidak akan berjaya dan hanya omongan kosong, saya rasa persidangan tergempar parlimen itu nanti akan menjadi medan terbaik kepada pihak Umno dan Barisan Nasional untuk menjatuhkan air muka dan memalukan Pakatan Rakyat. Cuba bayangkan apabila pengundian dilakukan, pihak Pakatan Rakyat gagal mendapat sokongan dari ahli parlimen BN seperti mana yang didakwa oleh Dato Seri Anwar sebelum ini. Pasti perkara ini akan menjatuhkan kredibiliti Pakatan Rakyat dan Dato Seri Anwar Ibrahim. Malahan saya percaya sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat juga akan merosot dengan teruk dan mungkin boleh memusnahkan terus masa depan Pakatan Rakyat itu.

Namun, mengapa peluang sebegini tidak mahu dimanfaatkan oleh pihak Umno dan Barisan Nasional?? Peluang sebegini seharusnya tidak ditolak oleh Umno dan Barisan Nasional kerana Pakatan Rakyat telah menghulurkan leher untuk disembelih. Saya katakan demikian kerana pihak Umno dan Barisan Nasional bersikap begitu yakin, yang tidak ada ahli parlimen mereka yang menyertai Pakatan Rakyat dan lantang mendakwa penubuhan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat itu satu omongan kosong. Sekarang NAH, gunakan lah peluang di persidangan parlimen tergempar tersebut bagi memanifestasikan keyakinan anda.

Namun peluang ini ditolak. Sekarang dapat dilihat siapa yang berdolak-dalih?? Siapa yang yakin dan tidak yakin??  dan siapa yang beromong kosong dan tidak??

September 19, 2008 Posted by suarasaktii | Politik Malaysia Semasa | | No Comments Yet

Mukhriz cadang Dr M dilantik penasihat Umno

Permohonan kemasukan semula mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Umno hendaklah diputuskan ketua cawangan dan bahagian yang bakal disertainya dan bukan melalui Majlis Tertinggi (MT), kata anggota Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir hari ini.

Mukhriz juga berharap yang bapanya itu, jika diterima balik, hendaklah dilantik sebagai penasihat Umno.(Sumber: malaysiakini)

Mahathir dan anaknya Mukhriz dilihat mahu memulakan era dinasti Mahathir yang berkuku besi dalam politik dan kerajaan Malaysia. Sistem politik Singapura yang 70% diamalkan di Malaysia selama ini mahu ditingkatkan kepada 100% dengan melantik Mahathir sebagai penasihat Umno. Ianya sama seperti Lee Kwan Yu yang menjadi menteri mentor di Singapura.

Di Singapura, pembangkangnya langsung tidak boleh bergerak dan demokrasinya langsung tidak subur. Situasi itulah yang cuba dihidupkan oleh Mahathir sewaktu era pemerintahan dengan membawa slogan “Asian Value” tetapi faedahnya hanya dibolot oleh kroni-kroni Umno apabila proses “check and balance” itu tidak wujud disebabkan pergerakan parti pembangkang yang disekat.

Cuma yang bezanya, Singapura demokrasinya tidak sihat namum pertumbuhan ekonomi cukup hebat dan rakyatnya dapat hidup selesa, hingga tiada rumah – rumah kos rendah dan flat dua bilik disana. Kebajikan rakyatnya cukup diberi perhatian oleh pemerintah  Singapura.

Tetapi di Malaysia, demokrasinya sering disekat dan sering dicabul, ekonominya pula kini semakin lembab pertumbuhannya dan makin ketinggalan di rantau Asia Tenggara ini disamping kebajikan rakyatnya juga masih ramai yang tidak terjaga hanya kroni umno dan barisan nasional yang merasa selesa.

Kini Mahathir yang dipapah oleh anaknya mahu mengusahakan kembali idea tersebut agar pemerintahan di Malaysia ini akan bergelar “Dinasti Mahathir” dan bersifat ditaktor akan terlaksana. Ini tidak mustahil akan terjadi kerana Pak Lah mahu tidak mahu akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Najib yang merupakan sekutu rapat Mahathir dan Najib yang sememangnya kita tahu “kosong” dalam pentadbiran itu akan menjadi boneka Mahathir.

Jawapan dan penyelesaian kepada kerisauan ini adalah, kita harus memastikan Pakatan Rakyat pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim akan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan dalam tempoh terdekat ini dan mengagalkan segala sudut perancangan jahat Umno dan Barisan Nasional sekaligus rakyat Malaysia akan menikmati keadilan, keharmonian dan demokrasi yang sihat dan subur di bumi bertuah ini.

September 17, 2008 Posted by suarasaktii | Politik Malaysia Semasa | | No Comments Yet