Sinar Dari Permatang Pauh
Petang semalam dalam lingkungan pukul 3.34 petang aku dikejutkan dengan berita dari SMS yang aku
langgan dari suarakeadilan yang berbunyi “Presiden Wan Azizah baru umumkan letak jawatan sebagai MP Permatang Pauh sebentar tadi bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding dalam Piliharaya Kecil Permatang Pauh” aku agak ragu-ragu dengan maklumat walaupun tidak pernah aku mendapat maklumat yang tidak tepat dari SMS tersebut, maka aku terus menyemaknya laman web di intenet dan memang maklumat tersebut sah.
Sinar harapan perjuangan rakyat Malaysia akan mula terpancar di Permatang Pauh dan apabila Dato Seri Anwar memenangi kerusi parlimen itu kelak sinar itu akan terus terpancar dengan lebih gah dan cerah.Dan apabila Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya dan Dato Seri Anwar menjadi Perdana Menteri nya pasti sinar itu akan terus menyinari dan menghiasai bumi bertuah kita ini dalam membawa harapan baru kepada semua kita anak Malaysia.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh telah dikosongkan, kali ini memang jelas dan nyata Dato Seri Anwar akan bertanding di kerusi Perlimen tersebut. Kini rakyat hanya menantikan pengumuman bila akan tarikhnya piliharaya kecil itu akan diadakan dan bila tempoh kempen akan bermula. Jawapan itu semua ada cuma ada pada pengurusi Suruhunjaya Piliharaya Malaysia. Dan apa bila pengumuman akan tarikh tersebut dibuat maka yang tinggal adalah keputusan rakyat di Permatang Pauh untuk memancarkan sinar itu atau tidak, dan ketentuan yang muktamad sekali adalah di tangan Allah sama ada mahu memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat atau tidak.
Mohonlah kita kepada Allah jika segala tohmahan dan tuduhan fitnah yang dikenakan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim itu adalah satu cabaran dan dugaan kepada beliau dan rakyat yang dahagakan keadilan,jadikanlah dugaan dan cabaran itu sebagai dugaan dan cabaran yang terakhir untuk kita memcapai kejayaan. Allah tidak akan menguji hambanya jika hambanya itu tidak ada kekuatan untuk diuji.
-
Archives
- October 2009 (1)
- September 2009 (1)
- August 2009 (1)
- July 2009 (3)
- June 2009 (2)
- May 2009 (25)
- April 2009 (8)
- March 2009 (2)
- February 2009 (6)
- January 2009 (7)
- December 2008 (2)
- November 2008 (1)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS




