UMNO TEWAS DENGAN 5 ISU DAN BEBERAPA SUMPAH
Umum telah mengetahui, bukan sahaja rakyat Malaysia malahan seluruh dunia yang meneropong ke Permatang Pauh sepanjang tempoh kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu mengetahui yang Dato Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat telah memenangi pilihanraya kecil itu dengan begitu bergaya sekali dengan mendapat majoriti sebanyak 15671 pertambahan sebanyak 2272 majoriti dari PRU ke-12 yang lalu dan pada masa yang sama berjaya mengurangkan undi BN sebanyak 1426 daripada jumlah undi yang diperolehi oleh BN dalam PRU ke-12 yang lalu.
(Foto: anwaribrahimblog.com)
Walaupun Umno dan Barisan Nasional membawa lima (5) isu yang dikira besar bagi mereka, yang berbentuk serangan peribadi dan beberapa sumpah yang dibuat, Umno tetap tewas di Permatang Pauh. Bukan sahaja tewas, mereka juga gagal mengurangkan majoriti Dato Seri Anwar dan terpaksa menanggung malu kerana jumlah undi mereka juga turut berkurang. Antara isu-isu serangan peribadi yang telah dibawa oleh Umno di Permatang Pauh ialah:
Isu Liwat : Isu liwat ini menjadi modal politik utama umno sepanjang kempen di Permatang Pauh. Isu ini boleh dikatakan senjata pemusnah paling utama bagi umno untuk menggagalkan Dato Seri Anwar dalam pilihanraya tersebut. Isu liwat ini dicanang ke seluruh pelusuk bumi Permatang Pauh. Dalam kempen – kempen seharian mereka, mereka cuba mempengaruhi penduduk agar mempercayai Dato Seri Anwar terlibat dalam kes liwat ini dan mahu menunjukkan yang Dato Seri Anwar mempunyai nilai moral yang cukup rendah. Mereka menjatuhkan hukuman mendahului mahkamah kerana kes ini sedang berjalan di mahkamah. NAMUN MEREKA TETAP JUA GAGAL…..
Mendakwa Dato Seri Anwar egan orang Cina : Selain membawa isu liwat, mereka turut menyulami dengan isu yang mengatakan Dato Seri Anwar pada hari ini adalah agen kepada kaum cina. Mereka cuba menakut – nakutkan pengundi Melayu yang kononnya hak dan kedudukan orang Melayu akan terancam dan tergugat jika memilih Dato Seri Anwar yang mereka dakwa bertindak sebagai agen orang Cina. Dato Seri Anwar menjawab isu ini dengan tembakan yang tepat dengan mendakwa “Ya saya agen Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan. Saya agen rakyat!!” . Tembakan balas Dato Seri Anwar ini langsung tidak terjawab oleh Umno . MAKA MEREKA TETAP JUA GAGAL…..
Isu sumpah Saiful Bukhari : Sehari sebelum hari penamaan calon Saiful telah bertindak melakukan kononnya sumpah laknat yang mendakwa Dato Seri Anwar meliwat beliau. Modal ini juga merupakan senjata hebat bagi Umno bagi menyerang Dato Seri Anwar. Dan mereka kira kesan sumpah saiful ini akan memberikan impak positif bagi Umno di Permatang Pauh. Mereka mempertikaikan Dato Seri Anwar yang enggan bersumpah dan tidak putus – putus mencabar Dato Seri Anwar agar bersumpah. Dato Seri Anwar dengan tenang menjawab yang beliau pada bila-bila masa sahaja bersedia untuk bersumpah tetapi beliau terpaksa tunduk kepada arahan ulama-ulama besar seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang, Mufti Perak Dato Harun Sanni, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, dan beberapa ulama ternama, temasuk ulama ternama dunia Yusuf Al-Qardawi yang menghantar lima kajang surat yang melarang beliau dari bersumpah. Maka Dato Seri Anwar akur dengan arahan ulama-ulama besar ini dan tidak mengikut kehendak pihak yang mahukannya bersumpah seperti Ezam Mohd Noor, Khairy Jamaludin, ketua putera Umno dan Najib yang tidak berapa Ustaz sangat mereka ini. MAKA UMNO GAGAL JUGA LAGI….
Isu kuota 10% Uitm kepada bukan bumiputera : Isu atau modal ini meletus ketika kehangatan kempen di Permatang Pauh. Isu ini dilihat sebagai senjata tambahan bagi Umno bagi mengempur Dato Seri Anwar setelah senjata – senjata utama mereka dilihat kurang berkesan. Maka diupahlah pelajar – pelajar Uitm berdemostrasi dan berarak kesana – sini bagi menunjukkan kononnya nasib pelajar bumiputera kian terancam jika pemimpin dari Pakatan Rakyat berkuasa. Media seperti TV3 dan Utusan Malaysia mencanang sesungguhnya isu ini dengan harapan dapat mengalihkan undi kaum Melayu di Permatang Pauh kepada Umno. Namun Tan Sri Khalid Menteri Besar Selangor yang bertanggungjawab mengutarakan isu ini dengan tenang menjawab segala tuduhan – tuduhan tersebut kepada penduduk Permatang Pauh. Beliau menerangkan yang kenyataan yang dikeluarkan olehnya berkenaan isu Uitm itu telah diputar belitkan media. Apa yang beliau maksudkan dengan 10% itu bukanlah mahu membuka Uitm sebanyak 10% dengan begitu sahaja kepada bukan bumiputera. Sebaliknya beliau cadangkan agar satu atau dua jurusan yang berpontensi dibuka sebanyak 10% kepada bukan bumiputera dan pelajar asing dari luar negara agar mereka boleh bersaing dalam jurusan yang terpilih itu. Pelajar – pelajar yang bakal dipilih ke jurusan itu pula hanya anak Melayu yang benar-benar pintar, anak Cina yang pintar, India yang pintar dan pelajar asing yang benar-benar berkelayakan. Ini akan menjadikan pelajar-pelajar itu tadi berpotensi hingga ke peringkat antarabangsa. Bukan sahaja pelajar malahan Uitm itu sendiri akan terjulang namanya di persada antarabangsa. Maka tidak terjawab mereka, apa tah lagi bila Tan Sri Khalid mengingatkan yang sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Tun Dr Mahathir juga pernah mencadangkan Uitm ini dibuka kepada bukan bumiputera tetapi pada waktu itu tidak ada siapa pun yang membantah. Selepas itu Umno terus membisu dalam isu ini hingga ke hari ini kerana tempoh kempen dah habis. MAKA GAGAL JUGALAH UMNO INI……
Isu rasuah Exco Perak dari PKR : Isu ini timbul pada saat – saat akhir kempen politik mereka di Permatang Pauh. Isu atau modal politik ini boleh dilihat sebagai senjata ringan pada Umno untuk membedil Dato Seri Anwar pada saat – saat mereka kehabisan senjata – senjata utama. Mereka terus menembak dengan mengunakan isu ini secara membuta tuli dengan harapan, kalau tidak berjaya membunuh sekurang – kurangnya dapat mencederakan Dato Seri Anwar dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Namun dengan pengakuan dua exco ini yang mendakwa mereka diperangkap dan tuduhan yang bercanggah dengan tempat kejadian membuat pengundi mempertikai tuduhan rasuah terhadap dua orang exco Perak ini dan melihat ianya satu konpirasi politik jahat Umno. Dua orang exco tersebut juga bertindak menyaman BPR kerana tindakan BPR ini. MAKA UMNO TERUS GAGAL LAGI…..
Setelah kehabisan senjata – senjata hebat mereka seperti bom, peluru, motar, M-16, dan senjata-senjata ringan yang lain di medan kempen Permatang Pauh, Umno sudah hilang punca dan tidak tahu bagaimana mahu meneruskan pertempuran sedangkang tempoh bertempur masih ada lagi lebih kurang 2,3 hari. Mahu mereka bertumbuk menggunakan tulang empat kerat malang mereka tidak pandai bersilat. Tenteranya juga ramai yang sudah mati dan cedera parah. Cuma panglimanya saja yang hanya mengalami luka – luka dan calar – calar dan masih lagi mampu untuk berdiri. Panglima Umno di Permatang Pauh di iaitu Najib mahu terus menggempur Dato Seri Anwar . Walaupun sudah kehabisan peluru dia membuat keputusan untuk bertempur menggunakan pisau yang tersisip di pinggang. Pisau yang dimaksudkan ialah “SUMPAH”
Maka Najib pun dengan bersusah payah terus bergerak ke Masjid Guar Perahu dan bersumpah dihadapan jemaah masjid dengan mendakwa dia tidak mengenali Altantuya. Dengan ayat sumpah yang dipelajari dari menonton sumpah Saiful yang ditayangkan berpuluh kali oleh TV3 maka Najib berjaya menghafal ayat tersebut. Najib kira dengan sumpahnya itu berjaya menghunus tepat ke perut Dato Seri Anwar sekurang – kurangnya boleh menyebabkan Dato Seri Anwar mengalami cedera parah dan gagal menghabiskan tempoh kempen yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tidak cukup dengan satu sumpah Najib, beliau juga mendapat bantuan dari sahabatnya di Perak iaitu bekas Menteri Besar Perak Tajol Rosli yang turut bersumpah dengan ayat yang sama setelah menonton Saiful bersumpah melalui TV3. Sumpah ini bertujuan mengatakan yang Tajol Rosli tidak melakukan konpirasi terhadap dua exco Perak yang dituduh rasuah tadi.
Nah!!! kini Najib mendapat semangat baru, maka dipanggil Utusan dan TV3 dengan menyuruh mereka menyampaikan maklumat kepada Ketua Genaral Besar mereka iaitu Abdulallah Ahmad Badawi dan seluruh rakyat Malaysia yang kononya kemenangan di Permatang Pauh adalah milik Umno dan Barisan Nasional. Najib kira kali ini, Dato Seri Anwar bukan sahaja sudah cedera parah tetapi sudah terlantar mengerang kesakitan yang amat sangat.
Tapi malangnya perkiraan Najib silap, dalam tempoh 48jam sebelum pertempuran atau kempen di Permatang Pauh tamat, Dato Seri Anwar dan jentera Pakatan Rakyat telah menghantar “Outomik Bom” ke kubu Najib di Permatang Pauh. Impak atau kesan radioaktif bom ini bukan sahaja terasa di kubu umno di Permatang Pauh malahan turut merebak ke Kuala Lumpur dan hampir ke seluruh Malaysia.
“Outomik Bom” yang dihantar ke kubu Najib ialah pengakuan terbuka Imam Masjid Wilayah iaitu Ustaz Ramlang Porigi yang mendakwa beliau diarahkan oleh pihak atasan dan pegawai khas Najib untuk menjadi saksi kepada sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful sehari sebelum penamaan calon. Pengakuan ini dilakukan sendiri oleh Ustaz Ramlang Porigi di atas pentas Pakatan Rakyat di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat dan pengundi Permatang Pauh.
Kesan ledakan “Outomik Bom” atau pengakuan ini begitu hebat hingga tidak terkawal oleh Najib dan pendekar cabuknya seperti Ezam dan Khairy. Walaupun mereka cuma mengunakan Utusan, TV3 dan beberapa media arus perdana bagi mengawal dan menyekat kesan ledakan ini dari merebak namun ianya tetap gagal.
Natijahnya Najib dan pasukannya terpaksa mengankat bendera putih tanda tewas dan terpaksa membungkus segala sisa yang ada untuk berundur dari medan pertempuran dan pulang ke Kuala Lumpur. Ini dapat dilihat pada hari perjumlahan undi, seorang pun wakil dari Umno atau Barisan Nasional tidak ada di dewan Intitut Tunku Bainun dimana perjumlahan undi sedang berlangsung. Calon yang bertanding iaitu Arif Shah juga tidak kelihatan. Bukan itu sahaja seorang penyokong Umno pun tidak ada di padang Intitut Tunku Bainun bagi menunggu keputusan undi diumumkan.
Lebih malang lagi, tentera – tentera Gurgha upahan Umno di Permatang Pauh yang ditugaskan bertempur untuk menyebarkan risalah-risalah dan vcd-vcd fitnah, merempit membawa bendera umno, menjerit di tepi-tepi jalan, menonggeng punggung pada hari penamaan calon dan pelbagai lagi tugas mengamuk di pejabat Umno Permatang Pauh pada waktu keputusan semasa pengundian diumumkan.
Mereka mengamuk bukan kerana kecewa setalah kalah perang, tetapi mereka mengamuk kerana upah mereka sebagai tentera upahan Umno di Permatang Pauh tidak dibayar. Macam mana nak bayar panglima dan general – general mereka pun awal-awal lagi dah cabut, maka tinggallah tentera – tentera upahan ini terkontang – kanting dekat Permatang Pauh ni, kesian…..sudah jatuh ditimpa tangga pulak….
p/s saya kurang menekankan watak Arif Shah walaupun beliau sebenarnya calon BN di Permatang Pauh kerana Najib yang lebih menonjol peranannya di Permatang Pauh berbanding calon sebenar.
Bukti Umno sudah tiada di hati rakyat Malaysia khususnya di Permatang Pauh
Malam ini gegak gempita bumi Permatang Pauh merayakan kemenangan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil permatang pauh. Keputusan undi menunjukkan Dato Seri Anwar menang dengan majoriti besar iaitu sebanyak 15761 dan jumlah ini lebih besar dari majoriti yang diperolehi oleh Dato Seri Wan Azizah pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu iaitu 13398.
Ini menunjukkan Umno jangan memasang angan-angan sama sekali untuk bertapak di bumi permatang pauh ini. Dalam tempoh kempen yang lalu Khairy Jamaludin dengan gah mengatakan yang beliau mahu menguburkan politik Dato Seri Anwar di Permatang Pauh. Hah!! sedarlah wahai kau Khairy bahawa politik engkau yang bakal terkubur tidak lama lagi.
Apa yang menarik perhatian saya, sewaktu di Intitut Tunku Bainun sebentar tadi iaitu sewaktu perjumlahan undi sedang berlangsung, seorang penyokong Umno pun tidak kelihatan, tidak ada penyokong-penyokong Umno yang datang membawa bendara Umno disitu. Hanya yang ada jumlah ratusan ribu penyokong Pakatan Rakyat yang berhimpun di padang Intitut Tunku Bainun bagi mengetahui keputusan semasa.
Apa yang lebih menarik juga, saya dimaklumkan di dalam dewan sewaktu perjumlahan undi sedang berlangsung, tiada seorang pun wakil dari umno atau barisan nasional dalam dewan tersebut. Bukan sahaja wakil, calon barisan nasional yang bertanding iaitu Dato Arif Shah juga tidak berada dalam dewan pada waktu itu.
Tidak seperti hari penamaan calon tempoh hari, boleh dikatakan lebih dari separuh menteri kabinet barisan nasional datang tetapi pada hari perjumlahkan undi tadi seorang pun tidak ada. Boleh dikatakan penyokong Pakatan Rakyat mendominasi seluruh kawasan padang di Intitut Tunku Bainun sebentar tadi. Ini jelas lagi bila mana kawasan yang diperuntukkan untuk penyokong barisan nasional terpaksa dibuka penghadangnya bagi memuatkan penyokong Pakatan Rakyat yang datang dengan melimpah ruah.
Maklumat juga saya terima mengatakan, ramai petugas – petugas dan anak muda Umno pada waktu itu sedang mengamuk di Pejabat Umno Permatang Pauh kerana mereka tidak mendapat bayaran upah seperti mana yang dijanjikan oleh pihak umno kepada mereka sebelum ini.
Sedangkan petugas mereka yang berhumpas pulas tolong mereka dalam pilihanraya ini pun mereka boleh ditipu hidup – hidup…ini kan pula rakyat kebanyakkan di Malaysia ini…lagi la senang depa boleh tipu…Pikir La Sendiri…..
Tamat sudah kempen di Permatang Pauh
Pada waktu saya menulis ini jam lebih kurang pukul 3.11 minit pagi 26 Ogos 2008. Ini menandakan tempoh kempen yang bermula pada 16 Ogos yang lalu sudah tamat tepat pada jam 12.00 malam tadi.
Saya yang baru pulang dari berkempen pada saat-saat akhir buat Dato Seri Anwar di Permatang Pauh tadi menyaksikan mood pengundi di Permatang Pauh memang berpihak kepada Parti Keadilan Rakyat.
Walaupun hujan mula turun pada sekitar pukul 9.00 malam tadi, saya tetap dapat menyaksikan bendera-bendera parti Keadilan rakyat tetap gah berkibar di Permatang Pauh. Anak – anak muda berarak menaikki motosikal dengan membawa bendera Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP dalam keadaan hujan yang agak lebat.
Ini menunjukkan sikap anak muda pakatan rakyat tidak mempedulikan hujan yang membahasi diri mereka dari terus mengibarkan panji parti keadilan rakyat. Mereka tidak mendapat habuan apa – apa pun dari parti Keadilan rakyat baik dari segi duit minyak,tshit atau sebagainya. Sebaliknya mereka melakukan semua itu dengan suka rela.
Apa yang menarik perhatian saya di Permatang Pauh tadi, anak muda yang menyokong umno hanya memilih untuk berteduh di bawah hingway dan kedai-kedai makan dan enggan mengibarkan bendera parti mereka kerana hujan pada waktu itu. Ini jelas membezakan jiwa anak muda dari pakatan rakyat dan barisan nasional.
Sempat saya meninjau disekitar Highway Jalan Baru yang mana pada waktu itu sedang berlangsung ceramah perdana yang merupakan kempen terakhir Dato Seri Anwar dalam pilihanraya kecil permatang pauh ini. Apa yang mengejutkan saya, belum pernah saya menyaksikkan keadaan hingway jalan baru itu sesak sebegitu teruk malam tadi. Umat manusia berpusu – pusu mahu pergi menyaksikan dan mendengar ceramah yang terakhir dalam kempen pilihanraya ini.
Apa yang lebih menarik, pada waktu itu hujan turun agak lebat, tetapi pelbagai kaum Melayu, cina dan India berpusu – pusu memasuki kawasan ceramah berhampiran hingway jalan baru tersebut dalam keadaan basah kuyup dan ada yang sanggup berbaju hujan dan berpayung bagi mendengar amanat dari Dato Seri Anwar Ibrahim.
Jujur saya menulis disini, saya yang tinggal begitu hampir dengan permatang pauh ini dan hampir setiap malam saya tidal pernah terlepas dari kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pauh, tidak pernah sekali pun saya menyaksikan ceramah dari Umno yang dihadiri sebegitu banyak pengunjung. Sekecil – kecil jumlah pengunjung ke ceramah Pakatan Rakyat, tetap tidak mampu disaingi oleh sebesar – besar jumlah pengunjung ke ceramah umno.
Apa pun saya sedar, jumlah kedatangan hadirin yang begitu ramai dalam setiap siri ceramah Pakatan Rakyat tidak seharusnya diukur 100% dalam menentukan kemenangan besar Dato Seri Anwar. Apa yang tinggal cuma dengan izin Allah dan usaha pengundi di Permatang Pauh untuk mengundi Dato Seri Anwar yang akan menentukan kemenangan atau kekalahan, kemenangan besar atau kecil Dato Seri Anwar pada esok hari.
Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat bukan sahaja terpaksa berdepan dengan Arif Shah dan Umno, tetapi seluruh jentera kerajaan yang lain termasuk polis, media dan lain-lain lagi. Kemenangan Dato Seri Anwar begitu besar nilainya bukan sahaja di Permatang Pauh tetapi juga kepada seluruh Malaysia.
Penjenayah tidak selamat di Permatang Pauh sehingga 26 Ogos 2008 ini
Saya percaya bemula dari tarikh penamaan calon iaitu 16 Ogos hingga hari pengundian 26 Ogos 2008 ini segala jenis penyamun, perompak, malaun, perogol, peragut dan seangkatan dengannya lagi pada hari ini tidak berani menghampiri kawasan Permatang Pauh. Ini kerana jumlah pasukan polis di kawasan Permatang Pauh pada hari ini cukup banyak, baik yang berunifom dan yang tak berunifom. Cawangan khas SB, memang lagi banyak la, sebelum penamaan calon lagi polis-polis SB ni dah bersepah dekat Permatang Pauh dan kawasan Bukit Mertajam.
Nasihat aku kepada geng penyamun,perompak dan seangkatan dengannya semua jangan menghampiri kawasan permatang pauh. Rasanya tempat lain lebih selamat malah amat selamat untuk penyamun-penyamun bergerak, ini kerana hampir seluruh polis di Malaysia telah dikerahkan ke Permatang Pauh.
Jadi kalau nak merompak, merompak la dekat kawasan lain kerana kawasan-kawasan selain Permatang Pauh dah kekurangan Polis. Maka tak hairan la dadah dalam simpan di balai polis di johor pun boleh hilang. Agaknya polis dekat balai itu pun terpaksa bertugas dekat Permatang Pauh sampai penyamun pun boleh samun dalam Balai Polis.
Bukan saja ruang darat permatang pauh tidak selamat kepada penyamun,perompak dan seangkatan dengannya. Ruang udara Permatang Pauh pun sudah tidak selamat kepada golongan anda. Ini kerana helikopter polis sentiasa berlegar – legar di ruang udara Permatang Pauh terutama pada waktu malam bagi memantau ceramah-ceramah dari pakatan rakyat.
Pertama kali aku rasa ceramah politik disuluh oleh helikopter polis yang terbang dengan rendah. Rasanya belum pernah pilihanraya kecil polis sampai gunakan helikopter bagi memantau penduduk. Tak apa la, sekurang-kurangnya cerah la sedikit kawasan ceramah itu, minyak helikopter tu pun dari duit rakyat tu…
Al maklumlah dalam ceramah – ceramah Dato Seri Anwar di Permatang Pauh, penganjur hanya mampu memasang lampu dekat kawasan atas pentas saja, untuk kawasan hadirin penganjur tak mampu nak sediakan lampu terang menerang macam dekat bilik-bilik gerakkan Umno kerana pakatan rakyat tak guna duit kerajaan dan rakyat untuk berkempen.
Satu perkara lagi, bukan saja geng-geng penyamun yang tak selamat di Permatang Pauh. Geng – geng mat rempit pun dah tak selamat di Permatang Pauh. Ini kerana road block/sekatan jalan raya merata – rata tempat ada. Naik kecut mat-mat rempit ni nak merempit. Tapi tak apa, geng-geng mat rempit ni dilegakan juga sarakahnya untuk merempit, tapi kali ini dengan syarat mesti merempit sambil bawa bendera Umno dan kamu dijamin selamat…
Ezam kata kotak rahsia tak ada kat dia(lidah sesumpah punya budak ezam ni)
BUKIT MERTAJAM 18 Ogos – Kisah enam kotak rahsia kerajaan yang hangat diperkatakan 10 tahun lalu kini berlegar kembali pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Ia ditimbulkan semula oleh bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohamad Nor ketika berceramah di Permatang Rawa Hujung di sini semalam.
Menurutnya, enam kotak rahsia itu berada di tangan Anwar dan bukan dipegangnya seperti yang didakwa sesetengah pihak.
”Jika hendak tahu di mana enam kotak (yang dikatakan rahsia besar) ada, kena tanya Anwar. Jangan tanya saya,” katanya ketika ditemui selepas ceramah itu. sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm
Hari ini ezam yang terkenal dengan sumpah keramatnya atau lebih glamor dengan gelaran cicak mengkarung membuat kenyataan bahawa “enam kotak rahsia” yang dimilikinya sebenar tiada padanya, sebaliknya ada pada Dato Seri Anwar Ibrahim.
Dulu 1998 sekitar 10 tahun dahulu, pada waktu itu saya masih berusia belasan tahun masih teringat akan dakwaan ezam yang begitu lantang bak seorang pendekar dengan mendakwa memiliki enam kotak rahsia yang melibatkan menteri – menteri umno dan barisan nasional hingga membawa beliau kedalam ISA. Hari ini seperti pendekar kalah perang, beliau menyatakan pula yang kotak itu tiada padanya.
Adakah dia sudah dimakan sumpah keramatnya dahulu (yang tak sapa pun suruh dia bersumpah) hingga dia kini menjadi sesumpah. Kata orang, binatang sesumpah ni boleh bertukar warna badannya mengikut keadaan.Begitu jugalah ezam sekarang yang dulunya begitu lantang mengertak umno dan BN dengan kotak rahsianya kini telah bertukar warnanya mengikut kehendak umno.
Dalam kenyataan Ezam diatas, dia cuma mengambarkan seolah-olah dia tidak pernah membuat kenyataan yang dia memiliki enam kotak rahsia itu. Sebaliknya mengambarkan pihak lain yang mendakwa dia memiliki enam kotak rahsia itu.
Mungkin ada hikmah ezam keluar dari Parti Keadilan Rakyat dengan segara. Kerana orang seperti ezam ini amat membahaya dan boleh makan kawannya sendiri untuk kepentingan diri. Sudah tentunya KeADILan dan Pakatan Rakyat tidak memerlukan orang sebegini. Hanya Umno yang sesuai baginya kerana umno memang terkenal dengan tokoh – tokoh sebegitu yang mana sanggup pijak kepala orang lain walaupun orang itu kawannya sendiri asalkan mereka boleh berada pada kedudukan yang lebih tinggi dari orang lain.
Ezam pada tika dan saat ini mungkin sedang merintih hiba kerana dia tidak dicalonkan oleh Umno di Permatang Pauh. Umum mengetahui Ezam telah melobi dirinya sendiri secara terbuka agar Umno memilih beliau bertanding di Permatang Pauh. Namun cita – cita dan impian Ezam tidak kesampaian.
Mungkin hati kecilnya berbisik begini“dulu aku dalam PKR pun tak dicalonkan, sekarang dalan Umno pun tak dicalonkan juga dah kena makan sumpah kut aku ni” Ezam hanya dipilih umno untuk dia berteriak di luar gelanggang tetapi tidak akan diizinkan menjejak kaki ke dalam gelanggang.
Kesian Si Ezam…mungkin nasib dia akan jadi macam Tengku Razaleigh Hamzah yang cita-citanya sering terbantut. Saya pernah terbaca satu buku yang saya tidak ingat nama buku tersebut, yang mengatakan Tengku Razaleigh sering terbantut dan menemui kegagalan dalam mengejar cita-cita politiknya disebabkan terkena “tulah” sultan kelantan. Kini Ezam yang dilihat menyerupai nasib Tengku Razaleigh mungkin kerana dah dimakan “sumpah keramat” nya 10 tahun dulu.
kesian kau ezam…………
-
Archives
- November 2009 (1)
- October 2009 (1)
- September 2009 (1)
- August 2009 (1)
- July 2009 (3)
- June 2009 (2)
- May 2009 (25)
- April 2009 (8)
- March 2009 (2)
- February 2009 (6)
- January 2009 (7)
- December 2008 (2)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS




